Thursday 13 June 2013

expression

no caption


saje-saje mengisi masa lapang on the last day of me in this office. 
muehehehehe...
tapi hari ni ramai tegur muka aku berseri-seri?
hohoho...terkesima seketika.
bila aku dengar perkataan berseri-seri..aku bayangkan macam ni....


ekekekeke....

ke diorang ni puji sebab majlis nk dekat?
OHMY...
2minggu je lagi....
tapi aku relax gi..

hari ni aku sebenarnya..tak ada la make up mana.
(hari-hari aku sama je aku rasa)
cuma..pagi tadi..contact lens aku koyak.
so aku pakai la speck..itu je.
(untuk caption-caption di atas speck di buka)
ce tengok mata aku tu... nampak macam sedih kan?
hahaha
tak la.mata aku letih & sebab lens tu koyak,mata aku gatal..so aku garu-garu..
tu mata jadi letih.
OK. 
NOW, macam mane aku nak attend interview kalau lens koyak????

haaiiiissshhhh....





Tuesday 11 June 2013

BRANDON ROUTH / SUPERMAN RETURNS

BRANDON ROUTH
Siapa tuh?

OK. picture kat bawah ni kenal?

Movie: Superman Returns 

haaa...kenal kan...tapi tak tahu nama?
name hero dalam cerita ni BRANDON ROUTH.
die la HERO cerita SUPERMAN RETURNS  
watak die dalam movie ni adalah CLARK KENT.. kenal? tak kenal aku cepuk kangg! ekekeke...
cerita ni dari tahun 2006.lame dah..tapi cerita die memang best...THUMBS UP!

Aku tengok movie ni Ahad lepas.dengan housemate tengok movie ni kt TV. memang tengok movie kat TV je lah yang mampu sekarang ni.save budget kawin.mihmihmihh...
kami tengok movie ni bukan channel ASTRO / TV3 / tv ape-ape lah..kami tengok dari channel SURIA,Singapore.
 ekceli.area rumah kami dekat dengan Singapore.hihihi.. Jimat wooo bil..xpayah pasang ASTRO.. jeles?? tak heran..ekekekeke... 
best jugak tengok channel tu..siyess..bukan nak banding-bandingkan Malaysia & Singapore..but..It's true. Cerita dari channel SURIA ni almost every night ada movie..cume larat dengan tak je nak layan.hihihii...
 well, let's continue dengan cerita mamat ni. Brand SUPERMAN ni adalah fav brand aku sebenarnya.sebab,tak tahu la ek apa sebabnya.muehehehehe...
dah aku suke.so..SUKE laa..hahaha

ni nak kongsi a bit about this guy..aku dpt kt Wikipedia tadi..ekekeke.....

BRANDON ROUTH a.k.a CLARK KENT



Brandon James Routh (born October 9, 1979) is an American actor and former fashion model. He grew up in Iowa before moving to Los Angeles to pursue an acting career, and subsequently appeared on multiple television series throughout the early 2000s. In 2006, he gained greater recognition for his role as the titular hero of the 2006 film Superman Returns. He also had a recurring role in the TV series Chuck, as Daniel Shaw. Following this, he has had several supporting roles in television and film. In 2011, he portrayed the eponymous protagonist of another comic book film, Dylan Dog: Dead of Night.

Routh, the third of four children, was born in Norwalk, Iowa, on October 9, 1979, the son of Catherine (née Lear), a teacher, and Ronald Wayne Routh, a carpenter.[1] Routh's family, which is Methodist,[2] has German, French, English, and Native American ancestry[3] (Routh has stated "I'mChickapoo, watered down quite a bit, on my father's side").[4] Routh grew up in Norwalk, approximately 100 miles (160 km) south of Woolstock, the hometown of George Reeves, the first actor to play Superman on television.[1] During his childhood, Routh thought a full-time acting career was unrealistic, citing his small-town background.[1] In his spare time, he played the trumpet and the piano.[1] Routh attended Norwalk High School,[5]where he played sports and participated in music and theatre. He has described himself as a "momma's boy" and not "the most popular kid" during his school years.[6] Routh has also noted that during his younger years, he was fond of the Superman films and comic books.[7]

