Monday 3 March 2014

Dosa Sesama Manusia Lebih Berat

Aku terpanggil untuk menulis entry kali ni kerana aku merasakan makin lama makin teruk keadaan. Aku bukanlah sempurna untuk menghukum mahupun menilai baik-buruk seseorang itu. Tapi, sebagai insan yang menumpang di Bumi Tuhan, aku berhak bersuara dan memberi pendapat serta menegur mana yang baik mahupun buruk.


Pergaduhan sesama keluarga adalah tidak sepatutnya berlaku. Bila kamu susah, ramai yang membantu. Bila kamu sudah senang, kamu menghina orang yang pernah tolong kamu suatu ketika dahulu. Siapa kamu untuk menghina individu itu? Allah swt sendiri tidak pernah menghina segala ciptaan-Nya. “OH AKU BUKAN TUHAN!” Ya.Kamu memang bukan Tuhan. Jadi siapa kamu untuk menghina sedangkan Tuhan itu Maha Berkuasa dari kamu?

Jangan bercakap tentang agama kalau LIDAH kamu suka berkata yang buruk-buruk belaka. Jangan mencari kesalahan orang lain sekiranya kamu sendiri pernah melakukan kesilapan yang teruk suatu ketika dahulu. Siapa kamu untuk menghukum kesilapan orang lain sedangkan masa silam kamu lebih terus dari orang itu? "OOH AKU SUDAH BERUBAH.ITU CERITA LAMA" Jka begitu, bantulah saudaramu untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama bukan kamu mengeruhkan lagi keadaan. 

INGATLAH. MASA SILAM KAMU JUGA TETAP MENJADI SEJARAH KEPADA ORANG LAIN JUGA.JANGAN SAMPAI AIBMU DIBUKA 1 PER 1 JIKA KAMU BERTERUSAN MENGAIBKAN ORANG LAIN. 


Salah faham menjadikan manusia angkuh,sombong, suka berkata yang bukan-bukan. Macam dia sahaja yang betul. Dia sahaja yang terasa hati. DIa sahaja yang tahu segala-galanya. Ingat! Tuhan itu lagi Maha Mengetahui dari kalian semua. Kenapa kalian bercakap seperti orang tiada pegangan agama? Nama sahaja Islam tapi percakapan langsung tidak menggambarkan keislaman kalian. Jika begitu, senyapkan diri.Kunci mulut dan tak perlu berkata apa saja sekiranya kata-kata anda itu bakal mengguris hati orang lain. 

INGATLAH WAHAI SAUDARA-SAUDARIKU..

DOSA MANUSIA DENGAN ALLAH BOLEH DIAMPUNKAN, KERANA ALLAH SWT ITU MAHA MENGASIHANI. 

TETAPI DOSA MANUSIA  SESAMA MANUSIA,ITU MUSTAHIL UNTUK DIMAAFKAN KERANA MANUSIA SUKAR MEMAFKAN.. SEKALI KAMU MENGAIBKAN,MENCEMARKAN MARUAH,MEMFITNAH BELIAU, DI AKHIRAT KELAK KAMU AKAN MERANGKAK DAN MENANGGUNG AZAB YANG BERAT. KAMU HARUS MENCARI BELIAU UNTUK MEMINTA MAAF.




“Barangsiapa yang mempunyai kezhaliman kepada saudaranya mengenai hartanya atau kehormatannya, maka diminta dihalalkanlah kepadanya dari dosanya itu sebelum datang hari di mana nanti tidak ada dinar dan dirham (hari kiamat), di mana akan diambil dari pahala amal kebaikannya untuk membayarnya. Kalau sudah tak ada lagi amal kebaikannya, maka akan diambil dari dosa orang yang teraniaya itu, lalu dipikulkan kepada orang yang menganiaya itu” (HR. Bukhari).

Firman Allah SWT: “Dan Kitab-Kitab Amal dibentangkan, maka engkau akan melihat orang yang berdosa itu merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka berkata: Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau besar, melainkan semua dihitungnya! Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu ada tertulis di dalamnya dan ingatlah Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun.” (Surah al-Kahfi, ayat 49) 




Imam al-Ghazali pernah berkata: “Menerusi lidah akan berlakulah pendustaan atau pembohongan, buruk sangka, permusuhan, fitnah, mencarut, mencela, mengutuk, bertelingkah, mengumpat, melaknat dan membicarakan sesuatu dalam keadaan kesat, kasar dan penuh dengan kesombongan.”

Ini terjadi kerana ketika hidup, mereka melakukan kebaikan dan pada masa sama mereka juga melakukan kejahatan serta dosa sesama manusia. Segala ganjaran pahala kebaikan diambil oleh Allah SWT bagi membayar segala hutang kejahatan ketika hidup.

Sabda Rasulullah SAW: “Siapa yang muflis? Manusia yang muflis itu bukanlah mereka yang tidak berharta dan memiliki tempat tinggal. Sesungguhnya orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak menunaikan hak-hak orang lain seperti mencaci dan merampas harta tanpa hak, memukul tanpa sebab dan sebagainya.” (Riwayat Muslim) 

Sebenarnya golongan yang menjadi muflis di akhirat asalnya mereka memiliki pahala yang banyak. Bagaimanapun, semua pahala ibadat itu habis kerana digunakan sebagai bayaran ganti rugi kepada insan pernah disakiti, dikhianati, dihina, dibunuh atau dizalimi. 


Bahkan mereka juga dibebankan dengan dosa orang yang dizalimi. Alangkah ruginya golongan muflis ini. Ganjaran pahala yang dikumpulkan akhirnya menjadi barang tukaran kerana denda yang perlu dibayar kerana kesalahan terhadap orang lain. 

Dalam pergaulan hidup sehari-hari, sudah tentu berlaku kesilapan sama ada disengajakan atau tidak. Kesilapan itu boleh mengundang dosa terutama jika ia menyentuh pelanggaran hak berkaitan tubuh, maruah diri dan harta benda orang lain.


Namun demikian, sangat mulia jika kita menjadi manusia pemaaf. ”Hendaklah mereka memberi maaf dan melapangkan dada, tidakkah kamu ingin diampuni oleh Allah?” (QS. An-Nur:22). ”Jika kamu memaafkan, melapangkan dada serta melindungi, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (QS Al-Taqhâbun:14). Wallahu a’lam.*



p/s: Entry ini bukan untuk menyindir sesiapa mahupun para pembaca. Entry ini ditulis untuk peringatan kita bersama untuk menempuh hari-hari yang mendatang dan agar kita sama-sama menjadi khalifah yang tinggi budi pekerti di dunia dan akhirat.
Amiiiin.

No comments :

Post a Comment