Friday 6 September 2013

Sejarah KOPI HANG TUAH


Asalnya aku beli kopi Kopi HANG TUAH  kat Giant. Rasa nak minum kopi tu tetiba je ada. Kenapa? Entoohhh~ sebab teringat kopi HANG TUAH tu masa study dulu. Member kelas 5C duk promote kan. Yelah, aku kan ex-student Mass Communication (Advertising)..So time tu,kalau tak silap..project akhir rasanya. Kopi tu cam sedap je bila singgah kat tekak aku.ekekeke. So aku pun beli. Kopi tu duk sebelah kopi KAPAL API..aku ingat nak beli KAPAL API tu.tapi, ubah selera lah kali ni.beli Kopi HANG TUAH pulak. “rindu zaman belajar” katakan.. miahahaha.

So kat rumah, aku pun buat lah kopi HANG TUAH tu. Semangat kan? Ehehehehe.. Lagi 1, aku tahu kopi HANG TUAH ni orang melayu yang buat. So, aku beli lah. KOPI KAPAL API tu..emm…tak tahu lah. Ahahaha..tengah syok minum, mak mertua aku pun tanya..

“kopi apa ni ra? Kopi KAPAI API ka?” *KAPAI API = KAPAL  API*  Mak mertua aku ni orang Penang.So die cakap loghat utara lah.

“Kopi HANG TUAH..Tetiba teringin nak minum.”

“KOPI HANG TUAH??”

“Aah kenapa mak?”

…..Dari sini lah bermulanya cerita di sebalik tabir KOPI HANG TUAH….

Rupa-rupanya, owner KOPI HANG TUAH ni rumah die depan rumah mak mertua aku kt Penang tu lah. Sebabnya, masa raya hari tu, aku balik sana. So, aku tahu lah keadaan rumah sana macam mana. Mertua aku gitahu, rumah owner tu depan rumah je. Yang ada kawasan tanah lapang depan rumah tu, tanah diorang. *OK.Now I know* ekekeke. Tapi diorang tak dibenarkan buat rumah kat situ sebab tanah tu terhad dan menghalang rumah-rumah dan jalan raya kat situ. Kampung situ kecik je. Jalan pun Ya Rabbi, kecik gila. Aku tak tahu lah macam mana diorang boleh duduk situ. Tapi, alamdulillah depan rumah tu lapang.. J lega. Boleh parking kereta. Hehehe…

So, mak mertua aku sambung cerita.. owner tu memang buat kopi HANG TUAH..tapi tak laku sebab ramai orang tak suka dengan perangai diorang yang suka rebut harta, suka hantar ‘benda halus’ kat orang-orang yang diorang tak suka dan cepat iri hati. Huuiii dasyat gak kan? Aku yang tengah hirup kopi HANG TUAH time tu..tetiba terus sakit perut dengar. Ahahaha… so,aku tanya soalan kat mak mertua aku..

“Mak..kopi diorang OK kan? Tak ada “benda halus” kan?”

Mak mertua aku balas “ Eh xada lah. Kopi tu diorang proses kt kilang. Yang ada ‘bela’ “benda halus” tu bini dia..Hidup lagi kot rasanya.”

Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. :’( OKFINE..

Dengan Nama Allah swt, aku minum jugak air tu sebab..aku tak nak membazir dan sekiranya ada benda tak elok nak masuk badan..badan aku akan reject..dan…emmm…perut aku tetiba memulas selepas itu.

Kenapa? Aku pun pelik.tapi aku rasa sebab kopi tu kot. Sebabnya, perut aku kosong..then aku minum kopi tuh. So, padan dengan muka aku. Huuuuu…. Tapi..ada kene mengena ke???

Untuk memujuk hati yang dah was-was dan takut..aku baca Bismillah Hillazi la yadurru.. 3x sebelum minum…Alhamdulillah~ tak ada apa-apa…lega..tapi perut je tak berhenti-henti memulas. Mana tak nya.perut kosong pastu minum kopi..kopi kan cafein..heeeiiissshh...

Pastu mak mertua aku cerita la pasal sejarah keluarga owner kopi tu. diorang ni memang dengki. kalau ada yang tak puas hati, diorang akan hantar "benda" kat orang tertentu. Ayat die macam ni lah..

"Ha...itu lah. Tak jemput aku datang kenduri.Aku hantar la poc**g kat pengantin." *pengantin itu kazen husband aku.dah meninggal dunia dah pun. Inna lillahi wa innahira ji'un.

"cucu aku yang meninggal tu, aku yang buat.Geram aku.lebam-lebam aku buat."

Huiii~ Ya Allah.... terkejut aku. huhuhuu...
betul la cakap adik-adik lelaki aku. pasal mistik-mistik ni aku mesti dapat tau.hahahahaha....

Kalau betul lah cerita ini, aku doakan orang tu cepat-cepatlah insaf. Aku ni penggemar kopi. takut gak nak minum nanti.Tapi aku percaya Allah itu ada. :) 







6 comments :

  1. Dah lah cerita karut, syirik, fitnah orang lagi!!!

    ReplyDelete
  2. Patutlah Islam larang keras percaya dan amalkan benda2 syirik, patutlah Islam suruh menuntut ilmu yg betul...
    Bila percaya benda syirik, khurafat, tahyul, mudahlah bergaduh dgn orang lain, bisnes pun hancur, sosial hancur!!!๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  3. Orang yang reka cerita tu yg dengki sebenarnya ๐ŸŒš

    ReplyDelete
  4. Mcm mana klu kau punya produk mkn minum dari jenama penyembah2 patung berhala yg dah memang jadi port jin tu bahkan ketua jin iblis laknatullah.kesiann umat.....

    ReplyDelete
  5. Inikan dah jelas sifat hasad dengki...Tak boleh tengok orang maju buat fitnah karut marut

    ReplyDelete
  6. Mohon Puan untuk tarik balik artikel ini. kami telahpun buat laporan dengan SKMM. Kalau Puan ada bukti isteri pengasa menggunakan benda halus, sila bawa ke pejabat agama. Kalau tidak puan telahpun melakukan fitnah. Semoga apa yang kita tuai di dunia kita akan dapat di akhirat.

    Untuk rujukan puan, lpaoran SKMM kami : 1121-01-0011479-CPCB

    secara peribadi puan perlu berjumpa dengan orang yang puan fitnah tu dan memohon maaf. Kami tak akan membawa perkara ini ke mahkamah dunia atas permintaan si tuan tubuh.

    Mazwan Noor
    Pengurus Besar,
    Syarikat Hang Tuah Sdn Bhd

    ReplyDelete