Routh attended the University of Iowa for a year, aspiring to be a writer.[1] During this time, he modelled and acted in order to earn his tuition fee.[1]Routh has said he was often told that he bore a physical resemblance to Christopher Reeve, who had previously portrayed Superman.[1] His former manager signed him on because of the resemblance, telling him that he thought Routh would be cast as Superman if there was another film in the series.[6]

Personal life

On August 23, 2006, Brandon became engaged to his girlfriend of three years, actress Courtney Ford;[20] the couple married on November 24, 2007, at the El Capitan Ranch in Santa Barbara.[21]In March 2012, Routh and Ford announced that they were expecting their first child in the summer of 2012.[22] On August 10, 2012, the couple welcomed a son, Leo James.[23]
Routh knew actor Kal Penn, a co-star in Superman Returns, for several years during the time he lived in Los Angeles.[24] Routh and Penn were both also featured in The Lonely Island'sAwesometown MTV pilot music video "The Avon Lady".
Routh's sister, Sara, has a musical track entitled "You're Never Gone" on Sound of Superman, the companion soundtrack of the film. Routh is a fan and player of the video game World of Warcraft.[25] During the 2008 Presidential Election, Routh spoke at an Iowa rally in support of Democratic candidate Barack Obama.[26]

OK sudah.jom cuci mata tengok picture-picture dia..
mihmihmihh....dapat kat pakcik Google Chrome je..hehe..tq pakcik.

aku compilekan.senang nak tengok.. handsomenyee lahaii..

huuuiiii....macam cartoon anime lak pulak.. ^_^

haaaaaaaaa jatuh hati.... *senyum sampai ke telinga*

macam orang melayu pun ada.

OK dah.. next...kite tengok sedikit picture babak-babak die pulak..

time ni die jadi wartawan..

time ni dia selamatkan aeroplane yang hampir crash

bersama ehem-ehem..heroen nya lah. LOIS LANE..name sebenar pelakon ni adalah Kate Bosworth

ni LEX LUTHOR / name sebenarnya KEVIN SPACEY. Keje dia nak musnahkan SUPERMAN dengan menggunakan kristal kt tangan die tu and Kryptonite.

plot movie ni?

