Wednesday 28 August 2013

cross stitch

cross stitch...cross stitch...cross stitch...cross stitch...cross stitch...cross stitch...

Ada orang tahu apa itu cross stitch... dan tak mustahil ada yang tak tahu apa itu cross stitch? kalau ada yang tak tahu tu...sorry to say..pelikkkkk punya olangg meh. ( my husband mula-mula pun tak tahu juga) ekekekeke...

custom made cross stitch

Bagusnya cross stitch ni, kita boleh buat business partime. Sebabnya, dia custom made. Customer akan datang kat kita, request untuk men-designkan untuk kita. Senang cerita, kita ni memenuhi permintaan customer. Customer berpuas hati, of course mereka akan tempah lagi pada masa akan datang.

Yes! that is how we made money!!!

Actually, memang susah sangat-sangat nak cari kain ni. Sebab,designer kene tempah dulu kain tu dekat kedai. Then, owner kedai akan tempah kt pembekal. Dan, pembekal...tak tahu la bila nak delivery benda alah tu pada owner kedai...dan owner kedai tak tahu bila boleh hantar ke designer yang order kain tu..Maka, dengan itu..designer tidak boleh jamin bila boleh siapkan tempahan cross stitch ini kepada customer kerana perkara-perkara di atas..Nak aku ulang balik ke macam mana proses nak dapatkan kain cross stitch tu??
hahahahaha..

Aku bukan reka cerita tau, Sebabnya, semalam aku follow cuzzy aku ni survey kain cross stitch ni. Mula-mula pergi ke Ampang Park. Then ke Jalan TAR.cuzzy aku ni punye la susah nak cari kain tu. Sebabnya, dia dah ada 7 customer menanti barang-barang diorang. Die da macam lipas kudung berlari-lari anak..( hiyaakkk! hiyaakk! hiyak!! aku pon joined sama. Sebab aku ada dengan die) pergi mencari kain cross stitch tu merata-rata.. ( tak ada la merata-rata sangat pon..Ampang Park n Jalan TAR jee) hehehehe...

Die ada 7 tempahan yang tak tahu zaman bila nak buat sebab kain tu tak ada.. Mostly yang tempah, Purse, Ipad casing,,Purse lagi...n..emmm....aku rasa purse la yang paling banyak.hahaha...

Banyak benda boleh di design dan dicipta dengan cross stitch ni. 
Antaranya, Purse, Wallet, Beg, Keychain, Ipad casing... dan macam-macam lah. Kalau taip, mau penuh 1 wall ni. hahaha...
Kat bawah ni contoh-contoh cross stitch. 

 cross stitch bag
 cross stitch purse

cross stitch purse lagii...


cross stitch bag

Sekiranya, korang yang membaca wall aku ni berminat.... boleh laa g FB cuzzy aku ni and tanya die. aha! 1 lagi..jangan terkejut laa sebab die memang xpernah advertise benda ni kt FB pon..so...tak payah duk rajin cari picture cros stitch ni yee....hahhaha...
Ni link fb die  Fatin wani  ...  


*p/s: Fatin Wani!! kene bg royalty nii...da promote da nii..ekekkekeke...





Monday 5 August 2013

air mata syawal ku..untuk ayah & bonda

tetiba sedih bila dengar lagu ni... sebak betul rasanya... :( tahun ni tak dapat nak beraya dengan keluarga dahulu..sebab raya dengan belah suami.. :( sedey... dah jadi isteri orang ni kene tabah.. & ikut kata suami..kan... SYURGA ISTERI TERLETAK PADA SUAMI NYA.. kan..

*tak pe iradah..suami kau tu syurga kau..kene ikut cakap dia*..
:'(

Sempen Hari raya dah nak tiba...izinkan aku & suami mengucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca..pengikut setia.. ( ada ke?) heee...tak kisahlahhh....



aaiiissshh...syahdu betull~.. :'(



Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai ayah bonda ampunkan anakanda

Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah