Wednesday 26 February 2014

Video: Kasih Sayang Seorang Ayah

Seorang isteri meminta untuk bersalin disebelah suaminya yang sedang tenat supaya si suami boleh menyambut kelahiran bayi yang baru lahir dan sama-sama dapat meluangkan masa sebelum suaminya mati. 





Mark Aulger melawan penyakit kanser yang dihadapai hanya untuk mengetahui kemoterapi yang telah musnah paru-paru beliau. Dengan hanya satu minggu untuk hidup, isterinya meminta untuk bersalin disisi suaminya supaya dia boleh bertemu anak perempuannya Savannah sebelum dia mati. Beliau kemudiannya berada dalam keadaan koma pada hari berikutnya selepas bertemu bayi itu.


Tuesday 25 February 2014

Di Pintu Rindu



Epilog…


Seorang gadis bernama Damia Sofea dilahirkan kembar seiras dan kembarnya seorang lelaki bernama Daris Syauqi. Penyakit injap jantung membuatkan dirinya kadang-kala lemah dan tidak berdaya. Akan tetapi, dia tidak pernah mendapat rawatan sewajarnya dari kecil kerana mamanya, Puan Rahmah tidak mempercayai anaknya itu sakit malah dikatakan sengaja meraih simpati dan pura-pura sakit. Dianggap membawa malang kerana kerap sakit dan selalu dianggap gedik dan mengada-ngada demi meraih simpati keluarga membuatkan Damia membesar kurang sempurna. Hanya papa lah, Encik Wahid, tempat Damia bermanja akan tetapi, hidupnya makin tersisih setelah papanya mati dalam kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya ketika dia berusia 12 tahun. Damia dipersalahkan atas kematian papanya. 

Disisihkan oleh ahli keluarganya. membuatkan Damia keluar dari rumah dan menumpang di rumah saudara-mara yang mengasihaninya. Pemergiannya disukai oleh seluruh keluarganya kerana bagi mereka, lebih baik tiada dari ada. Dari seorang gadis yang baik, lemah-lembut dan berjiwa kental, Damia mula bercampur dengan rakan-rakan yang banyak menyesatkan dia. Masuk keluar hospital menjadi rutin setiap bulannya. Setiap bulan Damia akan bertukar kerja baru kerana kerap tidak hadir ke pejabat disebabkan oleh sakitnya itu. Rakan-rakan dan pengurus di tempat kerjanya juga tidak mengetahui tentang sakitnya itu serta latar-belakang ahli keluarganya yang lain. Satu hari, seorang jejaka dari golongan kaya bernama Mikael menemui Damia di hadapan rumahnya pada waktu tengah malam ketika Damia sedang berjalan seorang diri tiada hala tuju. Munculnya Mikael itu dalam hidupnya banyak membantu dirinya. 

Akan tetapi,  Mikael sendiri tidak tahu tentang penyakit yang dihadapi oleh Damia kerana Damia bijak merahsiakannya sehingga lah 1 hari semuanya terbongkar ketika Mikael melamar Damia untuk dijadikan isterinya yang sah.


P/S : nantikan sambungannya ya! 1st time ni publish cerita novel ku yang tidak seberapa ni dalam blog..hahaha...

Monday 24 February 2014

Si Bulat Arrisa

Salam ullllzzz!!

Hari ni hari bekerja. Selamat Bekerja kepada yang berkerja. Yang tak berkerja (macam aku nii) sila-sila la cari kerja. ekekekekeke. T_T.. Kerja yang mendatangkan $$$$ memang tak de la kalau duduk rumah ni. tapi pahala tu in sya allah ada..heeee... (tak pe la.. Rezeki Allah swt tu luas. Maybe belum sampai masa aku lagi kot).. T_T *positip nii*..


Duduk rumah ada kala...best..adakala..tensyen.. tang best tu..bila dapat main-main dengan baby..(bukan baby aku eehh) mertua aku ni jaga anak orang.Jadi, ada la baby nye..heeee... Aku ni suke baby. So, bagi aku baby ni aku sanggup la jaga 1 hari. Tak pe la kalau die banyak ragai sekalipun. Janji aku seronok tengok dia.hahahahaha (kalau dapat anak sendiri nanti tah camne tah. 24 jam mengadap) heeee... tapi... yang heran binti ajaib nye.. baby ni..tiap kali aku angkat..die mesti muntah susu selamber derrrk je kat baju aku.kat bahu. yeaaayyy! Budak bulat ni memangg taw...suka betul die kat bahu aku.
 -__-"


Pastu bila aku marah-marah (gurau lah) dengan dia..die boleh gelak..aissshh... budak kecik ni... OOh! lupa. Nama dia ARRISA HUMAIRAH. sedap kan name die...hehehehe...muke die iras-iras muka ayah dia. Yes. die muka lelaki.tak ada la pure gegirl sangat muka dia.hahahaha..tapi bila da nama pun baby, apa-apa die buat pun tetap comel.walaupun kadang-kadang die boleh uji sabar kite..huuuu...

Kadang-kadang mentua aku tensyen je dengan Arrisa ni. Sebab, die ni manje sikit..nak tidur kene gengam jari..kalau die berjaga,kene borak-borak dengan dia..kalau tak..die akan cakap sorang-sorang "huuuuuuu..." "urrgghhhhh"..."uuuuuuuuuuuuuuu"....sampai la ada orang datang dekat die and tegur die..baru die senyap pastu gelak-gelak..

kene pegang jari die..baru die nak lelap

time ni die tengah gelak.tapi bila ada camera die terus buat muka

Mentua aku jaga Arrisa ni adik beradik. Dari abang,2 orang kakak die yang pelat tu dan dia. Mana tak pening kepala. Sorang-sorang ragam oelik-pelik. Yang abang tu da sekolah da so kurang la nakal die. Yelah.Die sorang je lelaki. Adik-adik semua perempuan. Die pendiam..adik-adik yang potpet. kakak kedua Arrisa ni, baru je Tabika. Tapi, hmmmm...die punye pelat sampai sekarang tak OK lagi. aku kadang-kadang naik pening ape die cakap. Hahaha.. da la kalau die bercerita tu..hmmmmmm..sumpah! 1 benda aku tak faham. Yang kakak sorang lagi pulak. Ya rabbi! lasak die kalah lelaki. Kuat makan 1 hal. apa yang die nampak sume die kutip dan makan.Pintu besi pon die gigit.Cat pintu die tarik-tarik n masukkan dalam mulut..kalau nampak kite tengah makan,die datang dekat walaupun kite da bagi die makan banyak n makan awal. 


habis pintu ruang tamu mentua aku jadi mangsa Syahida
adik beradik pelat

Yang belah kiri tu Syahidah 2 tahun. Raja segala makan dan lasak. hari-hari 24jam berkelas vokal dengan dia. Die cute tapi..huuii.... Yang belah kanan tu kakak die. Huzma 5 tahun. Ni Master of pelats sedunia. 2-2 pelat la sebenarnya.. hanya diorang je faham bahasa diorang. hahahahaha

Bak kata orang tua-tua, kalau baby or budak perempuan kecik selesa dengan kita,kebarangkalian dalam kandungan kite tu baby boy. wooaahh~ heeee.. camtu lak ye.. (terus orang dalam perut ni aktif bergerak bila cite pasal die).... Eh...aku tak cite aku pregnant kan? tak ada kan? hahahaha..

Serasi nya aku dengan budak-budak ni..bukan ape.Just aku memang suka budak-budak. Especially babies la. Die mengada ke, banyak ragam ke.. Aku OK je. (buat masa ni la) hahahaha.... esok lusa ada anak sendiri tah ler ekk.. hahahahahaha

ketika budak Arrisa ni tidur..sunyi sepi je rumah ni die buat. sebab...kalau die terjaga... kelas vokal la jawap nyee.. Kadang-kadang saja datang kacau time die tidur.nak suruh die bangun. heeeeee.. pas die bangun..kite ciyom-ciyom sampai die rimas. hahaha.. memang aku pernah buat macam tu. menjerit die sambil tolak-tolak muka aku. hahahahaha..

tidur macam-macam gaya
Style die tidur memang suka tutup muka. Tak tahu la kenapa. kalau kite alihkan lengan die yang tembam tu..kemfem die bukak mata pastu "uuurrrrgghhh" sambil berkerut dahi..
hahahaha...Si bulat ni (panggilan dari aku dan adik ipar lelaki aku) ni kuat minum susu. Umur da 4 bulan da tapi mama die bagi susu je. Mentua aku kata, baby 4 bulan da boleh makan. Bagi makan biskut baby tu la.

Tetiba teringat masa kecik-kecik suke curik biskut adik pastu makan bawah katil. hahahahahaha..
Camne la bila da dapat anak sendiri. Jangan la die ikut perangai mak die ni.. hahahaha...

Hari ni kite update cite anak orang. In sya Allah... satu hari nanti..kite update cite pasal anak sendiri pulakz...

Doa-doakan semoga semuanya baik-baik belaka dan sentiasa dilindungi oleh-Nya.
amiinn


Firman Allah S.W.T dalam surah MukminAyat 60;
“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”


“Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Tuesday 18 February 2014

Cerita di sebalik tarikh lahir



Jika anda dilahirkan pada 1, 10, 19, 28 mana-mana bulan..Anda nombor 1 ....

Jika Anda dilahirkan pada 2, 11, 20, 29 mana-mana bulan … Anda nombor 2 ...

Jika Anda dilahirkan pada 3, 12, 21, 30 mana-mana bulan…Anda nombor 3 ...

Jika Anda dilahirkan pada 4, 13, 22, 31 mana-mana bulan…Anda nombor 4 ...

Jika  Anda dilahirkan pada ke-5, ke-14, ke-23 mana-mana bulan…Anda nombor 5 ...

Jika Anda dilahirkan pada 6, 15, 24 mana-mana bulan…Anda nombor ke- 6 ...

Jika Anda dilahirkan pada ke-7, ke-16, ke-25 mana-mana bulan..Anda nombor 7 ...

