Wednesday 26 March 2014

Menguji Kesabaran Betul Lah!

Salam. 


Hari ni mood aku diganggu sedikit dek kerana anak orang yang mentua aku jaga. eeeee!! aku hangin 1 badan dibuatnya. Dapat-dapat si kakak yang pelat tahap kritikal tu! Fuuuhhh....aku puas la istighfar tahan marah..tapi budak tu sengaja cari pasal sungguh la.Nak marah lebih-lebih..anak orang.Tapi kalau tak marah, melampau-lampau lak perangai..
hmmmm...

Tak pasal-pasal aku terlempang jugak budak tu. kan da mendapat.Aku da cakap elok-elok.Dari pagi tadi. "Jangan berlari" "Duduk diam-diam" "Nanti
 baby bangun" "Azan tu...ssshh" "Huzma main elok-elok"


Senang cite.apa aku cakap tu macam mencurahkan air ke daun keladi! Umur da 5 tahun kot! Dah sekolah Taska da pun! Tak reti bahasa agaknya.Kite cakap lembut-lembut die boleh menjawap..Pastu baling barang ke dinding...baling kat muka adik die..Siap pakej gelak ketawa muka puas hati.



"Huzma! pasal apa baling kat adik? Maklong cakap ape tadi?"
*CUBIT PEHA* *Huzma Buat muka tak takot langsung*

 "Maklong ni cubit ma je.Adik? Adib?" *buat muka*
"Siapa baling barang? Ma ke Adib? Jawap."
"Ma aaa.Tapi adib pun baling maklong tak cubit pong."

"Maklong kata apa tadi? Senyap azan Ma kata apa?"
"Ye aaa maklong acau Ma main-main.Adib,adik xubit pun."
"Maklong da cubit da.Ke Ma nk lagi???"

*Geleng kepala*

aku pun duduk. Penat nak marah-marah. Tetiba..die bersuara...

"Maklong ni eleeeh.Xsaakit pon.
PANG!! *terkena kat tangan jugak* "Tak akit pion maklong.Buweeek.ahahahaha" 
PANGGGG! *tepat kat muka* terus SILENT.

--
--
--
--
--
--
--
--
--
-
--


"Hangg ni...pukui anak orang" - Mentua

--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--



(bukan sakit pon Mak oii.. Pukul bukan dera..nak ajar.Dari kecik la kene ajar)






Thursday 13 March 2014

Jom Deko Bilik Tidur!

Salam...

Hari-hari aku duk google nak tengok decoration bilik tidur. Sebabnya, aku baru je cat bilik..warna orchid white. Pastu aku pening kepala macam mana nak hias bilik sebab warna cat tu lain dari lain. camne warna die? Ce tengok kat bawah ni..


Dia macam warna ke pinkish la sikit. Tapi hakikatnya,aku tak pilih pun warna pink tu. Tapi bila da selesai cat, tetiba nampak terserlah sangat-sangat pink tu. En suami,berkerut dahi tengok. hahahaha. Mula-mula dia macam tak berapa suka. Yelah.PINK. *aku pun tak suke barang warna PINK walaupun aku suka pink.Huhuhuu...
So, nak buat macam mane kan. Da cat. Tapi lama-lama macam cantik lak warna ORCHID WHITE ni sebab die soft. Si suami pun suka.Hehehe...Yang heran nya, kata WHITE..kenapa macam pink? 
Meh Mak Jemah terangkan ye..
WHITE ORCHID ni warna pastel.
Ce bayangkan BUNGA ORCHID. Ada tak yang betul-betul WHITE? tak de kan? Aku pun pikir camtu jugak. ORCHID kan banyak purple+ pink. Jadi, kalau pilih WHITE ORCHID, maka..WHITE itu tidak lah WHITE sangat.
(aku pikir ikut sedap hati je) hahahaha...

Lepas da cat bilik, pening kepala lak macam mana nak deko bilik tu. Yelah! Cat da bertukar kaler camtu. Pastu kene lah pikir perabut yang sesuai untuk diselitkan dalam bilik tu. Baru la heaven. Hahahahaha. (tapi sekarang si suami suka pulak tidur dalam bilik tu. Sejuk hati dan tak panas katanya)..heheheheh...sebab cat sebelum ni warna cream camne tah. Pastu kene panahan matahari, mau tak panas. Sebab bilik kitorang kat belakang, jadi matahari tu bila naik, tegak la kat kepala. Bilik tu jadi terang dan panas. Huhuhu..

