Monday 17 February 2014

Entiti di Rumah Peranginan Bukit Fraser

Salam uollz..

Hari ni nak update tentang percutian yang tak disengajakan berlaku kepada aku sekeluarga..
(boleh lak ada holiday 'tak disengajakan" kan?) ekekekekeke...
Minggu lepas kami pergi berhoholiday di...


Bukit Fraser... Bahasa Omputehnye... FRASER'S HILL.. 
Dan kami berempat sahaja yang pergi ke sana....


Jadi, kami menginap di RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN.
Rumah peranginan ni hanya government staff je dapat booking sebab..Tah.. da memang gitu caranya..hahahahaha.. 
Adik ipar aku keje gov, jadi dia la booked. Tapi beliau lupa dan balik kampung suaminya.
Jadi, kami la yang meramaikan majlisnya. ekekekekeke...
Rate die murah je dalam RM 40.00 untuk satu malam.
Memang murah & cantik & sejuk tahap kritikal. hahahahahaha 
Nak ke Fraser's Hill ni ada 2 laluan. Samada dari Raub or dari Kuala Kubu. Kami dari arah Kuala Kubu. (^_^)

 Fraser's Hill terletak di Pahang ye bukan Perak ye kawan-kawan. Sebab sebut Kuala Kubu, orang mesti ingat PERAK. neeeehhiii! It's situated in Pahang Darul Makmur.
Sekian.



Ni pintu depan dia..


Ha..ni Banglo A.. Sebelah kiri tu Banglo B..

Kami dapat Banglo A. Nasib baik la Banglo A tu full house. So tak de rase seram sangat kan. (Yeke?) (O.o)
Banglo B..emmm... Nobody At Home hahahaha...
*budget tulis seram-seram sikit*

Perjalanan ke sana mengambil masa dalam 4 jam la gitu..sebab jalan dia..
Ya Allah..Subhanallah....berliku-liku..ditambah dengan selekoh tajam..dan kejap sejuk kejap panas....GPS kata 2jam. tu sume tipu belaka.. T_T

Kalau orang pregnant naik ke Bukit tu..tah-tah muntah kot sebab peninng kepala gilaa...
(Aku alhamdulillah tak pening & tak muntah..sebab...aku khayal dalam kereta)
Eh! Aku ada cakap aku pregnant ke? tak kan? hehehehe.. 
so aku tak focus la senang cerita.
walaupun kejap-kejap aku ke kiri..kejap ke kanan..
sebab kan jalan tu tajam selekohnya..maka aku tajamkan badan aku tuk lentuk je ke mana kereta tu jalan.kite layan drift..yang suami buat..sebab die yang drive..hahahahahaha..

Sampai je Rumah Peranginan tu, maka dengan rasminya aku pun melakukan tawaf dan menjenguk kawasan..saja je mana tau ada part dalam rumah yang aku tak tahu kan? 
aku memang suka tawaf tempat lain baru dalam bilik sendiri..
hahahahaha...


ni pic ruang makan. Besar sangat sampai aku rasa aku nak tengok dari jauh je lah.
hahahaha


Ok ni ruang tamu dia.Aku sampai-sampai je duduk kat kusi tu dulu.


Ni bilik kami! 
Tu tilam aku tido. Model lelaki tu? adik ipar lelaki aku.hee..yang tengah duduk tu mentua aku.
Beliau..sampai-sampai je bukak tv dulu.hahaha


OK. Mari kita sambung cerita di atas. hehehe
Kami bertolak pukul 11.30 pagi dari rumah.. dalam pkul 3.30-4.00 ptg kami tiba di Fraser's Hill.
Setelah berehat selama 2jam, dalam pukul 6 ptg tu kami keluar balik untuk makan malam dan pergi tempat-tempat menarik..