Jika Anda dilahirkan pada 8, 17, 26 mana-mana bulan kemudian…Anda nombor 8 ...

Jika Anda dilahirkan pada 9, 18, ​​27 mana-mana bulan kemudian…Anda nombor 9 ...


nombor 1

Anda bijak , bercakap lurus, lucu, degil , rajin , jujur, cemburu secara bersaing, baik hati , marah , mesra , pihak yang berkuasa, orang terkenal , sentiasa mahu menjadi dan dianggap sebagai pertama di kedudukan orang, mereka sering suka berdikari, tidak akan berada di bawah orang lain , diri orang yakin!
Anda paling mungkin untuk jatuh cinta di zaman muda , tetapi akan mendapatkan berkahwin apabila anda matang ! Anda mungkin mempunyai masalah dengan orang-orang yang mempunyai pandangan yang bertentangan Dan anda paling mungkin untuk membalas dendam ke atas musuh-musuh anda dalam asas masa panjang .

Anda pembelanja , tetapi anda akan mempunyai profesion yang baik pada masa hadapan. Jika anda seorang lelaki anda akan menjadi sangat popular yang semua orang akan mempunyai daya tarikan mental dan menghormati pada anda. Anda boleh pergi mana-mana sahaja dari kedai tempatan ke tengah-tengah parlimen kerana anda adalah positif dan juga berbakat dalam banyak isu-isu ! Tetapi dalam kehidupan anda, anda akan sentiasa mempunyai beberapa orang yang akan bekerja keras untuk membawa anda & nama anda ke bawah. Ini adalah menyamar ! Disebabkan tingkah laku pintar anda, anda akan dibenci oleh sesetengah orang juga ... Kehidupan keluarga anda adalah sangat sejuk , anda akan mempunyai rakan kongsi yang sangat bagus & kanak-kanak yang indah ... Anda perintis, bebas & asal ...
Perlawanan terbaik adalah 4,6,8 perlawanan yang baik adalah 3,5,7 !

nombor 2

Tidak kira apa , anda akan disayangi oleh setiap satu kerana pemerintah anda adalah bulan dan setiap satu suka Bulan. Well .. Anda adalah orang yang banyak mengelamun di siang hari, anda mempunyai keyakinan yang sangat rendah diri , anda perlu kembali untuk setiap langkah dalam hidup anda, anda amat tidak menentu. Bermakna anda berubah mengikutmasa dan keadaan, jenis yang mementingkan diri sendiri, mempunyai perasaan yang sangat kuat daripada muzik, bakat seni , komunikasi lisan.

Sikap anda adalah seperti Bulan, datang kepada kesuraman dan memudar supaya semua orang boleh mengharapkan perubahan di dalam kamu. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi seterusnya yang mencintakan kedamaian atau anda boleh menjadi Hitler yang mahu memusnahkan sifat keperikemanusiaan dan keamanan (Maksud saya dalam masyarakat dan rumah anda sendiri).
Jika anda benar-benar mempunyai pemikiran yang mendalam mengenai ketuhanan, anda sendiri mempercayai Tuhan yang akan membuat anda lebih kuat ! Kebanyakan masa kata-kata yang anda luahkan akan berlaku! Jadi tanpa apa-apa pengetahuan anda boleh meramalkan keadaan. Anda akan menjadi penyair , penulis , mana-mana ahli perniagaan Artistik ! Anda tidak kuat bercinta , maka anda berada di sana dan di sini sehingga anda berkahwin .. Jika anda gadis anda anda akan menjadi wanita yang bertanggungjawab dalam seisi keluarga. Jika anda adalah lelaki anda akan terlibat dalam pergaduhan & hujah dalam keluarga atau sebaliknya. Bermakna anda akan mengorbankan kehidupan anda demi kebaikan keluarga Anda ... Anda lembut, intuitif dengan visi yang luas, kuasa di belakang tabir , mesra dengan semua orang !

Perlawanan terbaik adalah 2, 5, 9 tiada orang lain boleh bersabar dengan anda !


nombor 3

Anda seorang yang keras hati , mementingkan diri sendiri selalunya, beragama , sukakan cabaran dalam hidup anda. Anda sentiasa cenderung untuk mempunyai banyak masalah dalam keluarga anda pada peringkat awal tetapi anda akan bersabar dengan segala-galanya ..Anda mempunyai kuasa perkataan yang kuat , muka sentiasa gembira . Jadi di mana sahaja anda pergi selalu anda telah mendapat apa yang anda mahu ! Dan sejak kecil anda sentiasa mahu bekerja keras untuk mencapai sesuatu. Anda tidak akan mendapat apa-apa tanpa kerja keras! Apabila anda mencapai umur lelaki / wanita yang ingin lain muda sekali untuk mendengar kepada anda kerana anda mahu orang ramai yang lebih muda untuk menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Anda ditetapkan supaya banyak contoh kepada orang lain. Secara amnya anda bukan seorang yang sejuk. Ia bukan perkara yang mudah berurusan dengan anda . Seorang yang sukar untuk dimengerti! Tetapi sebaik sahaja anda suka sikap seseorang maka anda akan bertolak ansur. Ia akan menjadi satu persahabatan yang berkekalan. Anda sentiasa menghormati orang lain. Hidup anda seolah-olah mempunyai banyak kebimbangan dan masalah tetapi yang pasti ia tidak akan lama. anda akan sentiasa mempunyai anak-anak yang bijak ! Anda suka wang yang banyak sehingga godaan akan mendorong anda untuk tidak berkesudahan cuba dan cuba .. Jika anda seorang lelaki maka ia adalah lebih . Menjaga keluarga anda dan membantu rakan-rakan , maka andamenghabiskan masa hidup hanya menjadi pemurah dan baik hati (kecuali ke-21 lahir lelaki). Jika anda seorang perempuan maka anda mempunyai akhlak yang baik dan budaya & sikap rajin. Anda sentiasa diikuti. Anda suka kebebasan , kreatif , cita-cita fokus, seseorang yang membawa keindahan, harapan & kegembiraan kepada dunia ini !