         Superman (Brandon Routh) telah hilang selama lima tahun, kerana perjalanan ke lokasi di mana ahli-ahli astronomi percaya mereka telah menjumpai tinggalan Kripton. Semasa ketiadaan beliau, musuh Superman, saintis gila Lex Luthor (Kevin Spacey) telah dibebaskan dari penjara (kerana kegagalan Superman untuk hadir pada perbicaraan Lex) dan berkahwin dengan seorang janda kaya (Noel Neill) untuk mendapatkan kekayaan selepas kematian beliau. Superman, setelah gagal dalam usaha untuk mencari hidup Kryptonians, beliau kembali ke Bumi sebagai Clark Kent dan menyambung semula kerja di Planet harian di Metropolis. 
        Beliau kemudiannya mendapat tahu bahawa Lois Lane (Kate Bosworth) telah memenangi Hadiah Pulitzer untuk artikel beliau "Kenapa Dunia Tidak Perlu Superman." Sementara itu, Lex bergerak ke Metropolis Museum dan mencuri kristal Krypton, untuk menggunakan bagi satu eksperimen yang menyebabkan gangguan kuasa besar-besaran di Pantai Timur Florida.     
        Kehilangan kuasa mengganggu ujian penerbangan sebuah kapal angkasa yang akan dilancarkan ke angkasa lepas dari atap pesawat yang diduduki oleh Lois Lane kembali memuncak. Clark terbang ke dalam tindakan sebagai Superman dan memhentikan pesawat daripada terhempas ke stadium besbol.
     Dunia rasa gembira dengan kedatangan Superman, tetapi dia mempunyai kesukaran menghadapi Lois 'tunangnya, Richard White (James Marsden), anak saudara Planet harian editor-in-chief Perry White (Frank Langella), dan anak 5 tahun berusia, Jason (Tristan Lake Leabu). Dengan Superman terganggu oleh kenderaan di luar kawalan, peralihan yang melibatkan Lex ini rakan kongsi dalam jenayah, Kitty Kowalski (Parker Posey), Lex mencuri kryptonite dari Metropolis Muzium Sejarah Asli. Perry kemudian menyerahkan Lois menemubual Superman manakala Clark menyiasat blackout. Lois dan Jason tidak sengaja kapal layar papan Lex dan ditangkap selepas Lois memutuskan untuk menyiasat kisah gelap, yang dia menghubungkan kaitkan dengan Luthor ini. Luthor mendedahkan kepada mereka skim terbaru beliau untuk merebut tanah dan kuasa. Dengan menggabungkan salah satu kristal Krypton dicuri dengan Kryptonite, Luthor boleh berkembang daratan benua baru di Lautan Atlantik Utara, salah satu yang akan menyebabkan paras laut meningkat secara drastik, menyebabkan berbilion-bilion orang dan memberikan beliau kawalan penuh hanya tanah yang boleh digunakan untuk terselamat.
       Jason mengalami tindak balas sedikit kepada Kryptonite, menyebabkan Luthor menjadi curiga dan meminta Lois untuk memberitahu bapa sebenar beliau. Lois menegaskan bahawa bapa Jason adalah Richard. Kristal mula mencipta daratan baru Lex Luthor, manakala Lois cuba untuk melarikan diri tetapi diserang oleh orang suruhan Luthor. Dengan tiba-tiba,Jason melemparkan piano tersebut ke arah orang suruhan Lex Luthor dan secara tidak sengaja telah membunuh dia dan membuktikan bahawa dia sebenarnya adalah anak Superman. Sementara itu, Superman cuba untuk meminimumkan kemusnahan di Metropolis disebabkan oleh pertumbuhan daratan baru apabila Richard tiba di kapal terbang laut untuk menyelamatkan Lois dan Jason daripada kapal layar tenggelam. Superman tiba tidak lama lagi untuk membantu dan kemudian terbang di luar untuk mencari Lex Luthor.
    Lex Luthor membuat perhitungan dengan Superman.Akan tetapi, Superman mendapati daratan dipenuhi dengan Kryptonite, dan ia melemahkan beliau untuk menunjukkan bahawa Lex Luthor dan orang-orangnya dapat mengalahkan dia. Superman ditikam oleh Lex dengan beling dari Kryptonite dan terjatuh ke dalam laut. Lois membuat Richard patah balik untuk menyelamatkan Superman, lalu dia membuang Kryptonite dari belakang. Superman, selepas mendapat semula kekuatannya dari matahari, lif daratan selepas meletakkan lapisan bumi antara beliau dan Kryptonite itu. Lex dan Kitty melarikan diri dalam helikopter mereka; Kitty, tidak sanggup untuk membiarkan berbilion orang mati, lambungan jauh kristal yang Lex mencuri dari Fortress of Solitude. Dia dan Luthor terkandas di pulau padang pasir kecil apabila helikopter mereka kehabisan bahan api. Superman menolak daratan ke angkasa dengan kristal terperangkap di daratan, tetapi dilemahkan oleh Kryptonite dan kemalangan kembali ke Bumi. Di hospital, doktor mengeluarkan lebih Kryptonite daripada luka Superman, tetapi alat-alat pembedahan dan mesin hospital adalah sama ada rosak atau musnah apabila mereka cuba untuk memulihkan dia. Walaupun Superman masih dalam keadaan koma, Lois dan Jason melawat beliau di hospital di mana Lois berbisik sesuatu ke telinga Superman dan kemudian mencium dia. Superman kemudian bangkit dan terbang untuk melawat Jason, dan memberi pesanan seperti mana ayahnya Jor-El itu (Marlon Brando) ucapan terakhir kepada Jason kerana beliau tidur. Lois bermula menulis satu lagi artikel yang bertajuk "Kenapa Dunia Perlukan Superman". Superman meyakinkan bahawa dia kini kembali untuk tinggal, dan terbang pergi ke orbit rendah, di mana beliau gazes turun di dunia.

haa... gitu laa plot citenya..penat aku taip semula..hahahaha
kalau ada CD..nak beli lah..tengok 8jutax pun sanggup.
ekekekeke...

tq for reading!
see ya!!

Monday 10 June 2013

berilmu ke kalau gitu?







lega rasanya apabila rakan saya ni berani menulis tentang perkara ini. kira *on behalf* la ni..kikikkikii...

picture,dan sebagainya kenelah di"hide" untuk tidak mencetus masalah yang akan datang..
apa yang dikatakan oleh rakan saya di atas ni memang betul.. 