Seminggu lepas cat bilik, perabut baru pun dimasukkan. Just beli almari baju dan tilam je. Ahahahaha. Sebab almari lame tu makan dek anai-anai. Jaat anai-anai ni! Tilam pun baru. Sebab sebelum ni, kami tidur combinekan 2 tilam single. Sedey kan? Tapi seronok woo. Sebab ape? Boleh buat sempadan.Hahaha..tapi si suami selalu masuk ceroboh kawasan tilam aku sebab die suke tilam aku. 100% cotton.(agak mahal la harganya pun.Beli time praktikal dulu)..Tilam die keras.So die tak berapa selesa. Cehh... Hahahaha...Die Selalu komplain "sakit badan la tidur tilam b tu.." pastu die golek-golek ke tilam aku..Aku mampu pandang je sebab..die kan suami..kekekekeke.

Kali ni beli tilam Queen Size.Alaaa tilam biasa je pun.. Jenama dia The Armania Queen Mattress dari Goodnite . Tilam ni adalah salah satu Silentnight Koleksi Classic. 

The Armania Classic memang sangat-sangat selesa dan memeberi rasa kesederhanaan selain membuat kite tidur lena! Serius! *dah macam promoter dah ni!* hahahaha..

Tebal dia dalam 10 inchi. (tapi rasanya macam lebih je) hoho! Tebal nye kan..hahahaha..


Ni contoh tilam Goodnite yang kitorang beli tu...
Maaflah tak dapat nak tunjuk picture tilam sebenar. Sebab, tu kan privacy husband&wife. hahahahaha.. Bak kata nabil, itu kan "BILIK SEGALANYA BERLAKU DISINI" Jadi, ia harus dan wajib dirahsiakan dan tidak ditunjukkan. So,korang just imagine je lah ye. Ahahahaha.

So. Da puas golek-golek atas tilam baru, sekarang duk terpikir hiasan bilik guane? 
Soalan si suami..

"yang, bilik kite da ok dah.Tapi macam bilik simple and bujang je yang.Hias laa bilik,"

Alaahaaaaii suamiku. Hahaha...(bilik sendiri kat kampung pun tak pernah aku hias.Camne ni??)
Maka, aku google laaaaaaggiiii untuk cari style-style deko bilik.dan hasil tangkapannya..


Mewah (aku macam suka lak deko yang ni.Sebab tu letak kat atas sekali picture dia)..hahaha

Lebih kurang macam warna cat bilik lah..Cantik jugak

Santai je kan? 

Simple but nice..Suka..suka..suka..

Nanti nak deko macam ni untuk Anniversary 1st lah. Boleh? hahaha

Feeling macam kat Hotel 5 Star 

Fuuhhh Santikk+mahal nye katil itu T T

Ni pon feeling hotel gak ni..

PInjam kakak ni nye pic blog..hahahah..sebab cantik+mewah+elegent

Macam berkenan kat yang ni jugak..hehehehe

Vintage.Suka sangat sebab ada baby court tu ha..

Sangat sejuk hati memandang...

 Jadi, eeeeemmm..nak deko macam mane ek???? hahahahaha.kompius-kompius..






Monday 3 March 2014

Dosa Sesama Manusia Lebih Berat

Aku terpanggil untuk menulis entry kali ni kerana aku merasakan makin lama makin teruk keadaan. Aku bukanlah sempurna untuk menghukum mahupun menilai baik-buruk seseorang itu. Tapi, sebagai insan yang menumpang di Bumi Tuhan, aku berhak bersuara dan memberi pendapat serta menegur mana yang baik mahupun buruk.


Pergaduhan sesama keluarga adalah tidak sepatutnya berlaku. Bila kamu susah, ramai yang membantu. Bila kamu sudah senang, kamu menghina orang yang pernah tolong kamu suatu ketika dahulu. Siapa kamu untuk menghina individu itu? Allah swt sendiri tidak pernah menghina segala ciptaan-Nya. “OH AKU BUKAN TUHAN!” Ya.Kamu memang bukan Tuhan. Jadi siapa kamu untuk menghina sedangkan Tuhan itu Maha Berkuasa dari kamu?

Jangan bercakap tentang agama kalau LIDAH kamu suka berkata yang buruk-buruk belaka. Jangan mencari kesalahan orang lain sekiranya kamu sendiri pernah melakukan kesilapan yang teruk suatu ketika dahulu. Siapa kamu untuk menghukum kesilapan orang lain sedangkan masa silam kamu lebih terus dari orang itu? "OOH AKU SUDAH BERUBAH.ITU CERITA LAMA" Jka begitu, bantulah saudaramu untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama bukan kamu mengeruhkan lagi keadaan. 

INGATLAH. MASA SILAM KAMU JUGA TETAP MENJADI SEJARAH KEPADA ORANG LAIN JUGA.JANGAN SAMPAI AIBMU DIBUKA 1 PER 1 JIKA KAMU BERTERUSAN MENGAIBKAN ORANG LAIN. 