Perlawanan terbaik anda 6 , 9. Perlawanan yang baik 1, 3 , 5 !


nombor 4

Anda sangat degil juga, bekerja keras tetapi malang dalam perkara-perkara penting dalam kehidupan, sangat sejuk , membantu, anda mempunyai kuasa perkataan kasar .. Mungkin menjadikan ramai orang jauhkan diri daripada anda, anda boleh menyebabkan gangguan kepada orang lain jika anda seorang lelaki , dan anda sering memahami orang lain dan masalah mereka dengan baik. Jika anda seorang perempuan anda sangat mahir dalam kajian dan seni. Jika anda seorang lelaki anda menghabiskan kebanyakan masa bersama kawan perempuan (hampir) pada masa-masa , anda akan mempunyai kehidupan semacam terlalu banyak keseronokan dengan rakan-rakan & perempuan. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa & wang anda dan melarikan diri dengan kehidupan mereka dan anda akan menjadi kosong dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ... Jadi berhati-hati ! Anda suka menghabiskan duit. Mempunyai niat baik anda adalah anda sentiasa bersedia untuk membantu keluarga dan rakan-rakan. Memberitahu anda apa yang anda orang permata kecil !  khas kanak-kanak perempuan .. Anda sentiasa jatuh cinta dalam umur yang lebih muda juga. Anda sering hidup dengan kekecewaan, untuk contoh anda telah mendapat ijazah dalam beberapa perkara ... tetapi anda akan menganggur .. atau kehendakmelakukan kerja yang sangat biasa .Tetapi anda akan menjaga keluarga anda dengan baik ... Apa yang anda perlu berhati-hati orang-orang yang akan mengambil kesempatan daripada anda. Dan berhati-hatilah anda melakukan hubungan dalam usia muda ..Anda radikal , sabar, berterusan, agak lama, anda berpeganng pada asas & perintah ...

Padanan terbaik 1, 8 . Perlawanan yang baik 5, 6, 7 !


nombor 5

Anda sangat popular dalam komuniti, anda boleh mendapatkan perkara yang dilakukan dengan hanya berbual .. walaupun bersama musuh ! Anda mempunyai minda perniagaan yang cukup baik , anda
sering tidak mempunyai idea - apa yang hari ini adalah seperti apa, atau esok adalah seperti apa, anda adalah orang yang melakukan apa-apa saja apabila kepala terifikirkannya. Anda akan terkenal jika anda membuka perniagaan, mendapatkan melibatkan dalam urusan saham, muzik dan lain-lain . Sangat popular kerana berperwatakkan lucu , anda adalah salah satu indiividu yang di cari oleh rakan-rakan dan keluarga anda untuk meminta bantuan , dan anda adalah salah satu yang benar-benar mendapatkan wang secara kredit dan membantu rakan-rakan anda. Anda akan mempunyai lebih daripada 1 hubungan, tetapi apabila anda mendapatkan stability anda akan agak mementingkan diri sendiri juga. Kerana separuh lagi sifat dalam diri anda, anda akan mempunyai jumlah yang cukup baik dalam kawalan dalaman anda , berhati-hati ! Anda cenderung untuk pergi untuk hubungan yang lain mahupun kenalan baru, anda berkahwin pada bila-bila masa-masa kerana populariti anda ..Anda adalah seseorang yang bergaul dengan sesiapa sahaja kerana nombor 5 adalah bilangan tengah .. Perubahan & pencinta kebebasan anda ! Anda seorang peneroka dengan pandangan mata anda. Anda belajar hidup melalui pengalaman dan ia guru terbaik anda!