"tak salah tegur orang tapi biarlah dengan beradab & ikut cara yang elok"

"apa gunanya ilmu penuh di dada, jika tak mengamalkan  sepenuh jiwa"

saya dah pun mengalaminya sendiri...dengan housemate sendiri.  
Mereka-mereka itu memang orang beragama.tudung labuh.cikit-cikit
dosa” taw.. “Allah swt Murka”…“jangan jahat sangat boleh tak? Kurang pahala yang kau kumpul tiap-tiap saat” …“kau ni kalau setakat baca al-quran tak tahu terjemahan,tak guna kau baca” … “kita ni jangan berkira, biar ikhlas”.. “dalam dunia ni ada banyak solat.tak kan semua aku nak cerita”.. “tak payah buat kalau tak ikhlas”.. “ehh kau main tutup-tutup lampu ni ibarat kau da pesongkan Iman aku tau tak? Kau buat aku takut dengan hantu bukan Allah swt
Indah khabar dari rupa. Kalau orang tengok, mereka ni memang beragama.tapi, adap & akhlak tak mencerminkan langsung ilmu yang mereka ada. Bukan nak mengutuk.TIDAK SAMA SEKALI.Cuma,bila kena tegur..mereka akan membalas “ MANUSIA TAK SEMPURNA”..
OK.betul.tapi kenapa mereka berani menghina,maki-hamun,mempertikaikan agama orang lain,tak menghormati orang sekeliling dan tak mahu bekerjasama dengan orang lain? OK.MANUSIA TAK SEMPURNA.
Kalau begitu, ada banyak ilmu di dada, bImbing lah,tegurlah,nasihatlah dan bantu-membantulah sesama kita untuk mendapat keredhaan-Nya.Bukan cakap macam orang beragama tetapi? Emmm. Jangan mempertikaikan agama orang lain. Mungkin mereka kurang ilmu. Kenapa tidak sama-sama membantu? Kedekut ilmu di dada? Boleh bawak ke mana? Akhirat? In sya allah. Tapi kena ingat,kita ni duduk di bumi Allah swt. Ada perhubungan sesama manusia. Jangan lupa itu. Kalau kita buat silap, kena minta maaf bukan duk kata ;
aku geli la minah seksi tu kata SUBHANALLAH.die tu rambut karat,nak tunjuk lurah itu ini.pakai skirt pendek.nak tergelak je aku.aku pakai stoking,solat tak tinggal pon relax je” *
itu riak. Not good.kenapa tak tegur dia elok2..suruh tutup aurat??kan lebih elok.
kau jangan pakai seksi-seksi dalam rumah boleh tak? Aurat tahu tak? Kau ni da besar.dosa aku tengok kau.kau jangan nak tambahkan dosa aku.”
*ambooii tegur.tahulah tudung awak lebar cik kiah. Nasib baik yang awak tegur tu bukan sepsis yang cepat melatah.tak pasal-pasal berdas-das die buka perangai awak yang muak+jelek+menyampah yang berbakul-bakul die simpan tu,mau terdiam kat situ.
saya nak kongsi kata-kata yang pernah housemate saya cakap tentang rumah & memasak.
 Huuiii… berkira Ya Rabbi.
ehh aku da bawak da makanan ke pantry.ko pulak la bawak ke kereta
aku tak boleh la bangun pagi-pagi nak masak-masak ni” *OOOoo tak boleh bangun pagi? Tapi makan boleh?
Time susah,pandai cari rakan yang rajin memasak. Time senang, berdua-dua je.
Time sendiri puasa, “ ehh kau jangan lupa masakkan untuk sorang lagi. Die puasa.”
Aikk?? Da bertukar jadi tukang masak ke saya ni? Time saya pulak puasa… “ ehh kau puasa eh? Makan apa? Magi je? Hahaha.kesiannya” *kenapa tak tolong masakkan? Dan kalau mereka masak,mereka makan berdua je.Emmmm.
"alaaa...baru nak buang sampah ko da buang"
yelah...dah tinggal serumah selama 5 bulan pun tak sempat buang sampah ye..
So,siapa yang berkira sebenarnya? Saya ke mereka?
Jadi, dari makan hati berbulan-bulan (ekceli dah pun makan hati) so saya masak sendiri. ada jugak mereka berkias-kias " masak biar ikhlas.jangan kedekut & berkira"
berilmu ke gitu????
perkongsian ini dikongsi untuk kita sama-sama membimbing yang lain bukan tahu cakap je.
renung-renungkan..kesilapan sendiri..elakkan mempertikaikan tahap ilmu agama orang lain..dan tingkatkan pedoman&perbaiki akhlak sendiri..
p/s: pesanan ini untuk diri sendiri jugak sebagai peringatan..
Semoga Allah swt memberkati hidup kita di dunia & akhirat..
amiiinnnn~
T_T

