Monday, 28 April 2014

Baby Boo & Mommy Bee's Preparation

Assalamualaikum!

Hye uoolllss... hahaha.. sambil aku menaip ni sambil tu la si kenit dalam perut  ni pun duk "excercise". 
So, mommytobe & babybumbum same-same menulis entry kali ni.
Boleh gitu?
hahahaha

Kenapa aku panggil anak aku babybumbum? Sebab...dalam otak aku sekarang..sedang fikir yang anak aku akan lahir begini...

Haaa..hahaha..tembssss nyee...

Sebab apa aku pikir macam tu? sebab aku sejak preggy ni suka makan...asik makan jee... walaupun en somi tegur.."awak ni xgemuk pon. Makan banyak.Saya yang gemuk ada lah"...hahahahaha..welll...
heeee

So, awal-awal aku da cakap kat en somi..kalau anak lahir nanti...jangan marah kalau aku gigit-gigit tangan kaki..pipi dan sebagainya..sebab aku geram..hahahaha..abah dia apa lagi..
"ambboooiii lebam-lebam anak saya siap awak!"
hahahaha...
So, sekarang ni..untuk menanti ketibaan orang baru dalam family..banyak barang dan preparation kene siap sedia. Antaranya barang-barang baby..dan barang-barang mommy dia. Sampai kan abah dia complaint semalam..

"Itu..tepi katil..barang awak kan?" (memang banyak barang berbungkus-bungkus)...
"Atas almari tu pun rasenya barang awak" (ada 5beg)... 
*bukak drawer baju* ini pun barang awak jugak"  (3drawer baju aku sahaja..2drawer baju je milik en somi)..hahaha.. 
*bukak almari baju*.."Tengok..baju dia punyelah banyak tapi kata tak ada benda nak pakai.Pastu tumpang tempat orang" (ekceli aku terpaksa sebenarnya..aku terpaksa selitkan sedikit baju aku kat ruang almari en somi sebab tak muat...ngeeeeeeee...
dan dia?..potpet..potpet..potpet..non-stop..
so bini dia ni jawap ape?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--
--
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Hikhikhik...hikhikhik...

 kemudian... dia tengok kat lantai...berbungkus-bungkus..(barang anak dia)...
Die garu kepala... 
Ni je barang-barang baby..tilam..toiletries..sabun..beg pakaian...

Tak ada lah banyak pon...kan? kan?

baju baby..baru 9 pasang

Baby socks..
baby socks dan napkins...
baby socks lagi...hahahaha
Fav babysocks yang mommy dia suka.. hahaha
Barut baby

Barang-barang baby ni semua nye baru dibasuh hari ni. (^_^)
semuanya barangan PUREEN
Abah dia excited suruh basuh.. kalau tak basuh,Nnti anak dia gatal-gatal.. *katanya*
.hahaha...ekceli digalakkan basuh menggunakan tangan...
tapi..mommy die tak larat la..banyak sangat..*eh bukan banyak...tak larat je*
maka...mintak bantuan MESIH BASUH
ekekekekekeke.

Ekceli...banyak lagi yang tak dibeli..
contohnye.. BALDI BASUH BAJU/ RAGA BAJU BABY..PAYUNG SIDAI BAJU...BATH TUB.....DAN CAR SEAT.. hohoho... car seat ehh.. 
eheeemm....mommy dia dan abah dia berkenan dengan yang ni..
car seat cum stroller SRC

Maka..ia akan diusul kepada en somi untuk memilih dan terus gerabbbb yang ini!

P/s: tak boleh nak taip banyak lagi sebab laptop hang + problem...`uuu benci!!
so..anything akan di update lain kali..hcaihi...
take care!r
Salam Sayang,
Mommytobe (^_^)

Tuesday, 22 April 2014

sambal ikan bilis & tempe kering

Salam uollss!! 

Hari ni I ollss nk promote SAMBAL IKAN BILIS & TEMPE GARING... bagi peminat TEMPE lah..hihihi...


Sedap hokey! 
Actually.. ada juga IKAN BILIS & KACANG GARING and IKAN BILIS & KENTANG GARING..
itu picture belom update lagi.. tp same je macam kat atas cume... tambah kacang / kentang je..

Sambal ikan bilis ni tahan lama tau! Tapi dengan syarat..Nak makan tu gune la sudu. Jangan ambil guna jari. Nanti da pegang macam-macam makanan..pegang pulak sambal tu.kan da lain rase dia.. itu petua dari orang tua-tua ye..hahahahaha...

