Monday 30 September 2013

tabiat orang kita

Korang mesti pernah alami satu situasi di mana.korang tengah melakukan sesuatu...then ada la makhluk-makhluk ni lalu or perasan apa yang korang buat..lalu bertanya sesuatu.
*ini bahasa kiasan namanya. ecececehhh~

Aku pernah terkena banyak kali. sampaikan aku rasa macam malas nak jawap soalan-soalan pelik dan susah tu. Susah weii. Lagi susah dari soalan SPM. hahaha...
Korang bayangkan...aku bukan nak kutuk or mengata. tak baik kan mengata..tapi aku nak share la pengalaman aku bila berdepan dengan situasi ni.

Masa tu aku tengah sidai baju. Then, lalulah makcik ntah datang dari celah mana..maybe dari rumah die la kot. Sebab die jalan kaki dari tepi rumah aku. *Rumah Mentua aku* hahaha.. so, aku time tu tengah focus menyidai baju.Maklumlah, aku ni tak berapa tinggi, tempat sidai kt rumah aku tu, punye lah tinggi sampai aku terpaksa tonjet sedikit dan mendongak ke atas untuk sidai. ekekekekekek.. nak gelakkan aku lettew?? tabbley! aku je boleh gelakkan diri sendiri.heeee...

Then, tetiba datang la satu suara dari arah tepi pangar...

" Hai..sidai baju ke..."...aku pon carilah suara tersebut dan nampak la makcik ni lalu sambil senyum simpul. OK. aku tak jadi la nak marah sebabnya, yang tegur tu makcik.tapi yang sebenarnya aku terkejut dengan soalan tu..

cartoon dispicable me pun terkejut dengar

So aku jawap lah penuh sopang santung... " Hah? Pe dia?" sopan kan??kan?? heee...

Makcik tu pun tanya lagi.. "Sidai baju ke.." Jap.aku tetiba jadi heran sunguh..kenapa makcik tu tanya lagi sedangkan die tahu aku tengah sidai kain. ter-stop penyidaian kainku itu kerana soalan tersebut.

Aku pun jawap " Aah sidai baju je seluar tak ada.." hahaha... 

Makcik tu pun jalan and senyum...nasib la kalau makcik tu kata dalam hati " loyar buruk la budak ni"..kan? tak kesah la makcik..da makcik tanya soalan pelik, jawapan pelik la saya bagi.heee.... 

Kalau  kawan-kawan Universiti aku dulu, kalau diorang tanya macam tu, aku jawap..


"Eh tak ada lah. Kan tengah menyelam ni. Tak nampak?" ahahaa..itu kalau cuaca panas.kalau pagi...kadang-kadang aku jawap.. " Tak lah tak sidai baju pun. Tengah tidur ni.Dengar tak Kroooohhhh ni?" 
hurrmmmm apa punya soalan daaa

Hairan kan dengan tabiat orang melayu kita? tak faham kenapa diorang tanya soalan yang diorang nampak apa yang berlaku. 
Satu lagi..kalau makcik-makcik tegur kat belakang dapur. dah tentulah kita tengah masak kat dapur tu kan? takkan tidur pulak.Kalau tidur..baik masuk bilik. Ye dak? Soalan mereka kalau lalu kt dapur..

"Eh Senah, goreng ikan ke?" padahal memang tengah goreng ikan.takkan la nak jawap " eh tak lah.goreng biawak ni.".. nanti di label "loyar buruk" hahahaha... tapi itu lah tabiat orang kita. 

Ada satu time tu, masa study lah. aku tengah buang sampah, datang la member ni and tanya
 "Heyy buang sampah kat tong sampah ke?" time tu rasa nak buang je sampah tu kat depan kaki dia. Dah tu nak buang sampah kat mana? mestilah tong sampah kan? apa punye soalan la..tapi tahu tak ape aku jawap ? "tak lah. aku nak buang sampah ni dalam bilik kau. mana bilik kau? " member tu gelak la sebab dia da tanya soalan yang buang tebiat. geram betul aku dengan soalan merepek tersebut.

Tu lah orang cakap..lain kali kalau taknak kene tanya soalan-soalan macam tu, kita jangan buat dulu..tapi masalah nya, aku dah buat dulu..so kira kene kat batang hidung sendiri baliklah ni. hahahaha..