Sunday 9 June 2013

wedding exam

wedding exam? mesti pelik kan? wedding ada exam?
eeehh...ada...
sebab kene jawap soalan-soalan yang akan datang dari setiap pelusuk dunia.
dalam jamban pun orang akan jerit dari luar..contohnyee..
"oiiii!!!! baju nikah ko ke yang bergantung dalam almari aku tu?"

sebenarnya siapa yang kawin ni?
orang lain pulak yang kelam-kabut tanya macam-macam..
orang lain pulak yang risau apa lagi yang tak cukup..
orang lain jugak takut ada yang tak dapat kad undangan..
orang lain je yang rajin update itu ini..
orang lain jugak yang pening apa nak ditambah..

sebenarnya siapa yang kawin ni?
ekekekekeke...

aku pon heran..sebabnya yang nak kawin aku..tapi yang risaunye orang lain..hahaha... ke aku ni yang xde perasaan? (OK ramai cakap aku takde perasaan. T_T) 
aku ada perasaan la..huu...tacing taw orang kata gitu..ekekekeke.. cume aku tak reti nak tunjuk aku risau..pening..serabut..kadang-kadang aku sengaja sembunyi kan perasaan tu sebab aku rasa aku tak patut tunjuk. kan..tacingg taw... (OK sekaranng aku ada perasaan.)

bila ramai tanya..

soalan dari housemate
beliau:  babe..how's your preparation?
aku    : *gelak guling-guling, amik remote tv tukar channel banyak kali*

soalan dari rakan-rakan yang jauh
beliau:  babe, kad bila nk dapat? nak g majlis ko ni
aku    :  kad? tak tahu bila nak siap" *sengeh-sengeh* (ni bulan lepas nye soalan)

soalan dari rakan-rakan yang rapat
beliau:  babe, baju da fitting?
aku    :  belum..2 minggu sebelum majlis kot * blur-blur*

soalan dari BONDA
bonda: kau da beli barang hantaran lelaki?
aku     : belom.tak tahu saiz die ape.tak pernah tahu. *sengeh-sengeh*
bonda: da tu bila nak beli? da nk masuk June da ni  (soalan ni bulan lepas aku da kene jawap)
aku     : aaaaa....tah ek. tunggu "dia" free la kot.bila? tak tahu.
bonda: camne korang bercinta ni?
aku     : camtu la...hihihii... *blurr jap..*
bonda: kad ko ni bila nk siap? dari April smpai Mei ni tak dapat???
aku     : (diam.sebab adik tunang aku yang handle)
bonda: warna khemah nak warna apa? menu catering? nk akad nikah bila?
aku     : *garu kepala* 
bonda: Bunting & banner da siap? (soalan bulan lepas)
aku     : belom (jawapan pun untuk soalan bulan lepas)
bonda: picture kt bunting and banner tu tukar.
aku     : OK

soalan dari officemate
beliau: ehh..kau da siap khemah,catering and goodies? 
            (soalan bulan lps.sebabnya beliau event department.so dia tanya more to event la kan)
aku    : errrrkk....tah..parents aku settlekan..hiiii...