Di sini juga...saya nk promote page saya.. NK DeLiTe untuk para pembaca kerana.. saya juga ada menjual HOMEMADE COOKIES & CAKES! Sila-sila lah jenguk ye! hehehe...


Tuesday, 8 April 2014

Oh My Baby Boo

Assalamualaikum..

Hari ni rase macam best sangat. Hahahaha..tak tahu la…da nak jadi ibu ni perasaan tu jadi macam takut pun ada..risau pun ada..sedih pun ada..teruja pun ada…tak sabar pun ada… all in 1 la senang… heee…..

Coming soon will be our FAMILY FEET PHOTO..heeee

Hari-hari duk cakap dengan anak dalam tummy ni. Yelah..Dinasihatkan agar si ibu selalu berkomunikasi dengan anak dalam kandungan kerana..trimester ke-3 ni anak dalam kandungan da boleh merasa pelbagai perasaan dan dia da boleh faham apa kita rasa. Woaah.. Cam pelik tapi itulah kenyataan. Sungguh sempurna ciptaan-Nya kan? Hee.. dapat-dapat ibu yang mengandung ni. Dia ada 2 roh. 1 dalam tummy..1 dia..kadang-kadang perasaan tu boleh jadi pelik. Hahahaha.. Kadang-kadang aku pun pelik dengan perasaan ni. Ada masa aku suka tengok muka suami.Ada masa aku tak nak tengok. Hahaha.. Kesian en suami.Tak de buat salah tetiba je isteri tak nak tengok muka dia. Heee… Tu nama dia pembawakkan budak..acewaah..

Hari-hari bacaan Al-Quran dibaca untuk si kenit dalam ni. Bagi die tenang dan sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Esa. Alhamdulillah..Masa baca Quran dia diam je (tak de aktif sangat).Selesai je bacaan, hameekkaw..Dia kejap-kejap tending kejap-kejap joget (rasenye lah) hahaha..sebab die gerak laju sangat sampai mommy die ni risau lak. Aktif sangat..hahahaahahaha…
Hari ni si kenit dalam ni baik dan dengar kata. Heee.. ce bace perbualan kami anak beranak. Memang macam pelik tapi ini kisah benar.
Mommy: Sayang… kaki mana kaki? Tunjuk kat mommy (sambil usap perut belah kanan)…
Si kenit: (gerak belah kanan)
Mommy: Sayang, tangan mana? Mommy nak tengok (Usap perut belah kanan)
Si kenit: (gerak sedikit belah kiri)
Speechless aku dibuatnya. Huuu … T_T … my baby understand me. Ya Allah best sangat perasaan ni..

Agaknya macam ni la kot gelagat dia dalam rahim..hahaha

Bulan lepas Si kenit ni 1 hari die bermain-main agaknye..sebab 1 hari tu die aktif je.sampai semput mommy dia ni haa.hahahaha…ada 1 pagi tu dia kejutkan kite..  kejap-kejap tunjuk kaki.. rase la jgk tpk kaki die kat belah kiri…pastu pujuk die suh tido..tak sampai berapa minit..die kejut lagi..tunjuk tangan pulak belah kanan.. OK SAYANG.PLEASE SLEEP.MOMMY PENAT NI ESOK NAK BANGUN. OK.tidak dihiraukan. Hahaha… Dia kejutkan lagi..nak tunjuk kepala dia.. Rasenya dia pun excited dia da membesar.. hehehehehe.. Good for you my child. J waktu tu pukul 3pagi rasenya. Dalam mengantuk tu.. Senyum je diri ni rasa dan tengok kerenah si kenit dalam tummy ni. Baru dalam tummy. Kalau da tengok dunia esok..Hadoii…gimana pula gelagat dia.. ahahahahaha…

Macam-macam ragam..hihihihihi

Ada 1 masa tu,abah dia (my husband) saje la cakap dengan dia and letakkan telinga di tummy aku. Die punye la jeles die ‘toinggg’ telinga abah dia. Hahahaha..boleh nampak tu die tolak. Kemain lagiii lahaii si kenit ni.. Hahahaha… My husband terkejut and gelak je. Dia kata.. “Budak ni. Dalam perut da tolak-tolak haaa..Sabar je lah”…
Hahahahaha… That is a feeling that cannot be described with words. Cerita pun tak sama feeling die.. heee…

Hopefully My child will be a good child, religious , humble person, obedient,  intelligent and all the good personality is in him. (hamekkaw speaking).. hahahaha.. 