Salah faham menjadikan manusia angkuh,sombong, suka berkata yang bukan-bukan. Macam dia sahaja yang betul. Dia sahaja yang terasa hati. DIa sahaja yang tahu segala-galanya. Ingat! Tuhan itu lagi Maha Mengetahui dari kalian semua. Kenapa kalian bercakap seperti orang tiada pegangan agama? Nama sahaja Islam tapi percakapan langsung tidak menggambarkan keislaman kalian. Jika begitu, senyapkan diri.Kunci mulut dan tak perlu berkata apa saja sekiranya kata-kata anda itu bakal mengguris hati orang lain. 

INGATLAH WAHAI SAUDARA-SAUDARIKU..

DOSA MANUSIA DENGAN ALLAH BOLEH DIAMPUNKAN, KERANA ALLAH SWT ITU MAHA MENGASIHANI. 

TETAPI DOSA MANUSIA  SESAMA MANUSIA,ITU MUSTAHIL UNTUK DIMAAFKAN KERANA MANUSIA SUKAR MEMAFKAN.. SEKALI KAMU MENGAIBKAN,MENCEMARKAN MARUAH,MEMFITNAH BELIAU, DI AKHIRAT KELAK KAMU AKAN MERANGKAK DAN MENANGGUNG AZAB YANG BERAT. KAMU HARUS MENCARI BELIAU UNTUK MEMINTA MAAF.




“Barangsiapa yang mempunyai kezhaliman kepada saudaranya mengenai hartanya atau kehormatannya, maka diminta dihalalkanlah kepadanya dari dosanya itu sebelum datang hari di mana nanti tidak ada dinar dan dirham (hari kiamat), di mana akan diambil dari pahala amal kebaikannya untuk membayarnya. Kalau sudah tak ada lagi amal kebaikannya, maka akan diambil dari dosa orang yang teraniaya itu, lalu dipikulkan kepada orang yang menganiaya itu” (HR. Bukhari).

Firman Allah SWT: “Dan Kitab-Kitab Amal dibentangkan, maka engkau akan melihat orang yang berdosa itu merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka berkata: Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau besar, melainkan semua dihitungnya! Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu ada tertulis di dalamnya dan ingatlah Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun.” (Surah al-Kahfi, ayat 49) 




Imam al-Ghazali pernah berkata: “Menerusi lidah akan berlakulah pendustaan atau pembohongan, buruk sangka, permusuhan, fitnah, mencarut, mencela, mengutuk, bertelingkah, mengumpat, melaknat dan membicarakan sesuatu dalam keadaan kesat, kasar dan penuh dengan kesombongan.”

Ini terjadi kerana ketika hidup, mereka melakukan kebaikan dan pada masa sama mereka juga melakukan kejahatan serta dosa sesama manusia. Segala ganjaran pahala kebaikan diambil oleh Allah SWT bagi membayar segala hutang kejahatan ketika hidup.

Sabda Rasulullah SAW: “Siapa yang muflis? Manusia yang muflis itu bukanlah mereka yang tidak berharta dan memiliki tempat tinggal. Sesungguhnya orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak menunaikan hak-hak orang lain seperti mencaci dan merampas harta tanpa hak, memukul tanpa sebab dan sebagainya.” (Riwayat Muslim) 

Sebenarnya golongan yang menjadi muflis di akhirat asalnya mereka memiliki pahala yang banyak. Bagaimanapun, semua pahala ibadat itu habis kerana digunakan sebagai bayaran ganti rugi kepada insan pernah disakiti, dikhianati, dihina, dibunuh atau dizalimi. 


Bahkan mereka juga dibebankan dengan dosa orang yang dizalimi. Alangkah ruginya golongan muflis ini. Ganjaran pahala yang dikumpulkan akhirnya menjadi barang tukaran kerana denda yang perlu dibayar kerana kesalahan terhadap orang lain. 

Dalam pergaulan hidup sehari-hari, sudah tentu berlaku kesilapan sama ada disengajakan atau tidak. Kesilapan itu boleh mengundang dosa terutama jika ia menyentuh pelanggaran hak berkaitan tubuh, maruah diri dan harta benda orang lain.


Namun demikian, sangat mulia jika kita menjadi manusia pemaaf. ”Hendaklah mereka memberi maaf dan melapangkan dada, tidakkah kamu ingin diampuni oleh Allah?” (QS. An-Nur:22). ”Jika kamu memaafkan, melapangkan dada serta melindungi, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (QS Al-Taqhâbun:14). Wallahu a’lam.*



p/s: Entry ini bukan untuk menyindir sesiapa mahupun para pembaca. Entry ini ditulis untuk peringatan kita bersama untuk menempuh hari-hari yang mendatang dan agar kita sama-sama menjadi khalifah yang tinggi budi pekerti di dunia dan akhirat.
Amiiiin.