Epilog…
Seorang gadis bernama
Damia Sofea dilahirkan kembar seiras dan kembarnya seorang lelaki bernama Daris
Syauqi. Penyakit injap jantung membuatkan dirinya kadang-kala lemah dan tidak
berdaya. Akan tetapi, dia tidak pernah mendapat rawatan sewajarnya dari kecil
kerana mamanya, Puan Rahmah tidak mempercayai anaknya itu sakit malah dikatakan
sengaja meraih simpati dan pura-pura sakit. Dianggap membawa malang kerana
kerap sakit dan selalu dianggap gedik dan mengada-ngada demi meraih simpati
keluarga membuatkan Damia membesar kurang sempurna. Hanya papa lah, Encik
Wahid, tempat Damia bermanja akan tetapi, hidupnya makin tersisih setelah
papanya mati dalam kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya ketika dia
berusia 12 tahun. Damia dipersalahkan atas kematian papanya.
Disisihkan oleh
ahli keluarganya. membuatkan Damia keluar dari rumah dan menumpang di rumah saudara-mara yang mengasihaninya. Pemergiannya disukai oleh
seluruh keluarganya kerana bagi mereka, lebih baik tiada dari ada. Dari seorang
gadis yang baik, lemah-lembut dan berjiwa kental, Damia mula bercampur dengan
rakan-rakan yang banyak menyesatkan dia. Masuk keluar hospital menjadi rutin
setiap bulannya. Setiap bulan Damia akan bertukar kerja baru kerana kerap tidak
hadir ke pejabat disebabkan oleh sakitnya itu. Rakan-rakan dan pengurus di
tempat kerjanya juga tidak mengetahui tentang sakitnya itu serta latar-belakang
ahli keluarganya yang lain. Satu hari, seorang jejaka dari golongan kaya bernama
Mikael menemui Damia di hadapan rumahnya pada waktu tengah malam ketika Damia
sedang berjalan seorang diri tiada hala tuju. Munculnya Mikael itu dalam
hidupnya banyak membantu dirinya.
Akan tetapi, Mikael sendiri tidak tahu tentang penyakit
yang dihadapi oleh Damia kerana Damia bijak merahsiakannya sehingga lah 1 hari
semuanya terbongkar ketika Mikael melamar Damia untuk dijadikan isterinya yang sah.
P/S : nantikan sambungannya ya! 1st time ni publish cerita novel ku yang tidak seberapa ni dalam blog..hahaha...
No comments :
Post a Comment