Well, the best to teach your child is not when they were born. It is before they were born, which is when they are still in the womb.


(speaking lagi)..hahahaha 

MENDIDIK ANAK GENIUS BERMULA DARI DALAM RAHIM IBU
Ketahuilah, pembentukan anak yang genius dan soleh bermula ketika dia berada di alam rahim. 


Jadi, kehamilan merupakan tempoh penting untuk membolehkan si cilik meniti perkembangan positif.

“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad memben

tuk masa depan anak.” Demikian pandangan kaunselor terkenal, Fadzilah Khamsah. Oleh yang demikian, jadikanlah dunia awal bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baharu. Janin boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu. Panduan berikut mungkin dapat membantu anda merealisasikan harapan yang diimpikan.


1.Pemakanan Sihat Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi.Jadi, pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein. Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.

2. Banyakkan Ibadat Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nnya. Anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Iisnin dan Khamis. Sama juga halnya dengan membaca al-Quran.
3. Amalkan Membaca Al-Quran Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda digalakkan untuk kerap membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut anda.

Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi. Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.

Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, al-untuk melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.


4. Sentuhan Kasih Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas. ini disebabkan pada usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.

5. Emosi Terkawal Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.

6. Muzik Klasik Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa. Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.

7. Latihan Matematik dan Membaca Dipercayai amalan wanita hamil yang gemar membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan merangsang perkembangan otak si anak. Jadi, rajin-rajin lah membuat latihan matematik atau soalan-soalan IQ yang menguji minda untuk merangsang perkembangan otak bayi.Membaca juga boleh meransang kecerdasan anak. Sama seperti membaca al-Quran, membaca bahan2 yang ilmiah membantu melahirkan bayi yang bijak dan pandai.

+ sumber : Persatuan Ibu-ibu Comel 





Tuesday, 1 April 2014

Kehilangan MH370 Ada Kaitan Dengan Dajjal Yakjuj & Ma'juj. Benarkah?

Assalamualaikum..

*entry kali ni muslimah sedikit.ekekekekeke... kerana tajuk dia pun sangat serius.Maka, Salam pun perlu lah serius dan penuh. hoho..

Hari ni genap lah 23 hari #MH370 hilang. Pesawat Boeing 777 yang dimiliki oleh MALAYSIAN AIRLINES yang boleh dikatakan antara pesawat yang terbaik di dunia kerana kecanggihan nya dan mampu menangani pelbagai situasi di udara tetiba hilang dari radar. Tambahan pula pilotnya dan co-pilotnya mereka masing-masing merupakan juruterbang yang sangat berpengalaman. Bagaimana perkara  ini boleh berlaku? 

Nak kata kehabisan minyak MUSTAHIL kerana tangki minyak pesawat ini mampu bertahan untuk 7-8 jam. Nak kata terhempas juga MUSTAHIL kerana sampai sekarang tak ada bukti pun. Walaupun terlalu banyak spekulasi mengatakan..terjumpa objek pesawat di sekian..dan sekian.. radar tak boleh kesan lah..tuptup... hari ke berapa tah..radar tetiba je dapat kesan.kan??? Syarikat Boeing itu sendiri tak dapat nak kesan lokasi pesawat.lagi la hairan kerana..Syarikat yang mencipta pesawat itu sendiri tak dapat kesan lokasi. Engin pesawat dari RoyRoce. Kita semua tahu Royroce antara engin terbaik di dunia dan harga dia toksah cakap la. Cabut bulu ketiak 80juta penduduk kat muka bumi ni pun belum tentu dapat beli.hahahahahahaha..tapi..Sayrikat Royroce pun tak dapat pastikan keadaan enjin pesawat.Emmm.... pelik kan? So..apa lagi bukti yang kata pesawat ni TERHEMPAS? Mai sini tunjuk. Maknanya, BOEING 777 200 ni masih ada cuma kita tidak tahu di mana lokasi nya dan keadaan penumpang dan juga krew.

*tapi hati ini kuat mengatakan.. BOEING 777 200 - MH370 ni masih ada dan semua penumpang masih hidup. Wallahualam.


Boeing 777 - MH370 
Aku sendiri hairan sampai hari ni dengan kejadian ni. Sebabnya, aku pernah menggunakan khidmat MAS suatu ketika dahulu. Tapi tu Boeing 747. hahaha. alaaaah. Same je kan? Still MAS. memang aku kagum dengan MAS kerana pesawat die memang terbaik. Cume Boeing 747 sudah ditamatkan perkhidmatan maka muncul lah Boeing 777. kan? 