Antara soalan-soalan lain yang aku pernah kenekan orang...

kalau orang tu tengah mandi..aku buat-buat tanya " buat ape tu...mandi ke..."
so orang tu jawap " tak lah tengah main bola.gol !! "

kalau orang tu dah terlelap.aku tanya.. "weii tidur dah ke?"
orang tu mesti jawap " tak lah. lelap sambil dengkur je.."

kalau orang tu tengah makan nasi... aku tanya " ehh makan nasi ke?"
orang tu komfem jawap " bukanlah.Ni kan mee goreng mamak.tak kenal ke??"

kalau orang tu tengah jahit baju... aku msti tertanya.. " jahit baju ke?"
haa...kalau soalan ni,ada yang jawap OK..die jawap "aah.jahit baju kebaya.."
kalau dapat yang sama spesis macam aku gak, *loyar buruk*... aku dapat la jawapan macam ni.. " tak jahit lah. tengah memasak ni."

hahahahaha... so... kesimpulan nya, tabiat orang melayu kita ni macam satu penyakit berjangkit. hati-hati. jangan sampai terkene..

p/s: aku pon sama..hahahaha


heeeeeee


Sunday 22 September 2013

Sanggup ke nak makan?

Sanggup ke nak makan? haaaa...aku tanya lagi sekali...sangup ke nak makan? hahahaha...kalau aku? boleh...sanggup makan kan TONG SAMPAH la kek tu.ekekekekeke...kenapa? ini lah sebab-sebabnya..

 Scorpion King Cake.
*nak? aku belikan.RARE ni..

Octopus 'Prime' Cake...
*eeeuw geliiiiii

 Human Organs Cake..
*Yakss~!!

 War Craft Cake.
*aku yang bagi nama kek ni camni sebab macam dalam game je..ekeke

Human Body Cake
*sumpah tak makan kek dah pasni!

 Sciences Cake
*camne nak selak 'helaian' kek tu?

 Jungle Trouble Cake
*sebab harimau tu bunuh pemangsa..hahaha

Beauty Anaconda Cake
*sebab warna die cantik..so aku namekan 'beauty' lah..


ha..macam mana? Sanggup tak nak makan?
erk.

hahahahahaha....



P/s: aku dah tak ada selera nak makan hari ni. diet!


Monday 16 September 2013

Kisah Kapal Titanic Yang Tenggelam Ada Dalam Surah Yassin.



Kisah seperti ini memamng tidak mustahil, kerana Al Quran merupakan kitab yang hebat dan salah satu Mukjizat Nabi Muhammad.
Siapa yang tidak tahu tentang kisah tragik kapal RMS Titanic tenggelam di tengah laut Atlantik Utara tahun 1912.
Ramai sedia maklum bahawa kapal gergasi yang paling mewah ketika itu tenggelam kerana melanggar bongkah ais gergasi. Dengan sedikit sahaja kebocoran, kapal Titanic yang dibina dalam masa 3 tahun itu tenggelam dalam masa 3 jam sahaja.
Ucaplah, SUBHANALLAH!


Tetapi para sarjana dan ilmuwan Islam terkemuka dunia yang mengkaji sejarah kapal itu menemui hasilnya yang amat mengejutkan. Baca balik Surah Yaasin ayat ke 41 hingga ayat ke 44 :

لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
41. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan.

وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ
42. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kendarai seperti bahtera itu [1269]. [1269] Maksudnya : binatang-binatang tunggangan, dan alat-alat pengangkutan umumnya.

وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ
43. Dan jika Kami menghendaki niscaya Kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.

وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ
44. Tetapi (Kami selamatkan mereka) karena rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.

ALLAHUAKBAR!!
Dan mereka turut menyatakan bahawa maksud dari potongan itu bahawa berdasarkan kenyataan bongkak kapten kapal Titanic iaitu Kapten Edward J.Smith yang berkata :
”Tuhan sendiri tidak dapat menenggelamkan kapal ini. Dengan pengalaman lebih 40 tahun, tidak ada satu pelayaran di bawah saya pun yang pernah gagal saya kendalikan walau dalam apa jua keadaan laut yang menggila..”.
Kenyataan beliau itu cukup menunjukkan mereka telah lupa ada kuasa yang jauh lebih hebat iaitu Tuhan.
”Hasil” dari kenyataan bongkak itu, Tuhan mentakdirkan kapal itu belayar hanya 3 hari saja dan lautan Atlantik Utara menjadi perkuburan besar bagi hampir 1500 orang ”mangsa” Titanic.

