Assalamualaikum..
Hari ni rase macam best sangat. Hahahaha..tak tahu la…da nak jadi ibu ni perasaan tu jadi macam takut pun ada..risau pun ada..sedih pun ada..teruja pun ada…tak sabar pun ada… all in 1 la senang… heee…..
Coming soon will be our FAMILY FEET PHOTO..heeee |
Hari-hari duk cakap dengan anak dalam tummy ni. Yelah..Dinasihatkan agar si ibu selalu berkomunikasi dengan anak dalam kandungan kerana..trimester ke-3 ni anak dalam kandungan da boleh merasa pelbagai perasaan dan dia da boleh faham apa kita rasa. Woaah.. Cam pelik tapi itulah kenyataan. Sungguh sempurna ciptaan-Nya kan? Hee.. dapat-dapat ibu yang mengandung ni. Dia ada 2 roh. 1 dalam tummy..1 dia..kadang-kadang perasaan tu boleh jadi pelik. Hahahaha.. Kadang-kadang aku pun pelik dengan perasaan ni. Ada masa aku suka tengok muka suami.Ada masa aku tak nak tengok. Hahaha.. Kesian en suami.Tak de buat salah tetiba je isteri tak nak tengok muka dia. Heee… Tu nama dia pembawakkan budak..acewaah..
Hari-hari bacaan Al-Quran dibaca untuk si kenit dalam ni. Bagi die tenang dan sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Esa. Alhamdulillah..Masa baca Quran dia diam je (tak de aktif sangat).Selesai je bacaan, hameekkaw..Dia kejap-kejap tending kejap-kejap joget (rasenye lah) hahaha..sebab die gerak laju sangat sampai mommy die ni risau lak. Aktif sangat..hahahaahahaha…
Hari ni si kenit dalam ni baik dan dengar kata. Heee.. ce bace perbualan kami anak beranak. Memang macam pelik tapi ini kisah benar.
Mommy: Sayang… kaki mana kaki? Tunjuk kat mommy (sambil usap perut belah kanan)…
Si kenit: (gerak belah kanan)
Mommy: Sayang, tangan mana? Mommy nak tengok (Usap perut belah kanan)
Si kenit: (gerak sedikit belah kiri)
Speechless aku dibuatnya. Huuu … T_T … my baby understand me. Ya Allah best sangat perasaan ni..
Agaknya macam ni la kot gelagat dia dalam rahim..hahaha |
Bulan lepas Si kenit ni 1 hari die bermain-main agaknye..sebab 1 hari tu die aktif je.sampai semput mommy dia ni haa.hahahaha…ada 1 pagi tu dia kejutkan kite.. kejap-kejap tunjuk kaki.. rase la jgk tpk kaki die kat belah kiri…pastu pujuk die suh tido..tak sampai berapa minit..die kejut lagi..tunjuk tangan pulak belah kanan.. OK SAYANG.PLEASE SLEEP.MOMMY PENAT NI ESOK NAK BANGUN. OK.tidak dihiraukan. Hahaha… Dia kejutkan lagi..nak tunjuk kepala dia.. Rasenya dia pun excited dia da membesar.. hehehehehe.. Good for you my child. J waktu tu pukul 3pagi rasenya. Dalam mengantuk tu.. Senyum je diri ni rasa dan tengok kerenah si kenit dalam tummy ni. Baru dalam tummy. Kalau da tengok dunia esok..Hadoii…gimana pula gelagat dia.. ahahahahaha…
Macam-macam ragam..hihihihihi |
Ada 1 masa tu,abah dia (my husband) saje la cakap dengan dia and letakkan telinga di tummy aku. Die punye la jeles die ‘toinggg’ telinga abah dia. Hahahaha..boleh nampak tu die tolak. Kemain lagiii lahaii si kenit ni.. Hahahaha… My husband terkejut and gelak je. Dia kata.. “Budak ni. Dalam perut da tolak-tolak haaa..Sabar je lah”…
Hahahahaha… That is a feeling that cannot be described with words. Cerita pun tak sama feeling die.. heee…
Hopefully My child will be a good child, religious , humble person, obedient, intelligent and all the good personality is in him. (hamekkaw speaking).. hahahaha..
Well, the best to teach your child is not when they were born. It is before they were born, which is when they are still in the womb.
(speaking lagi)..hahahaha
MENDIDIK ANAK GENIUS BERMULA DARI DALAM RAHIM IBU
Ketahuilah, pembentukan anak yang genius dan soleh bermula ketika dia berada di alam rahim.
Jadi, kehamilan merupakan tempoh penting untuk membolehkan si cilik meniti perkembangan positif.
“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad memben
tuk masa depan anak.” Demikian pandangan kaunselor terkenal, Fadzilah Khamsah. Oleh yang demikian, jadikanlah dunia awal bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baharu. Janin boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu. Panduan berikut mungkin dapat membantu anda merealisasikan harapan yang diimpikan.
1.Pemakanan Sihat Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi.Jadi, pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein. Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.
2. Banyakkan Ibadat Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nnya. Anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Iisnin dan Khamis. Sama juga halnya dengan membaca al-Quran.
3. Amalkan Membaca Al-Quran Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda digalakkan untuk kerap membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut anda.
Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi. Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.
Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, al-untuk melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.
4. Sentuhan Kasih Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas. ini disebabkan pada usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.
5. Emosi Terkawal Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.
6. Muzik Klasik Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa. Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.
7. Latihan Matematik dan Membaca Dipercayai amalan wanita hamil yang gemar membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan merangsang perkembangan otak si anak. Jadi, rajin-rajin lah membuat latihan matematik atau soalan-soalan IQ yang menguji minda untuk merangsang perkembangan otak bayi.Membaca juga boleh meransang kecerdasan anak. Sama seperti membaca al-Quran, membaca bahan2 yang ilmiah membantu melahirkan bayi yang bijak dan pandai.
+ sumber : Persatuan Ibu-ibu Comel
+ sumber : Persatuan Ibu-ibu Comel
No comments :
Post a Comment