Dan.. Ada ulama mengulas tentang Dajjal, Hari Kiamat, Hari Imam Mahadi dilahirkan, Hari Ya'juj dan Ma'uj keluar untuk memfitnah dan menghancurkan umat Islam di dunia.

Tetiba aku dapat rasa..kehilangan MAS MH370 ni ada kaitan dengan  Dajjal, Ya'juj dan Ma'juj. KENAPA AKU CAKAP IA ADA KAITAN? Jom baca apa yang aku dapat cari tentang hal ini.


Siapa Dajjal, Ya'juj dan Ma'juj?

Yakjuj Makjuj keturunan Yafits. Yafits ialah anak Nabi Nuh. Pada zaman Zulqarnain, mereka berada di utara dari pergunungan Caucasus. Mereka jenis yang suka buat kerosakan. Penduduk di selatan pergunungan ini minta Zulqarnain tutup satu-satunya laluan ke selatan. Maka Yakjuj Makjuj kekal berada di utara pergunungan ini, di sekitar utara Laut Hitam.

Oleh kerana gagal ke selatan, mereka menyebar ke utara Eropah, Rusia dan utara China (Monggolia, Manchuria, Korea). Ketika itu secara umumnya Yakjuj dan Makjuj terpisah. Namun tembok-tembok penghalang terus saja dibina generasi demi generasi. Dari pinggir Laut Hitam, terus menganjur ke laut China. Tembok Besar China ialah salah satu dinding penghalang Yakjuj Makjuj, tetapi ia hanyalah sambungan, bukan yang asal yang diasaskan oleh Zulqarnain.

Pada zaman Nabi Muhammad, jaringan tembok ini mulai pecah. Lama-kelamaan bangsa-bangsa ganas dari utara dunia ini berjaya meloloskan diri dan membuat kekacauan di selatan. Yakjuj menyerbu dengan gagah sebagai bangsa Khazar yang berjaya menewaskan tentera khalifah. Makjuj pula turun sebagai Monggol lalu membina empayar besar hingga ke Eropah selain meruntuhkan kekhalifahan Baghdad. Yakju turun lagi sebagai tentera Salib dari utara Eropah. Dan kemudiannya turun lagi sebagai Rusia dan fahaman komunisnya. Makjuj pula turun sebagai Jepun (yang sebahagian besar tenteranya asal Manchuria). Dari semasa ke semasa mereka berjaya membuat kekacauan dan kerosakan di dunia ini.

Namun ketika itu mereka menyerbu sebagai Yakjuj DAN Makjuj, iaitu terpisah.

Selepas umat Islam di bawah pimpinan Imam Mahdi dan Nabi Isa mengalahkan Zionis di Israel, atas nama Hak Asasi Manusia, PBB dan lain-lain, satu tentera bersekutu akan dibina oleh PBB. Tentera bersekutu ini ialah gabungan Amerika, Eropah, China, Rusia dan lain-lain termasuklah beberapa negara Islam sendiri. Mereka inilah Yakjuj Makjuj. Ketika itulah mereka bergerak sebagai satu kesatuan antara Yakjuj dan Makjuj. Sebelum itu mereka turun secara berasingan (iaitu Barat dan Timur). Kini anak cucu mereka turun sebagai satu kesatuan iaitu YAKJUJ DAN MAKJUJ.

Tentera Mahdi dan Nabi Isa tidak akan mampu menghadapi tentera bersekutu ini. Tetapi tentera bersekutu ini akan dimusnahkan oleh tentera Allah berupa haiwan-haiwan kecil. 

Seperti kata pengkaji fenomena akhir zaman, Sheikh Imran Hosein dalam salah satu ceramahnya. Jika kita memuja Yakjuj dan Makjuj dan hidup selesa sebagaimana mereka anjurkan maka kita akan ditarik masuk menyertai kumpulan Yakjuj dan Makjuj, kita makan apa yang mereka makan, kita pakai apa yang mereka pakai.