 Memandangkan Jalan Guillemard tu jalan yang ada di Bukit Fraser,
maka sang suami ponggg bergambar di signboard. 
Nak tunjuk kat orang kampung wwooi! hahaha

Ok. Ni la menara jam Bukit Fraser yang di terletak di tengah-tengah roundabout ye kawan-kawan.
 Kami terpaksa main lintas jalan macam anak ayam semata-mata nak tangkap gambar kat sini bersama suami. hahahahaa.. (^_^)

haa kan da cakap..die kat tengah-tengah roundabout..

ni food court dia.. makanan boleh tahan ( tapi sedap lagi aku masak lah)..hehehehehe
harga? emmm OK lah :)

aku nampak je signboard BURGER RUSA..terus order..BUNGKUS ye..untuk 2nd round makan..hahahaha...


Da abis makan, azan maghrib berkumandang je terus kami balik ke Rumah Peranginan Persekutuan tu.. dalam 7.30 ptg tu..cuaca da gelap gulita dah.. T_T jalan ke Rumah Peranginan tu tak ada lampu. hiissshh.. Aku duduk seat belakang suami aku..so,aku usap-usap bahu die suruh die cool and steady time drive..hehehehe... 
*husband aku ni lemah semangat,so aku kene bagi die semangat sikit*

Sampai je di Banglo tu, siap ada 'home guest' jemput kami. MONYET la sapa lagi! Die bertenggek kat atas bumbung banglo tu duk usya je kami.. hahahahaha... Tapi monyet tu tak mesra. Cara dia pandang je macam semacam. huhuhuhuu... (-_-)"

So, kami pun ke pintu utama.TETIBA JE PINTU TAK BOLEH BUKAK! IT'S LOCKED MAN!! 
Da macam mana kami nak masuk ke dalam?? T_T
Ketuk punye ketuk..Sorang pon tak bukak pintu padahal banglo tu ramai orang. Hmmm...
Bagi salam pon no point! Last-last, adik ipar ronda ke pintu satu lagi dan alhamdulillah tak locked. OK Fuuuhh!

Kami pon masuk bilik, mandi solat dan rehat. Oh lupa nk cite! Bilik air dia.. YA ALLAH!! gila besarr!! Dengan cermin die besar dan lebar..dengan keluasan bilik mandi + toilet die tu macam boleh tidur da kat dalam tu membuatkan aku mandi + membuang tak sampai 10 minit. hahahahaha.. Sebab ada pintu kat bilik mandi tu. Cam risau lak.. T_T

Dalam kul 11 lebih tu, aku dan tidur lah. Suami rapatkan tilam aku dengan mentua. Sebab aku ni takot tidur sorang.ekekekeke...sebbaik suami faham..hohoho...
Die tidur kat depan tv dengan adik dia. Tak cukup ruang, nak buat camno..Sebbaik bawak toto. Tapi kesian lak jugak kat diorang sebab sejuk gila,tidur atas toto lak tu.. hehehehe

This is when the mistic happend..acewahhh!

4.11 am (aku sempat tengok jam kat astro tu) aku terjaga. sebab tak boleh lena!
Asyik dengar bunyi guli je dalam almari baju sebelah katil aku tu! aku kejap-kejap bukak mata. bunyi tu NON-STOP! aku teringat baju aku ada dalam tu. T_T
aku pandang je la almari tu. Tetiba, mentua aku bangun..dia batuk-batuk. Aku pun buat-buat tegur sebab sejuk *padahal aku tengah usya bunyi tu* 
Mentua aku sempat borak dengan aku..sejuk katanya..aku pun ye kan aje.memang sejuk! + seram. hahahahaha...then aku g toilet nak terkucil. Lepas tu, mentua aku pulak masuk toilet. Tengah baring-baring tu, tetiba pintu bilik mandi tu terbuka 2 kali! aku gitahu mentua aku..
"mak tak tutup rapat kot mak pintu tu"
then mentua aku ye kan aje. 