Friday 6 September 2013

Sejarah KOPI HANG TUAH


Asalnya aku beli kopi Kopi HANG TUAH  kat Giant. Rasa nak minum kopi tu tetiba je ada. Kenapa? Entoohhh~ sebab teringat kopi HANG TUAH tu masa study dulu. Member kelas 5C duk promote kan. Yelah, aku kan ex-student Mass Communication (Advertising)..So time tu,kalau tak silap..project akhir rasanya. Kopi tu cam sedap je bila singgah kat tekak aku.ekekeke. So aku pun beli. Kopi tu duk sebelah kopi KAPAL API..aku ingat nak beli KAPAL API tu.tapi, ubah selera lah kali ni.beli Kopi HANG TUAH pulak. “rindu zaman belajar” katakan.. miahahaha.

So kat rumah, aku pun buat lah kopi HANG TUAH tu. Semangat kan? Ehehehehe.. Lagi 1, aku tahu kopi HANG TUAH ni orang melayu yang buat. So, aku beli lah. KOPI KAPAL API tu..emm…tak tahu lah. Ahahaha..tengah syok minum, mak mertua aku pun tanya..

“kopi apa ni ra? Kopi KAPAI API ka?” *KAPAI API = KAPAL  API*  Mak mertua aku ni orang Penang.So die cakap loghat utara lah.

“Kopi HANG TUAH..Tetiba teringin nak minum.”

“KOPI HANG TUAH??”

“Aah kenapa mak?”

…..Dari sini lah bermulanya cerita di sebalik tabir KOPI HANG TUAH….

Rupa-rupanya, owner KOPI HANG TUAH ni rumah die depan rumah mak mertua aku kt Penang tu lah. Sebabnya, masa raya hari tu, aku balik sana. So, aku tahu lah keadaan rumah sana macam mana. Mertua aku gitahu, rumah owner tu depan rumah je. Yang ada kawasan tanah lapang depan rumah tu, tanah diorang. *OK.Now I know* ekekeke. Tapi diorang tak dibenarkan buat rumah kat situ sebab tanah tu terhad dan menghalang rumah-rumah dan jalan raya kat situ. Kampung situ kecik je. Jalan pun Ya Rabbi, kecik gila. Aku tak tahu lah macam mana diorang boleh duduk situ. Tapi, alamdulillah depan rumah tu lapang.. J lega. Boleh parking kereta. Hehehe…

So, mak mertua aku sambung cerita.. owner tu memang buat kopi HANG TUAH..tapi tak laku sebab ramai orang tak suka dengan perangai diorang yang suka rebut harta, suka hantar ‘benda halus’ kat orang-orang yang diorang tak suka dan cepat iri hati. Huuiii dasyat gak kan? Aku yang tengah hirup kopi HANG TUAH time tu..tetiba terus sakit perut dengar. Ahahaha… so,aku tanya soalan kat mak mertua aku..

“Mak..kopi diorang OK kan? Tak ada “benda halus” kan?”

Mak mertua aku balas “ Eh xada lah. Kopi tu diorang proses kt kilang. Yang ada ‘bela’ “benda halus” tu bini dia..Hidup lagi kot rasanya.”

Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. :’( OKFINE..

Dengan Nama Allah swt, aku minum jugak air tu sebab..aku tak nak membazir dan sekiranya ada benda tak elok nak masuk badan..badan aku akan reject..dan…emmm…perut aku tetiba memulas selepas itu.

Kenapa? Aku pun pelik.tapi aku rasa sebab kopi tu kot. Sebabnya, perut aku kosong..then aku minum kopi tuh. So, padan dengan muka aku. Huuuuu…. Tapi..ada kene mengena ke???

Untuk memujuk hati yang dah was-was dan takut..aku baca Bismillah Hillazi la yadurru.. 3x sebelum minum…Alhamdulillah~ tak ada apa-apa…lega..tapi perut je tak berhenti-henti memulas. Mana tak nya.perut kosong pastu minum kopi..kopi kan cafein..heeeiiissshh...

Pastu mak mertua aku cerita la pasal sejarah keluarga owner kopi tu. diorang ni memang dengki. kalau ada yang tak puas hati, diorang akan hantar "benda" kat orang tertentu. Ayat die macam ni lah..

"Ha...itu lah. Tak jemput aku datang kenduri.Aku hantar la poc**g kat pengantin." *pengantin itu kazen husband aku.dah meninggal dunia dah pun. Inna lillahi wa innahira ji'un.

"cucu aku yang meninggal tu, aku yang buat.Geram aku.lebam-lebam aku buat."