Kita akan hidup seperti mereka dalam setiap aspek kehidupan. Kita tertarik dan begitu ingin menjadi seperti mereka. Kita bangga menggunakan bahasa mereka, kita kagumi kejayaan mereka, kita selesa perpakaian sepertimana mereka. Kita meniru gaya hidup mereka. Akhirnya kita percaya terhadap falsafah dan setiap kata mereka. Dalam tidak sedar kita telah mengangkat mereka sebagai idola dan contoh kehidupan untuk diikuti.
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka". (Riwayat Muslim)
Seperti yang beliau (Syeikh Imran) sebutkan, jika dibayangkan 99.9 peratus manusia adalah Yakjuj dan Makjuj, berapa ramaikah lagi yang tinggal untuk menjadi pengikut Imam Mahadi? Jelasnya, memang hanya sedikit sahaja. Bilangan pengikut Imam Mahadi tersangatlah sedikit iaitu manusia beriman (0.1 peratus). Ratio (kadar) yang boleh diperkirakan ialah, hanya seorang yang beriman di kalangan 1000 orang manusia.
"Sesungguhnya Allah berfirman pada han kiamat: Hai Adam, bangunlah, siapkanlah sembilan ratus sembilan puluh sembilan keturunanmu untuk ditempatkan ke dalam neraka, dan satu di antara mereka itu akan ditempatkan ke dalam syurga." (Ketika Rasulullah SAW menerirna firman Allah ini kemudian menyampaikannya kepada para sahabat), Rasulullah SAW menangis terisak-isak, demikian pula para sahabat lainnya, lalu beliau bersabda: "Angkatlah kepala kamu semua. Demi Tuhan yang menguasai jiwaku. (jika dibandingkan) dengan umat-umat Nabi yang lain, maka umatku bagaikan sehelai bulu putih (yang terdapat) pada kulit lembu jantan yang berbulu hitam".
(HR. Tabrani).
 

Adakah anda juga ikut menangis mendengar berita tersebut? Begitulah malangnya manusia akhir zaman ini. Jelas terbukti hanya sedikit sahaja yang akan selamat dari neraka Allah. Mahukah kita terus menerus mengikut cara hidup Yakjuj dan Makjuj dan akhirnya menjadi sebahagian dari mereka? Kita terdiri dari makhluk di akhir zaman ini, selain dari terpaksa menghadapi Dajjal, kita juga akan dimusnahkan oleh Yakjuj dan Majkjuj. Ini hanyalah sebuah peringatan untuk kita semua insafi, bukan bermaksud untuk memaksa anda.

Contoh, jika seluruh penduduk dunia berjumlah 10 billion orang, 10 juta orang sahaja yang menjadi pengikut Imam Mahadi nanti. Mampukah 10 juta orang beriman ini menentang 10 billion orang Yakjuj dan Makjuj selain dari Dajjal itu sendiri? Selain dari itu, kita sendiri belum pasti adakah kita termasuk di kalangan mereka "yang sedikit" itu. Tetapi harus di ingat bahawa golongan ini akan menghadapi sesuatu musibah yang sungguh dahsyat.
Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”. (Riwayat Tirmizi)
Bersedialah menyertai kumpulan ini dan teruslah berdoa agar, kita termasuk di kalangan "golongan yang sedikit" tersebut kerana Yakjuj dan Makjud bakal menghuni neraka, Nauzubillah.
Daripada 'Auf bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi tujuh puIuh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diri ku di dalam kekuasaannya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka. Sahabat bertanya, mana yang selamat"? Nabi saw. menjawab, “Mereka adalah jamaah".
(Ada yang membuat tafsiran "jemaah" itu bermaksud Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, namun ia tentu sekali bermaksud mereka yang berkasih sayang antara sesama Muslim - kefahaman kami).
Bagi pengkaji peristiwa akhir zaman, bukanlah mudah untuk menilai dan mengagak peristiwa yang bakal terjadi, namun atas keinsafan dan ketakwaan yang kuat pastinya mendapat petunjuk. Lihatlah dengan hati yang suci bersih dan insaflah dengan sebenar-benarnya. Perkara utama yang wajib ada di antara kita ialah sifat "kasih sayang" dan menjauhi tindakan "memutuskan tali persaudaraan" sesama Islam walau dalam keadaan apa sekali pun.

Meninjau kembali sejarah Tanah Di Hujung Dunia iaitu Tanah Melayu tercinta ini, entah kenapa, bumi Melayu tidak dimusnahkan oleh pelbagai bencana alam sebagaimana negara lain, malah tidak juga menjadi mangsa serangan kaum Monggol yang ganas tersebut di era penaklukan mereka. Allah sengaja menghalang kemusnahan sebagaimana Tanah Arab. Mungkin sengaja ditangguhkan seketika untuk kemudian hari? Ataupun sememangnya bukan ditakdirkan menjadi mangsa sehina bangsa Arab pada zaman itu.