Then, aku cuba lelapkan mata..bunyi guli tu da tak ada dah! lega! TAPI...
aku boleh lak terdengar suara pintu bilik sebelah dibukak tutup, budak kecik menangis dan berlari kat tingkat atas,dengar orang p toilet kat tingkat atas, dengar orang memasak kat dapor.ditambah lagi dengan bunyi angin... "wwwwwuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu"
membuatkan mata aku ni laggi laaa tak mau lelaaaap!!! T_T

Aku and mentua siap sembang.. "diorang ni tak tidur ke pagi-pagi masak n biar anak-anak main-main sampai 4 pagi?" rupa-rupanya..mentua aku pun dengar jugak!
OK ada geng. hahahahaha...

dalam pukul 4.45 pagi tu..mata da berat..mentua da lelap da.. I guess so laa.sebab die senyap je..hahahahaha

aku pun cuba lelapkan mata. hm..dipendekkan cerita...aku ternampak kelibat perempuan duk lalu depan aku kiri..kanan..masuk keluar dari almari tu.rambut panjanggg..huuuuuuuhaaaaaaaiii!! berdebar jantung!!! aku tak pikir ape dah....aku tutup perut aku ni..(time tu lak si kenit dalam perut ni boleh aktif bergerak pulaaakk!)
*ehh aku tak cakap kan aku pregnant?* hahaha

Aku baca surah al-ikhlas 3x,al-fatihah. semua la surah 3 Qul. baru mata aku boleh lelap. Dalam on the way nak lelap tu, ade la benda apa tah duk kat sudut pintu bilik tu tengok je aku..kecik je dia..rambut panjang laa.. Aku perasan! tapi aku da mengantuk sangat! Then..benda tu tengok aku tak ada respond, die masuk keluar almari baju depan aku! (aku sengaja tidur mengadap pintu and almari baju).. aku boleh nampak rambut panjang gilaa terjuntai dari dalam almari baju!!
Aku punye la mengantuk..aku lelap jugak..hehehe..mesti korang yang baca ni kata aku ni gila kan! dah tu ko nak aku menjerit ke?? huuu......aku percaya pada Allah swt untuk lindungi aku dan anak aku..In sya allah.. :) tak ada benda lain yang aku takut selain Dia. Ini benar. 
Datanglah macam mana bentuk muka ke apa ke, In sya allah.. Allah swt ada untuk aku. :)
Believe in God is better.

heeee....

Aku tidur sekejap je.. tak sampai 5 minit..lain-lain tu aku tutup mata je sebab protectkan si kenit dalam perut ni.kalau aku tak ada baby dalam perut, aku da bangun and bukak almari suruh die keluar. hahahah.. *takot-takot berani je aku ni* tetiba je da azan subuh.tengok jam da pukul 6. camne? pelik tak? aku pun. huuuu.....so aku bangun mandi, kejut yang lain..then pukul 9.30 pagi kami checkout. 

sampai KL aku cerita kat suami.die tak percaya! last-last die google die terdiam.
rupa-rupanya da ramai da kene kat rumah peranginan tu!!
dan! tempat orang-orang tu kene kacau kat BILIK KAMI.TEMPAT KAMI CHECK-IN TU LAH...KAWASAN PONDOK DEPAN BILIK KAMI TU PON DA RAMAI NAMPAK..
BUNYI ORANG MEMASAK,MENANGIS,BERLARI,BUKAK PINTU,G TOILET...sume same je yang diorang cite..WAKTU PUN SAMA...CUME DIORANG KENE...PKUL 12AM-4AM..
emmmm....

Mentua keluar g majlis kawin jiran.tak balik lagi. Maghrib tu dia balik,suami cite la pasal MISTIK tu. mentua kata.. MAK DENGAR BUNYI GULI TU SUMA...
 terdiam suami. then baru la die percaya yang aku cite rambut panjang tu semua..

Nak pergi lagi??? OOOoooooHHhhhh... TIDAK.
hahaha..
kalau pergi pon, aku sanggup balik hari. 
sekian.









1 comment :