soalan dari rakan-rakan FB
beliau: eehh babe...camne rase sekarang? majlis da nk dekat dah.
aku    : aaaa..biase je.kene rase berdebar ke? hahaha
beliau: hiisssshhh tak ada perasaan langsung laa die ni dari dulu sampai sekarang.
aku    : errrrrkkk....OK-OK.perasaan eehh..aaaa...biase je.. ^_^ 
            (aku rasa member aku tu kemfem biol dengan jawapan aku..ekekekeke)

soalan dari si "dia"
dia    : honeymoon nnti tolong carikan flight tiket.cari yang tempat best siap ada tourist guide.
aku   : OK
dia    : tolong carikan butang baju nikah.
aku   : OK
dia    : B nak cincin blh?
aku   : OK..boleh..
dia    : teman B cari sampin and songkok jomm.
aku   : OK..jomm.
dia    : kad bila nak siap?
aku   : OK, nanti komfemkan dengan mimi (adik diee)
dia    : baju nikah da amik?
aku   : daahh.. 
dia    : tukar picture lain kat bunting tu.tak suka.

soalan dari designer bunting & banner melaui email
beliau: awak ada apa-apa nak tukar? dah dekat 2 minggu da awak tukar macam-macam ni.
            (kesian die ni hari-hari ada amend) T_T
aku    : tak ada kot.boleh proceed print.
beliau: tak nak komfemkan dengan tunang/family?
aku    : tak mau.nanti drag jadi 1 bulan diorang buat.
beliau: OK
*thank you je sebab sabar and rajin layan saya*

OK fullstop.
yang sebenarnya, aku dah letih nak jawap soalan..letih nak uruskan benda-benda ni sorang-sorang. T_T
sampai fobia nak angkat call, sms or email dari FB sebab aku rasa aku retis sekarang ni..24-7  orang duk tanya. kot ye pun..nak autograph tunggu majlis. mihmihmihh...
tapi aku reply mana yang sempat aku baca..sebabnya, kita nak mendirikan majlis..mestilah nak rakan-rakan,sedara-mara raikan bersama-sama kita..
cume...
ada keletihan di situ sebab 100% semua soalan aku yang kene jawap.huhuuuuu

tu lahh.lain kali...amik wedding planner.. (berapa ribu pulak nak kene charge??) ekekekeke..
ramai cam terkejut bila tahu aku la wedding planner wedding aku sendiri.. (korang terkejut?? aku lagi laa.) ahahaha... sampai kt sebulan tak lalu makan. jangan kata lalu..nak hinggap kat tekak pun susah. tengah tidur pon boleh terjaga and plan wedding nye preparation. da macam study tuk exam rasenya T_T

selalunya, kita akan buat sama-sama dengan bakal suami..kan? but.. si dia ni spesis tak boleh serabut..nanti stress..demam terkejut.macam kes tunang dulu..2-3 hari dia demam. ekekeke. aku pulak macam tak ada perasaan. (heh! da beribu orang cakap gitu.aku pun rasa aku gitu) benda yang penting,aku chill & relax..benda tak penting, aku meggelabah teruk. what the fish laaa aku ni. mihmihmih..
so aku buat mane aku mampu tanpa serabutkan dia. alhamdulillah,aku dapat backup dia banyak jugak walaupun tak seberapa.hihihi...

nak mendirikan masjid ni, kita tak boleh pikir diri sendiri.kalau pasangan kita tengah sesak, apa yang ada,kita dahulukan ( jangan sampai bergadai maruah & harta lak). maksudnya, kita kenelah berusaha double dari dia. *tu lah yang berlaku dalam 3-4 bulan ni.. 
Proud of myself..hehehe..

* nanti tunggulah checklist aku. tak sabar nak kuakan checklist.nak tengok apa yang belum complete.



Thank you for readingg..
see yaa!

Friday 7 June 2013

"Abang, Tunggu Mak di Syurga Ya.."

Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?
Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.
Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.
 26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi Abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi Abang yang terakhir.
7 Mac 2011- Keadaan Abang semakin kritikal. Perut Abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' Abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. Mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "Insya-Allah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. Jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.
13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah. Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"
Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"
Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?
Mak jawab, "Balai bomba!"
Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.
Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.
Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"
Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.
Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi. 
Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!
27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.
"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.
5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.
"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.
7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu adasurprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr. Adura rajin menulis mengenai kisah abang di dalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.
8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.
Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."
Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.
9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.
Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.
Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.
"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.
"Abang, tu tengok kat luar tu? Nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.
"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.
Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.
Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!" 
Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.
"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.
"Kakak! Kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.
"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."
Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...
Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.
 Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli Syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan, kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segala-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.
Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).
Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.
Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.