Masihkah kamu enggan bersyukur atas nikmat Allah ini? Janganlah jadi manusia yang kufur nikmat. Siksa Allah amatlah pedih.

Berbalik kepada situasi semasa, tidak mustahil kita juga akan terdedah kepada fenomena luar jangka. Menjadi mangsa kepada serangan penjajah dalam bentuk baru. Tidak mustahil pula kita bakal menjadi makanan kaum "Monggol" selepas ini - yang telah bertukar bentuk.  Sila fikirkan.

*Seperti keadaan sekarang: KEHILANGAN MH370 *

Sebelum ini kami pernah membangkitkan sebuah pandangan bahawa Yakjuj dan Makjuj itu adalah makhluk berktrampilan dan bergaya dari benua Eropah dalam sebuah artikal di blog ini. Namun setelah mengkaji semula berdasarkan beberapa nas berkaitan makhluk ini, kami merasakan ada sesuatu yang ganjil atau kelompangan. Seperti ada kecacatan sedikit kerana apa yang digambarkan oleh nas-nas tersebut, makhluk ini sangat ganas melebihi binatang. Rasulullah saw sendiri menggambarkan ketakutan yang amat sangat selelah mendapat petunjuk mengenainya. Siapa sebenarnya mereka?
“Telah mulai terbuka hari ini dari dinding YAKJUJ DAN MAKJUJ sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk. (HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha).
Kami terus membuat kajian dan menemui beberapa penulisan yang menarik untuk dianalisa secara mendalam. Antaranya ialah sebuah tulisan ilmiah "Hancurnya Sebuah Peradaban" karya Thoriq Ahmad (disiarka di bawah). Selain dari itu, banyak lagi artikel seumpamanya sempat kami baca. Ini membuatkan kami lebih berani membuat kesimpulan bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah makhluk jahat yang berduyun-duyun turun menghancurkan peradaban dunia. Kejahatan mereka dalam bentuk pelbagai.

Kejahatan mereka tertakluk kepada keadaan. Kebanyakannya memang diluar tahap pemikiran manusia. Lebih sesuai disebut di luar jangkaan. Kali ini (kemungkinan yang terakhir) bukan sahaja peradaban dunia yang akan mereka rosakkan tetapi juga peradaban kemanusiaan. Tauhid akan cuba dimusnahkan dari jiwa manusia. Mereka juga akan membawa keraguan kewujudan "TUHAN" malah mengangkat nafsu manusia itu sendiri sebagai tuhan. Sudah nampak apa yang ada di sekeliling kita? Tandanya, ia telah pun bermula.

Dunia belum kiamat, tentunya Yakjuj dan Makjuj akan datang lagi buat kesekian kalinya. Mereka tidak turun hanya sekali seperti mana yang selalu kita dengar. Air tasik diminum oleh mereka (golongan sebelumnya) dan setelah kering nanti, datang pula kumpulan berikutnya dan mengatakan "dulu tasik ini dipenuhi air". Tasik Galilee atau Tasik Tiberias menjadi indikator penting masa kedatangan Dajjal, Makjuj dan Makjuj (kumpulan terakhir) dan juga Nabi Isa as. Sekarang Yahudi Palsu (Kazaria) sedang mengeringkan tasik tersebut dengan rakusnya. Mereka juga adalah berasal kaum Yakjuj dan Makjuj ini. Saka baka Monggol juga. Mereka berpecah kepada dua puak, satu ke Barat dan satu lagi ke Timur.

Yahudi Kazar (Yakjuj Makjuj gelombang kedua) ini bakal diserang pula oleh Yakjuj Makjuj kumpulan terakhir di bumi Palestin? Siapa pula Yakjuj dan Makjuj akhir zaman ini? Teruskan berfikir.

*Seperti misterinya kehilangan pesawat MH370 *

Sementara itu cuba kita lihat ada sesuatu keganjilan yang disebut di dalam nas, dua nama yang bercantum. Pertama Yakjuj dan kedua ialah Makjuj. Adakah ia tidak membawa apa-apa makna terselindung? Semua itu tetap menjadi misteri, bagaimana keadaan sebenarnya akan terus mengasak pemikiran kita semua.