Perlawanan terbaik 1, 2, 9 . Perlawanan yang baik 6, 8 !


nombor 6

Ooopppss .. anda dilahirkan untuk menikmati .. Anda tidak mengambil berat tentang orang lain. Maksud saya, anda sentiasa ingin menikmati masa hidup anda , anda adalah orang yang .. Anda akan menjadi sangat baik sama ada dalam pelajaran atau bekerja pengurusan bijak atau perniagaan! Anda berbakat , jenis memilih (tetapi dengan hanya orang-orang yang anda fikir adalah baik), kanak-kanak perempuan yang sangat cantik, popular dan lebih daripada bertuah dengan apa-apa dalam kehidupan anda. Segala kebaikan itu datang dengan anda. Minda dan badan anda hanya dibuat sesuai untuk bersuka-ria .
Anda dicintai oleh mana-mana nombor lain. Tetapi jika anda seorang lelaki nombor 6 , anda akan mengalami jenis kelihatan daripada kebanyakan kanak-kanak perempuan dan akan melibatkan di lebih daripada beberapa hubungan sehingga anda berkahwin. Jika anda seorang perempuan , kebanyakan kamu akan mendapatkan berkahwin / kerja awal. Anda adalah orang yang penyayang terhadap keluarga anda &rakan-rakan. Jika anda terlepas separuh jalan tandanya anda akan menderita secara fizikal dan mental. Secara amnya anda akan membawa yang sangat baik kebahagiaan dalam rumah dengan apa-apa pendekatan . Anda adalah orang yang mempunyai belas kasihan, keselesaan & keadilan , tanggungjawab domestik, pertimbangan yang baik , dan selepas semua anda boleh menyembuhkan
luka dunia untuk berdamai bagi setiap kehidupan kerana anda mempunyai kuasa yang besar dan mempunyain bakat penyayang untuk menjadikan dunia ini cinta satu langkah lagi ...

Perlawanan terbaik 1, 6, 9. Perlawanan yang baik 4, 5 !


nombor 7

Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa di luar sana , anda adalah realistik, yakin , gembira , seperti seorang individu berbakat dengan pendidikan , muzik , seni, menyanyi, dan yang paling penting yang bertindak juga. Anda mempunyai masalah sebenar dengan sabar buruk! Jika anda seorang perempuan , anda popular dengan mata pelajaran yang disenaraikan di atas . Anda mendahulukan ibu bapa anda. Maksud saya anda ada nilai status keluarga, anda akan berada di pangkat atas apabila anda mencapai umur tertentu. Jika anda seorang lelaki anda yang popular dengan gadis-gadis , anda seorang yang sangat berbakat juga. Kebanyakan nombor 7 menghadapi banyak masalah dengan kehidupan perkahwinan mereka. Hanya beberapa gembira. Anda mempunyai segala-galanya dalam hidup anda, tetapi masih ada yang belum dipenuhi dan dicapai , kebimbangan itu sentiasa ada dalam segala hidup anda. Ia mungkin kerana Tuhan memberikan anda semua jenis manusia sama tarafnya dan anda akan menderita dalam kehidupan keluarga. Jadi anda perlu bersedia mencari rakan kongsi daripada menunggu . Jika tidak, maka anda mungkin berakhir dan tidak punya apa-apa. Jadi berhati-hati dengan isu ini, ok ? Anda seorang yang menarik, mesra , berseni, sentiasa gembira .. Anda dilahirkan untuk menyumbang banyak kepada dunia ini!

Perlawanan terbaik adalah 2. Perlawanan yang baik adalah 1,4 !


nombor 8

Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat, tidak ada satu di luar sana akan memahami anda. Anda sangat pandai mencari jawapan disetiap perkara yang berlaku. Anda lebih cenderung untuk mengalami zaman awal. Saya maksudkan kemiskinan. Anda sering mengalami sepanjang jalan dalam kehidupan.
Masalah tidak akan membenarkan anda untuk belajar lagi , tetapi anda akan belajar hidup dengan cara yang sangat praktikal. Anda adalah orang yang akan berjuang untuk keadilan dan boleh mati dalam perang juga. Anda biasanya sangat terpelihara dengan segelintir rakan-rakan dan sebahagian besar kesunyian dan sentiasa bersedia untuk membantu orang lain. Juga. sebaik sahaja anda berkahwin ( yang sering lewat) maka perkara buruk yang menimpa anda akan hilang sedikit dan anda akan menjadi selamat . Anda akan menghadapi masalah seperti kesilapan , kerajaan, haiwan beracun , kemalangan .
Anda adalah beberapa satu dengan disiplin yang hebat , ketabahan , keberanian , kekuatan yang akan membawa anda kepada kejayaan. Anda adalah sebahagian besar daripada pasukan keluarga. Anda seorang pejuang !

Perlawanan Terbaik 1, 4 , 8. Perlawanan yang baik 5 !


nombor 9

Anda begitu kuat , dari segi fizikal dan mental ... Anda sering mempunyai besar- matlamat . Anda akan bekerja keras dan sukar untuk sampai ke sana. Biasanya anda menderita dalam usia awal dari masalah keluarga dan secara amnya anda akan berjuang demi kehidupan .. Tetapi apabila anda mencapai apa yang telah anda lakukan, ia sentiasa satu tugas yang besar anda telah selesai! Anda begitu dihormati dalam masyarakat, anda adalah orang yang boleh membuat satu cabaran dan berjaya menyelesaikan perkara itu di luar jangkaan. Anda sangat nakal di zaman anda lebih muda, sering dipukul oleh ibu bapa anda dan melibatkan diri dalam pergaduhan dan anda seolah-olah mempunyai banyak kecederaan dalam hidup anda. Tetapi apabila anda membesar anda akan menjadi seorang yang tenang dan mempunyai sifat kelakian. Cinta bukan satu perkara yang mudah untuk anda. Anda pandai dalam bidang kejuruteraan atau perbankan pekerjaan kerana orang selalu mempercayai anda. Kehidupan keluarga anda adalah sangat baik, tetapi akan mempunyai kebimbangan dari anak-anak anda . Kualiti seperti anda adalah kemanusiaan , sabar, sangat bijak & belas kasihan. Anda dilahirkan untuk mencapai sasaran dan berkhidmat setiap satu semua sama-sama tanpa sebarang prasangka. Anda adalah betul-betul model peranan kepada sesiapa di dunia untuk satu inspirasi besar .


