Tuesday 25 February 2014

Di Pintu Rindu



Epilog…


Seorang gadis bernama Damia Sofea dilahirkan kembar seiras dan kembarnya seorang lelaki bernama Daris Syauqi. Penyakit injap jantung membuatkan dirinya kadang-kala lemah dan tidak berdaya. Akan tetapi, dia tidak pernah mendapat rawatan sewajarnya dari kecil kerana mamanya, Puan Rahmah tidak mempercayai anaknya itu sakit malah dikatakan sengaja meraih simpati dan pura-pura sakit. Dianggap membawa malang kerana kerap sakit dan selalu dianggap gedik dan mengada-ngada demi meraih simpati keluarga membuatkan Damia membesar kurang sempurna. Hanya papa lah, Encik Wahid, tempat Damia bermanja akan tetapi, hidupnya makin tersisih setelah papanya mati dalam kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya ketika dia berusia 12 tahun. Damia dipersalahkan atas kematian papanya. 

Disisihkan oleh ahli keluarganya. membuatkan Damia keluar dari rumah dan menumpang di rumah saudara-mara yang mengasihaninya. Pemergiannya disukai oleh seluruh keluarganya kerana bagi mereka, lebih baik tiada dari ada. Dari seorang gadis yang baik, lemah-lembut dan berjiwa kental, Damia mula bercampur dengan rakan-rakan yang banyak menyesatkan dia. Masuk keluar hospital menjadi rutin setiap bulannya. Setiap bulan Damia akan bertukar kerja baru kerana kerap tidak hadir ke pejabat disebabkan oleh sakitnya itu. Rakan-rakan dan pengurus di tempat kerjanya juga tidak mengetahui tentang sakitnya itu serta latar-belakang ahli keluarganya yang lain. Satu hari, seorang jejaka dari golongan kaya bernama Mikael menemui Damia di hadapan rumahnya pada waktu tengah malam ketika Damia sedang berjalan seorang diri tiada hala tuju. Munculnya Mikael itu dalam hidupnya banyak membantu dirinya. 

Akan tetapi,  Mikael sendiri tidak tahu tentang penyakit yang dihadapi oleh Damia kerana Damia bijak merahsiakannya sehingga lah 1 hari semuanya terbongkar ketika Mikael melamar Damia untuk dijadikan isterinya yang sah.


P/S : nantikan sambungannya ya! 1st time ni publish cerita novel ku yang tidak seberapa ni dalam blog..hahaha...

No comments :

Post a Comment