Berduyun itu maksudnya jumlah yang amat banyak. Meluru turun bermaksud pantas menuruni dari kawasan atas ke kawasan bawah secara berlumba-lumba. Apa pula indikasi yang boleh kita kaitkan Monggol dan Barat dengan Yakjuj dan Makjuj? Jika puak Khazar Zionis melalui gerakan penjajahan Barat, kita mungkin dapat menerimanya dengan mudah kerana kini mereka sudah pun bermukim di Bumi Palestin.
“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; al-Anbiyaa’:95-96
“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “Negeri” adalah Baitul-Maqdis,“Yakjuj dan Makjuj” adalah Yahudi (Khazars), dan “Meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Yakjuj dan Makjuj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.
dipetik dari artikel Imran Hosein.
Penduduk: penumpang yang mematikan semua telekomunikasi pesawat. (terdapat ramai pakar IT di dalam pesawat.)
Negeri; ada 2 penumpang dari Iran dan Itali yang tidak tahu identitinya boleh terlepas masuk ke dalam pesawat. Dan radar ada mengesan 1 pesawat yang tidak dikenali memasuki ruang udara Malaysia.Tapi??? tiada tindakan diambil.
Turun dari tempat tinggi: pesawat yang canggih itu dapat dipusingkan laluan dan dapat di'hijacked' sehingga kini tidak dapat dikesan. 

\

Adakah Yakjuj dan Makjuj kumpulan terakhir ini juga ada kaitan dengan Yahudi Khazar? Mereka asalnya dari satu induk walau berlainan nama. Terkini, mereka sedang melalui proses terakhir untuk kembali kepada sifat asal mereka (makhluk perosak). Mereka bakal menjadi manusia penakluk yang baru. Keadaan menjadi semakin kompleks bila seluruh manusia mengikut cara, etika dan falsafah mereka serta bernaung di bawah kekuasaan mereka. Pembongkaran mengenai siapa mereka mungkin terpaksa dilakukan pada masa yang lain.

Apa yang boleh kita faham, Yakjuj dan Makjuj adalah dua perkataan begandingan. Ia bermakna dua puak. Puak pertama Yakjuj dan puak kedua ialah Makjuj. Sebab itu di sebut "Yakjuj wa Makjuj". Perkataan "wa" dalan Bahasa Arab itu bermaksud "dan". Dalam perkhabaran Hadis dan alQuran ia diucapkan sekaligus iaitu gabungan keduanya. Terpecah tetapi satu. Adakah mereka bergabung antara keduanya atau dua jenis manusia berlainan kumpulan tetapi mempunyai kebuasan yang sama? Jawapannya tentu sekali 'tidak'.

Bangsa Tartar atau Monggol ini adalah orang gasar. Tindakan mereka juga kasar dan ganas. Serangan brutal membumi hanguskan semua negara yang diserangnya. Sementara pihak Barat membawa pendekatan berbentuk muslihat dan tipu daya. Melakukan provokasi, konspirasi berstrategi dan dusta. Merekalah yang mencipta perang dunia melalui muslihat jahat. Mereka kedua yakni Yajkuj dan sepupu mereka Makjuj tidak pernah berganding bahu merosakkan muka bumi. Jadi bagaimana kita hendak ulas mengenai bangsa Yakjud dan satu lagi bangsa Makjuj? Atau Gog and Magog.

Ada satu fakta yang menarik. Sila baca di sini dan di sini. Kita akan lihat ada sesuatu maklumat di sana yang membolehkan kita mula berfikir untuk mengenali dua puak sejiwa ini.

Yang paling menarik ialah:
"Tapi Allah telah menjadikan tembok itu kembali ke bentuk asalnya menyebabkan mereka terpaksa menggalinya sedari mula.Proses ini berterusan hari demi hari selama mana Allah menghendaki mereka ini terkepung. Bila Allah menghendaki mereka ini keluar, di hujung hari mereka menggali itu mereka berkata “Insya Allah, esok kita akan dapat membolosinya”.
Pada esoknya, mereka akan mendapati tembok itu berkeadaan sebagaimana mereka telah tinggalkan sebelum itu, dan setelah memecahkan bakinya itulah mereka akan keluar" (Ahmad, Tirmidhi, Ibn Majah).

Kaum Yakjuj dan Makjuj ini adalah anak Adam juga, iaitu dari keturunan Yafits bin Nuh a.s. Mereka ini dikatakan berjumlah begitu ramai, iaitu "9 kali" lebih ramai berbanding bilangan "manusia" di atas muka bumi. Manusia di sini bermaksud orang yang beriman.