Perlawanan Terbaik 3, 5 , 6, 9. Perlawanan yang baik 2



*p/s:  Kita jangan percaya 100% apa yang diperkatakan di atas. Acewaaah! Tapi kita boleh ambik ikhtibar dan sebagai panduan sahaja. Aku nye character pun macam 90% sama tapi tak serupa. ekekekekekekeke..

Monday 17 February 2014

Entiti di Rumah Peranginan Bukit Fraser

Salam uollz..

Hari ni nak update tentang percutian yang tak disengajakan berlaku kepada aku sekeluarga..
(boleh lak ada holiday 'tak disengajakan" kan?) ekekekekeke...
Minggu lepas kami pergi berhoholiday di...


Bukit Fraser... Bahasa Omputehnye... FRASER'S HILL.. 
Dan kami berempat sahaja yang pergi ke sana....


Jadi, kami menginap di RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN.
Rumah peranginan ni hanya government staff je dapat booking sebab..Tah.. da memang gitu caranya..hahahahaha.. 
Adik ipar aku keje gov, jadi dia la booked. Tapi beliau lupa dan balik kampung suaminya.
Jadi, kami la yang meramaikan majlisnya. ekekekekeke...
Rate die murah je dalam RM 40.00 untuk satu malam.
Memang murah & cantik & sejuk tahap kritikal. hahahahahaha 
Nak ke Fraser's Hill ni ada 2 laluan. Samada dari Raub or dari Kuala Kubu. Kami dari arah Kuala Kubu. (^_^)

 Fraser's Hill terletak di Pahang ye bukan Perak ye kawan-kawan. Sebab sebut Kuala Kubu, orang mesti ingat PERAK. neeeehhiii! It's situated in Pahang Darul Makmur.
Sekian.



Ni pintu depan dia..


Ha..ni Banglo A.. Sebelah kiri tu Banglo B..

Kami dapat Banglo A. Nasib baik la Banglo A tu full house. So tak de rase seram sangat kan. (Yeke?) (O.o)
Banglo B..emmm... Nobody At Home hahahaha...
*budget tulis seram-seram sikit*

Perjalanan ke sana mengambil masa dalam 4 jam la gitu..sebab jalan dia..
Ya Allah..Subhanallah....berliku-liku..ditambah dengan selekoh tajam..dan kejap sejuk kejap panas....GPS kata 2jam. tu sume tipu belaka.. T_T

Kalau orang pregnant naik ke Bukit tu..tah-tah muntah kot sebab peninng kepala gilaa...
(Aku alhamdulillah tak pening & tak muntah..sebab...aku khayal dalam kereta)
Eh! Aku ada cakap aku pregnant ke? tak kan? hehehehe.. 
so aku tak focus la senang cerita.
walaupun kejap-kejap aku ke kiri..kejap ke kanan..
sebab kan jalan tu tajam selekohnya..maka aku tajamkan badan aku tuk lentuk je ke mana kereta tu jalan.kite layan drift..yang suami buat..sebab die yang drive..hahahahahaha..

Sampai je Rumah Peranginan tu, maka dengan rasminya aku pun melakukan tawaf dan menjenguk kawasan..saja je mana tau ada part dalam rumah yang aku tak tahu kan? 
aku memang suka tawaf tempat lain baru dalam bilik sendiri..
hahahahaha...


ni pic ruang makan. Besar sangat sampai aku rasa aku nak tengok dari jauh je lah.
hahahaha


Ok ni ruang tamu dia.Aku sampai-sampai je duduk kat kusi tu dulu.


Ni bilik kami! 
Tu tilam aku tido. Model lelaki tu? adik ipar lelaki aku.hee..yang tengah duduk tu mentua aku.
Beliau..sampai-sampai je bukak tv dulu.hahaha


OK. Mari kita sambung cerita di atas. hehehe
Kami bertolak pukul 11.30 pagi dari rumah.. dalam pkul 3.30-4.00 ptg kami tiba di Fraser's Hill.
Setelah berehat selama 2jam, dalam pukul 6 ptg tu kami keluar balik untuk makan malam dan pergi tempat-tempat menarik..


