Thursday 2 May 2013

Mai Secawan...


Maiii secawaannnn.....

Ha... Tagline ape tuu?? Tak tahu kan..kan...

Picture bawah ni tahu tak? 

Haa.... Mesti ingat IKLAN mat salleh kt air terjun tu kan?
Cuba cakap ikut Slang dia.. jomm sama-sama kita cakap..
Maiiii Secawannnn~
Sebiji laaaahh~
Ahaahahahaa..

Sebenarnya saya nak cerita. Saya ni ada masalah gastrik plus sensitif usus. Dah kat seminggu dah sakitnya. DONT ASK ME WHY I DIDN'T GO TO THE CLINIC
The answer will be I JUST DON'T WANT TO. 
Heee...
*Tak suka makan ubat, tak suka jumpa doktor (kecuali doktor tu handsome macam Ariel Noah  ke Aaron Aziz kee) eehh..Heee...
So, tanya laa Google Chrome tentang sakit usus..Then dia jawap KOPI RADIX ..
So..saya pun google...
Dan dah dapat benefits KOPI RADIX 

Jommm baca sama-sama..

Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang

Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.

Demam Panas
Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.

Ketumbuhan
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.

-->  Radix Untuk Kaum Wanita
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.

Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.

Kopi Radix Untuk Tenaga
Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.

Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :
1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).
2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
6. Halban (IMUNITI).
7. Larak Hutan (KARDIOTONIK).

*Aku da beli da 2 sachet je lah. TRY & ERROR katakan..
Tapi hasil die  SANGAT MEMBERANSANGKAN.
Sebab asid aku dah mula berkurang plus selera makan aku da ada balik.

Terima Kasih Allah swt sebab membuka hati saya untuk mencuba KOPI RADIX !
Alhamdulilllah~

No comments :

Post a Comment