Kita dapat lihat ada maklumat yang boleh mambantu kita faham kenapa Monggol itu satu dari kaum Yakjuj Makjuj. Mereka berasal dari kaum Turk yang menghuni utara Asia. Buat waktu ini tak dapat lagi dipastikan sama ada Monggol itu Yakjuj dan Barat itu Makjuj. Tetapi sebilangan pengkaji Barat menyatakan bangsa mereka (Eropah) berasal dari kaum "GOG". Lupakan dahulu mengenainya. Apa yang kami cuba bangkitkan ialah mengenai ungkapan " “Insya Allah, esok kita akan dapat membolosinya”. Apakah maksudnya?

Maksud tersembunyi ayat ini ialah perkataan "Insya Allah". Adakah mereka sudah mengenali Allah sehingga mampu menyebut perkataan tersebut? Bukankah mereka kaum yang kasar, ganas dan primitif sehingga tidak dapat difahami perkataan mereka? Malah mereka terdiri dari kaum pagan. Hanya orang yang percaya kepada kekuasaan Allah atau beriman dengan kekuasaanNya sahaja yang akan mengucapkan perkataan "Insya Allah" ini. Ayat tersebut membayangkan ada sesuatu tanda di sebaliknya. Ia tidak akan disebut secara sia-sia.

Jika perkataan "Insya Allah" itu tidak disebut, tembok Zulqarnain tentu masih kekal di sana sehingga hari ini. Yakjuj atau Makjuj juga tidak akan keluar sehingga sekarang. Begitulah cantiknya bahasa alQuranul Karim dan juga perkhabaran dari Baginda Rasulullah saw.

Kuasa Allah


Maha Suci Allah, segala sesuatu adalah atas kehendakNya. Akal manusia tidak mampu mentafsir kecuali sedikit. Islam kembali semula dalam wajah baru selepas sahaja Monggol tewas kepada tentera Islam di Ain Jalut. Pemimpin Monggol yang bengis dan ganas dengan rela hati beransur-ansur menerima dan menganut agama musuhnya, Islam. Akhirnya mereka menjadi pemimpin Islam meluaskan takluk ke India. Di sana wujudlah kerajaan Islam Monggol yang dikenali sebagai Moghul. Mereka terus bertahan di sana sehinggalah ditamatkan oleh penjajah British (Yakjuj Makjuj gelombang kedua).

British mengetuai bangsa Eropah menjajah dunia. British secara rahsia telah dikuasai oleh kaum Khazar (Yahudi Khazar - Ashkenazi Jews) yang menguasai ekonomi mereka. Eropah menyerang semua negara yang dikuasai Monggol termasuk India dan Timur Tengah. Melemahkan China dengan menyeludup masuk candu dan menduduki beberapa wilayahnya. Kerajaan Monggol akhirnya tumbang. Mengatur Perang Dunia Petama dan Kedua. Gerakan Eropah ini akhirnya memberi peluang tertubuhnya sebuah negara Yahudi Khazar di Palestin dengan mengusir penduduk Arab dari sana. Tinggallah manusia Arab Palestin di kem-kem pelarian sehingga kini.

Mereka terus melakukan kerosakan tanpa henti dalam usaha memperluaskan kekuasaan mereka. Meliputi seluruh kawasan Arab yang mereka dakwa sebagai bekas kerajaan besar David (Nabi Daud as) dari Nil hingga Dajlah. Mereka terus menerus mendustai dunia.

Kadatangan penjajah Eropah merupakan gelombang kedua Yakjuj dan Makjuj. Kita masih menanti keluarnya Yakjuj dan Makjuj untuk kali terkhir. Iaitu gelombang ketiga. Siapa Mereka? Yang pasti mereka akan datang berduyun-duyun dari utara dunia. Adakah Monggol akan datang kembali selepas giliran Eropah?

Yakjuj dan Makjuj akan melakukan kerosakan besar. Itu adalah faktanya.

P/s:
Tidakkah anda perasan bahawa bencana alam telah meningkat secara mendadak jika dibandingkan awal kurun ke akhir kurun?

Perbezaan yang terlalu ketara. Tujuan artikel ini ditulis adalah bertujuan untuk mengajak anda semua berfikir dan merenung kembali apa yang sebenarnya yang terjadi pada hari ini.

Bukanlah berniat untuk menakutkan anda semua. Ingat, hanya Allah yang maha berkuasa dan mengetahui segalanya.