 Memandangkan Jalan Guillemard tu jalan yang ada di Bukit Fraser,
maka sang suami ponggg bergambar di signboard. 
Nak tunjuk kat orang kampung wwooi! hahaha

Ok. Ni la menara jam Bukit Fraser yang di terletak di tengah-tengah roundabout ye kawan-kawan.
 Kami terpaksa main lintas jalan macam anak ayam semata-mata nak tangkap gambar kat sini bersama suami. hahahahaa.. (^_^)

haa kan da cakap..die kat tengah-tengah roundabout..

ni food court dia.. makanan boleh tahan ( tapi sedap lagi aku masak lah)..hehehehehe
harga? emmm OK lah :)

aku nampak je signboard BURGER RUSA..terus order..BUNGKUS ye..untuk 2nd round makan..hahahaha...


Da abis makan, azan maghrib berkumandang je terus kami balik ke Rumah Peranginan Persekutuan tu.. dalam 7.30 ptg tu..cuaca da gelap gulita dah.. T_T jalan ke Rumah Peranginan tu tak ada lampu. hiissshh.. Aku duduk seat belakang suami aku..so,aku usap-usap bahu die suruh die cool and steady time drive..hehehehe... 
*husband aku ni lemah semangat,so aku kene bagi die semangat sikit*

Sampai je di Banglo tu, siap ada 'home guest' jemput kami. MONYET la sapa lagi! Die bertenggek kat atas bumbung banglo tu duk usya je kami.. hahahahaha... Tapi monyet tu tak mesra. Cara dia pandang je macam semacam. huhuhuhuu... (-_-)"

So, kami pun ke pintu utama.TETIBA JE PINTU TAK BOLEH BUKAK! IT'S LOCKED MAN!! 
Da macam mana kami nak masuk ke dalam?? T_T
Ketuk punye ketuk..Sorang pon tak bukak pintu padahal banglo tu ramai orang. Hmmm...
Bagi salam pon no point! Last-last, adik ipar ronda ke pintu satu lagi dan alhamdulillah tak locked. OK Fuuuhh!

Kami pon masuk bilik, mandi solat dan rehat. Oh lupa nk cite! Bilik air dia.. YA ALLAH!! gila besarr!! Dengan cermin die besar dan lebar..dengan keluasan bilik mandi + toilet die tu macam boleh tidur da kat dalam tu membuatkan aku mandi + membuang tak sampai 10 minit. hahahahaha.. Sebab ada pintu kat bilik mandi tu. Cam risau lak.. T_T

Dalam kul 11 lebih tu, aku dan tidur lah. Suami rapatkan tilam aku dengan mentua. Sebab aku ni takot tidur sorang.ekekekeke...sebbaik suami faham..hohoho...
Die tidur kat depan tv dengan adik dia. Tak cukup ruang, nak buat camno..Sebbaik bawak toto. Tapi kesian lak jugak kat diorang sebab sejuk gila,tidur atas toto lak tu.. hehehehe

This is when the mistic happend..acewahhh!

4.11 am (aku sempat tengok jam kat astro tu) aku terjaga. sebab tak boleh lena!
Asyik dengar bunyi guli je dalam almari baju sebelah katil aku tu! aku kejap-kejap bukak mata. bunyi tu NON-STOP! aku teringat baju aku ada dalam tu. T_T
aku pandang je la almari tu. Tetiba, mentua aku bangun..dia batuk-batuk. Aku pun buat-buat tegur sebab sejuk *padahal aku tengah usya bunyi tu* 
Mentua aku sempat borak dengan aku..sejuk katanya..aku pun ye kan aje.memang sejuk! + seram. hahahahaha...then aku g toilet nak terkucil. Lepas tu, mentua aku pulak masuk toilet. Tengah baring-baring tu, tetiba pintu bilik mandi tu terbuka 2 kali! aku gitahu mentua aku..
"mak tak tutup rapat kot mak pintu tu"
then mentua aku ye kan aje. 

Then, aku cuba lelapkan mata..bunyi guli tu da tak ada dah! lega! TAPI...
aku boleh lak terdengar suara pintu bilik sebelah dibukak tutup, budak kecik menangis dan berlari kat tingkat atas,dengar orang p toilet kat tingkat atas, dengar orang memasak kat dapor.ditambah lagi dengan bunyi angin... "wwwwwuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu"
membuatkan mata aku ni laggi laaa tak mau lelaaaap!!! T_T

Aku and mentua siap sembang.. "diorang ni tak tidur ke pagi-pagi masak n biar anak-anak main-main sampai 4 pagi?" rupa-rupanya..mentua aku pun dengar jugak!
OK ada geng. hahahahaha...

dalam pukul 4.45 pagi tu..mata da berat..mentua da lelap da.. I guess so laa.sebab die senyap je..hahahahaha

aku pun cuba lelapkan mata. hm..dipendekkan cerita...aku ternampak kelibat perempuan duk lalu depan aku kiri..kanan..masuk keluar dari almari tu.rambut panjanggg..huuuuuuuhaaaaaaaiii!! berdebar jantung!!! aku tak pikir ape dah....aku tutup perut aku ni..(time tu lak si kenit dalam perut ni boleh aktif bergerak pulaaakk!)
*ehh aku tak cakap kan aku pregnant?* hahaha