Huiii~ Ya Allah.... terkejut aku. huhuhuu...
betul la cakap adik-adik lelaki aku. pasal mistik-mistik ni aku mesti dapat tau.hahahahaha....

Kalau betul lah cerita ini, aku doakan orang tu cepat-cepatlah insaf. Aku ni penggemar kopi. takut gak nak minum nanti.Tapi aku percaya Allah itu ada. :) 







Thursday 5 September 2013

wonder glow

"woahhhhh~ muka sayang dah lain lah. Serius dah lain."


alololo tomey

Ungkapan khas dari En Suami tercinta. Ye-ye je lah laki aku ni taw. Dulu bukan main risau tengok muka kite ni ha. La ni, dia yang duk telek muka ni 24jam. 
Dah kenapa? hehehehe...

Pelik jugak la masa die PUJI macam tu. PUJI ke PERLI ke..die je la yang tahu...tapi,sebenarnya,diri sendiri pun dah perasan jugak ada perubahan kt muka ni. Saja tak nak kecoh-kecoh sebab rasenya..biasa n teruk jugak lah. (OK muka aku DULU nak kata cantik sangat-sangat tu tak adalah.tapi tiap kali pergi mana-mana..mesti ada 'cencorot' berbunyi, ada yang berani ambil gambar depan-depan ( itu OVER sangat kan.tp xpe), ada yang sanggup berebut nak duduk sebelah dan ada yang amik pic untuk jadikan wallpaper kt fb, hp screen dan sebagainye lah. 

Penat aku nak explain. hahaha. tapi itu DULU.sekarang..emmm....mula lah naik jerawat..ton tak sekata (wahh macam ayat iklan TV) hahaha...dan berminyak.issshhh~ memang teruk lah ( bagi aku lah & pd kawan-kawan yang membesar sama-sama dengan aku pun cakap macam tu). 

Aku perasan muka da macam makin teruk bila jumpa kawan sekolah, kawan diploma dan kawan degree (masa awal-awal aku study dulu)... ayat diorang memang SENTAP jugak lah...
Kita akan berharap apabila berjumpa dengan rakan lame mereka akan tanya yang elok-elok..tapi yang aku dapat...

" eehhhhh ko lame tak dengar cite.Sihat?" tapi... diorang tanya... "Ehhhhh kenapa muka kau ni weeeiii~ Dulu kau tak macam ni punnn..."

"Ehh...muka kita dulu OK je kan? sebab tu jadi pilihan ramai hero-hero kat sekolah" tuptup bila tengok muka aku. "ehhhhh...sory kau dah tak hot macam dulu.Muka ko da teruk..Ko salah pakai produk ke?"

FINE!!!!! 

Mulai hari tu, aku dah tahu muka aku da lain..aku mula la gelabah tapir sebabnya, aku tak suka dengan muka aku sekarang. Well, silap aku sebenarnya...sebab...

Cuba terima akal korang lah kan, dah 26 tahun aku ni membesar dengan sempurna, aku baru pakai 3 produk moisturizer muka .
2. garnier

Sebenarnya, aku baru pakai 2 produk je selama ni..ekekeke.. yang Wonder Glow ni aku baru je pakai dalam 3 minggu. haaaa gitu.
teruk kan aku? haahaha.... Dulu tak pernah risau sebab muka licin, tak da jerawat, comel 
(miahahahhaha), gebu, dan macam-macam lah yang meloyakan tekak siapa-siapa yang membaca entry ni.hahaha... Tuhan tu Maha Mengetahui kan? Hari ni kita tak jaga apa yang dah di'pinjam'kan dari kita.. Mesti lah 1 hari nanti Dia akan tarik semula. So bila Dia da tarik semula kecantikkan yang ada, time tu baru nak menggelabah tak tentu hala pastu pening-pening lalat kenapa muka aku ni...huwaaa...
Pastu try la 1001 petua tradisional (nak jimat duit tak nak beli produk punye pasal a.ka. kedekut lah) ehhh!~ kedekut tu elok ape. tapi kedekut untuk diri sendiri tu..ITU TAK ELOK. heeee... LESSON LEARNED ;p

ni produk +Wonder Glow yang aku cakap kan tu. aku dapat produk ni dari family husband aku. aku beli kan mak uda dia.. yang sebenarnya, MERTUA AKU STOKIS CHERAS NI..tapi aku cam segan lak nak mintak kat die (POYO TOL KN?? AKU TAW) hahahaha..
sebabnya 1 lagi, tahun lepas masa adik ipar perempuan aku ni kawin, muka mak mertua aku lain..kusam..tak bermaya, nampak la jeragat. Then, mak mertua aku ni pakai Wonder Glow and muka die nampak cerah..