Aku baca surah al-ikhlas 3x,al-fatihah. semua la surah 3 Qul. baru mata aku boleh lelap. Dalam on the way nak lelap tu, ade la benda apa tah duk kat sudut pintu bilik tu tengok je aku..kecik je dia..rambut panjang laa.. Aku perasan! tapi aku da mengantuk sangat! Then..benda tu tengok aku tak ada respond, die masuk keluar almari baju depan aku! (aku sengaja tidur mengadap pintu and almari baju).. aku boleh nampak rambut panjang gilaa terjuntai dari dalam almari baju!!
Aku punye la mengantuk..aku lelap jugak..hehehe..mesti korang yang baca ni kata aku ni gila kan! dah tu ko nak aku menjerit ke?? huuu......aku percaya pada Allah swt untuk lindungi aku dan anak aku..In sya allah.. :) tak ada benda lain yang aku takut selain Dia. Ini benar. 
Datanglah macam mana bentuk muka ke apa ke, In sya allah.. Allah swt ada untuk aku. :)
Believe in God is better.

heeee....

Aku tidur sekejap je.. tak sampai 5 minit..lain-lain tu aku tutup mata je sebab protectkan si kenit dalam perut ni.kalau aku tak ada baby dalam perut, aku da bangun and bukak almari suruh die keluar. hahahah.. *takot-takot berani je aku ni* tetiba je da azan subuh.tengok jam da pukul 6. camne? pelik tak? aku pun. huuuu.....so aku bangun mandi, kejut yang lain..then pukul 9.30 pagi kami checkout. 

sampai KL aku cerita kat suami.die tak percaya! last-last die google die terdiam.
rupa-rupanya da ramai da kene kat rumah peranginan tu!!
dan! tempat orang-orang tu kene kacau kat BILIK KAMI.TEMPAT KAMI CHECK-IN TU LAH...KAWASAN PONDOK DEPAN BILIK KAMI TU PON DA RAMAI NAMPAK..
BUNYI ORANG MEMASAK,MENANGIS,BERLARI,BUKAK PINTU,G TOILET...sume same je yang diorang cite..WAKTU PUN SAMA...CUME DIORANG KENE...PKUL 12AM-4AM..
emmmm....

Mentua keluar g majlis kawin jiran.tak balik lagi. Maghrib tu dia balik,suami cite la pasal MISTIK tu. mentua kata.. MAK DENGAR BUNYI GULI TU SUMA...
 terdiam suami. then baru la die percaya yang aku cite rambut panjang tu semua..

Nak pergi lagi??? OOOoooooHHhhhh... TIDAK.
hahaha..
kalau pergi pon, aku sanggup balik hari. 
sekian.









Sunday 9 February 2014

BEBASKAN TEMPAT TIDUR ANDA SEKELUARGA DARI HAMA DAN BENDASING DENGAN ' BED CLEANER '


PERNAH TAK ANDA SEMUA TERFIKIR TILAM YANG KITA TIDUR SELAMA NI ADA HAMA?  KADANG-KADANG KITA RASA GATAL-GATAL PADA BADAN,MUKA,KAKI DAN TANGAN KETIKA TIDUR, ITU MENANDAKAN TILAM KITA MEMPUNYAI HAMA. 


BAGAIMANA CARA UNTUK BEBASKAN TILAM DARI HAMA DAN BENDASING ?

Tulam murah pun takpe, janji tilam kita bukan tempa HAMA & BENDASING BERSARANG..Kan??

Di sini saya ingin perkenalkan kepada anda Alat Khas mencuci dan membebaskan tilam dari HAMA DAN KEKOTORAN BENDASING. Kenapa saya memperkenalkan produk ni? Eh..sebab die bagus lah..hahaha.. kalau tak bagus..saya tak rekemen..hiii....

Dan sebenarnya produk ni baru lagi dipasaran! Hampir setejah juta pengguna di UNITED KINGDOM telah pun menggunakan BED CLEANER ni. Tak percaya kan? That's the power of technology. hehehehehe.. Sebab, mat salleh kat sana, diorang hidup dalam kehidupan yang penuh dengan aktiviti, kerjaya, terlalu sibuk.Tambah pula cuaca kat sana tak menentu.

Well, Malaysia pun sama apa, Kadang-kadang kita sidai baju, tiba-tiba hujan. Tengah jemur tilam, tiba-tiba hujan panas. Kan bau hapak tilam tu. Selesa ke nak tidur? (Saya tak selesa sebab..saya suka berguling-guling atas tilam) hahahaha.

Try tengok video yang saya da attached ni..


Memang berbaloi-baloi :)




Euuww....hama yang melekat dan bersarang kat tilam.

Ini adalah perangkap habuk/hama
Berat dia hanya 2.4 KG.Ringan sangat-sangat.

Postage dengan kotak dia sekali


Saya tak buat jualan langsung tau! Saya hanya berkongsi benda yang baik dan boleh bagi manfaat kepada semua. HiHiHi..

Kalau ada yang berminat, boleh terus hubungi saya di:

email : eiyrajahari@rocketmail.com
FB : https://www.facebook.com/eiyra.jahari 

*P/S: Benda yang baik datang dari niat yang ikhlas :)