(o.O)(O.o) woooowww.. (o.O)(O.o) 



meh aku share sedikit pasai produk ni :


Krim Wonder Glow ini mampu menghapuskan pigmentasi, tompok hitam, jerawat, dan juga kedutan dengan pantas dan selamat! Wajah gelap dan kusam akan menjadi cerah berseri serta pinkish effect seperti pelakon sinetron/telenovela ditelevisyen dan filem! Ini adalah anugerah teragung dalam industri dunia kecantikan! 

Krim kecantikan in jugai dapat memberi kesan kecerahan Ultrapaling pantas iaitu seawal 3 hari!! Mengandungi agen pemutihan yang selamat seperti Super Glutathione, Vitamin C Infusions serta Sarang Burung Walet iaitu agen kolagen menakjubkan!!.TANPA pengelupasan dan alergi!.  Tidak mengandungi hydroquinone atau sebarang peluntur, merkuri, dan juga paraben. 

Lupakan foundation/alas make up/cover face yang membuatkan kulit anda kelihatan tidak natural atau putih melepak bagaikan tepung gandum. Alas bedak juga memberi kesan yang tompok dan berbelak apabila berpeluh dibawah sinar matahari. Tambahan pula, kenapa perlu anda make up? Sedangkan anda mampu memiliki kulit sihat berseri tanpa cela dengan krim hebat ini. 

Bahan aktif di dalam krim ini adalah Glutahione. Glutathione sememangnya diketahui mempunyai kesan maksima dan ia sangat hebat untuk kulit cerah serta bercahaya!! Ramai yang tidak tahu rahsia Glutathione ini. Ini merupakan rahsia selebriti Indonesia, Thailand dan juga Korea, di mana kebanyakan mereka mengambil Glutathione ini untuk kulit yang cantik. Lihat sahaja aktres sinetron kulit mereka putih dan bercahaya! Glutathione adalah rahsianya! Selain sebagai agen pencerah kulit,Glutathione bertindak sebagai anti oksidan yang kuat, anti kanser dan juga anti stress! Percayalah, selepas ini anda akan menjadi tatapan dan perhatian umum! Anda bagaikan rama-rama yang baru lahir, selamat tinggal ugly duckling…


      Ultra Efektif untuk :
Ø  Mencerah & menyerikan wajah
Ø  Menghilangkan pigmentasi yang tebal
Ø  Menghapuskan jerawat dengan berkesan
Ø  Mengecilkan pori-pori wajah dan menghaluskan kulit secara semulajadi
Ø  Anti Penuaan dan  Awet Muda yang unggul
Ø  Mengandungi kombinasi hebat Vitamin C InfusionsSuper Glutahione dan Sarang Burung Walet supaya kulit cerah bercahaya dan bersinar!

Cara Pemakaian :

Ø  Cream D ( Day / Siang ) dipakai untuk siang hari, dapat digunakan sebagai alas bedak dan pelindung sinar matahari UV- Ultra Foundation
Ø  Cream N ( Night / Malam ) dipakai pada waktu malam
Ø  Pertama pemakaian, sapuan menegak ke atas pada kulit supaya krim dapat menembus jauh ke dalam bahagian lapis ekspedemis kulit.

Komposisi 
Super Ultra Glowing Cream -
[Skin Whitening Specialist]

  • L-Ascorbic Acid ( Vitamin C Infusions )
  • Beta-Hydroxy Acid
  • Alpha Lipoic Acid
  • Copper Peptide
  • Retinol
  • Hyaluronic Acid
  • Selenium
  • Kojic Acid
  • L-Glutathione
  • Alpha-Hydroxy
  • Collagen ( Sarang Burung Walet )

Manfaat produk:

Pemutihan kulit yang hebat dengan secara semula jadi dan total
( tanpa pengelupasan ) dan sangat berkesan sebagai anti penuaan !


Ascorbic Acid

  • Merangsang pembentukan kolagen pada seluruh jaringan tubuh
  • Menyihatkan kulit dan menyegarkan badan
Beta Hydroxy Acid
  • Menstimulasi perbaikan kulit
  • Mencegah dan mengurangi jerawat
Alpha Lipoic Acid
  • Memberikan perlindungan terhadap radikal bebas
  • Membantu meningkatkan manfaat antioksidan lain
  • Berfungsi sebagai antioksidan lain khasnya Vitamin C dan E
Retinol
  • Menstimulasi regenerasi sel kulit
  • Menegangkan kulit
  • Memudarkan garis halus dan kedutan
Hyaluronic Acid
  • Menjaga kelembapan dan ketegangan kulit
  • Mencegah penuaan
Cooper peptide
  • Merangsang regenerasi kulit
  • Meningkatkan produksi kolagen dan elastin
  • Mengencangkan, menghaluskan dan melembutkan kulit
  • Mengikat dan membuang kolagen dan elastin yang rosak pada kulit dan jaringan parut
Selenium

  • Mencegah kerosakan gen
  • Menguatkan sistem kekebalan tubuh
  • Mencegah kanser dan penyakit kardiovascular
  • Menguatkan jantung dan pembuluh darah
  • Memperlancar aliran darah ke otak
Kojic Acid
  • Memudarkan pigmentasi dan bintik-bintik penuaan
  • Merupakan formula terbaik untuk memutihkan kulit
  • Melambatkan pengeluaran melanin yang merupakan awal proses penggelapan kulit
L-Glutathione
  • Merupakan antioksidan utama dalam tubuh manusia yang sebagian besar ditemukan dalam hati
  • Merupakan antioksidan kuat untuk menghalang radikal bebas penyebab gangguan fungsi organ dalam dan kulit
  • Membantu menyembuhkan gejala neurodegeneratif seperti ParkinsonAlzheimermultiple sclerosisstroke, dan asthma yang kronik
  • Pengubatan jangka panjang bagi perokok dan peminum
  • Mendetoxsifikasi (seperti Parasetamol) di dalam hati
  • Melawan kanser, penyakit jantung, penuaan, dan sistem imunisasi tubuh
Alpha Hydroxy Acid
  • Mengstimulasi perbaikan kulit
  • Menghilangkan garis-garis halus pada wajah
Collagen Extract
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghaluskan dan menegangkan kulit

p/s: fo those yang nak try, blh la inbox aku.tak rugi pun! 




















Monday 2 September 2013

topik mak jemah vs mak enon

kalau pergi kenduri kendara...kemfem akan berdepan dengan topik-topik macam nii...


Kalau yang ada dusun duyan…
“Ehh… Dusun durian kau tu apa cerita? Berapa banyak dah durian yang ada?”

Kalau yang ada 8-9 biji kereta…
“Kereta EVO 8 yang baru si polan tu beli boleh tahan eh cantik?”

Kalau yang ada sampai 15 orang anak..
“Eh anak aku yang ke 11 tu duduk area sini-sini je. Yang bawak kereta BMW tu. Umah die no 11 jugak.”

Kalau tetiba terjumpa orang kampung…
“Kampung kite sama…” *pastu potpet berdua.masak tah ke mana…

Kalau tuan rumah tak mesra alam…
“Jemput orang datang rumah tapi langsung tak beramah-mesra. POYO!”

Kalau tak dapat barakat dari tuan rumah…
“ Tah ape-ape lah tuan rumah ni.Buat tak tahu je tetamu nak balik.”

Kalau makan gune pinggan polistrin…
“Punya la banyak duit,ada bg hidang pinggan ni?”

Kalau yang beranak setiap tahun 1 tu...
"Eh..subur ye Siti Rokiah tu.Anak dah masuk 5 dah.Baru je 6 tahun kawin."

Kalau yang dah lame kawin tapi xdapat anak...
"kau ni tak jaga pemakanan..Elak makan itu..ini...*blablabla..*...

Ekekekekeke…

Kesimpulannya, aku pun tak faham kenapa mesti ada topic-topik macam ni dalam setiap majlis. Nak kata banyak pun tak boleh jugak. Sebab kat Bandar ni, mana ada kita 100% baik dengan semua orang.kan?kan?kan? So kalau orang jemput makan FREE…pergi jelah bawak perut…hahahaha…

tapi kadang-kadang heran jugak. Bila kenduri ni, bila da jumpe yang sekufu... orang lain die tak tanya khabar pun. Hmmm... Bukan ke kenduri ni sepatutnya mengeratkan silatulrahim?
Bertanya khabar..apa cerita sekarang... kesihatan OK ke? dah makan blm?..
kan..kan.kann...

tapi zaman moden n bandaran ni..style die lain la..macam kat atas tuh..kan..logik tak ape aku cakap?



tak kesah Kiah...