Aku terpanggil untuk
menulis entry kali ni kerana aku merasakan makin lama makin teruk keadaan. Aku
bukanlah sempurna untuk menghukum mahupun menilai baik-buruk seseorang itu.
Tapi, sebagai insan yang menumpang di Bumi Tuhan, aku berhak bersuara dan memberi
pendapat serta menegur mana yang baik mahupun buruk.
Pergaduhan sesama
keluarga adalah tidak sepatutnya berlaku. Bila kamu susah, ramai yang membantu.
Bila kamu sudah senang, kamu menghina orang yang pernah tolong kamu suatu
ketika dahulu. Siapa kamu untuk menghina individu itu? Allah swt sendiri tidak
pernah menghina segala ciptaan-Nya. “OH AKU BUKAN TUHAN!” Ya.Kamu memang bukan
Tuhan. Jadi siapa kamu untuk menghina sedangkan Tuhan itu Maha Berkuasa dari
kamu?
Jangan bercakap tentang agama kalau LIDAH kamu suka berkata yang buruk-buruk belaka. Jangan mencari kesalahan orang lain sekiranya kamu sendiri pernah melakukan kesilapan yang teruk suatu ketika dahulu. Siapa kamu untuk menghukum kesilapan orang lain sedangkan masa silam kamu lebih terus dari orang itu? "OOH AKU SUDAH BERUBAH.ITU CERITA LAMA" Jka begitu, bantulah saudaramu untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama bukan kamu mengeruhkan lagi keadaan.
INGATLAH. MASA SILAM KAMU JUGA TETAP MENJADI SEJARAH KEPADA ORANG LAIN JUGA.JANGAN SAMPAI AIBMU DIBUKA 1 PER 1 JIKA KAMU BERTERUSAN MENGAIBKAN ORANG LAIN.
Salah faham menjadikan
manusia angkuh,sombong, suka berkata yang bukan-bukan. Macam dia sahaja yang
betul. Dia sahaja yang terasa hati. DIa sahaja yang tahu segala-galanya. Ingat!
Tuhan itu lagi Maha Mengetahui dari kalian semua. Kenapa kalian bercakap
seperti orang tiada pegangan agama? Nama sahaja Islam tapi percakapan langsung
tidak menggambarkan keislaman kalian. Jika begitu, senyapkan diri.Kunci mulut
dan tak perlu berkata apa saja sekiranya kata-kata anda itu bakal mengguris
hati orang lain.
INGATLAH WAHAI SAUDARA-SAUDARIKU..
DOSA MANUSIA DENGAN ALLAH BOLEH DIAMPUNKAN, KERANA ALLAH SWT ITU MAHA MENGASIHANI.
TETAPI DOSA
MANUSIA SESAMA MANUSIA,ITU MUSTAHIL
UNTUK DIMAAFKAN KERANA MANUSIA SUKAR MEMAFKAN.. SEKALI KAMU MENGAIBKAN,MENCEMARKAN MARUAH,MEMFITNAH BELIAU,
DI AKHIRAT KELAK KAMU AKAN MERANGKAK DAN MENANGGUNG AZAB YANG BERAT. KAMU HARUS
MENCARI BELIAU UNTUK MEMINTA MAAF.
“Barangsiapa yang
mempunyai kezhaliman kepada saudaranya mengenai hartanya atau kehormatannya,
maka diminta dihalalkanlah kepadanya dari dosanya itu sebelum datang hari di
mana nanti tidak ada dinar dan dirham (hari kiamat), di mana akan diambil dari
pahala amal kebaikannya untuk membayarnya. Kalau sudah tak ada lagi amal
kebaikannya, maka akan diambil dari dosa orang yang teraniaya itu, lalu
dipikulkan kepada orang yang menganiaya itu” (HR. Bukhari).
Firman
Allah SWT: “Dan Kitab-Kitab Amal dibentangkan, maka engkau akan melihat orang
yang berdosa itu merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka
berkata: Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak
meninggalkan yang kecil atau besar, melainkan semua dihitungnya! Dan mereka
dapati segala yang mereka kerjakan itu ada tertulis di dalamnya dan ingatlah
Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun.” (Surah al-Kahfi, ayat 49)
Imam al-Ghazali
pernah berkata: “Menerusi lidah akan berlakulah pendustaan atau pembohongan,
buruk sangka, permusuhan, fitnah, mencarut, mencela, mengutuk, bertelingkah,
mengumpat, melaknat dan membicarakan sesuatu dalam keadaan kesat, kasar dan
penuh dengan kesombongan.”
Ini
terjadi kerana ketika hidup, mereka melakukan kebaikan dan pada masa sama
mereka juga melakukan kejahatan serta dosa sesama manusia. Segala ganjaran
pahala kebaikan diambil oleh Allah SWT bagi membayar segala hutang kejahatan
ketika hidup.
Sabda Rasulullah
SAW: “Siapa yang muflis? Manusia yang muflis itu bukanlah mereka yang tidak
berharta dan memiliki tempat tinggal. Sesungguhnya orang yang muflis itu ialah
mereka yang tidak menunaikan hak-hak orang lain seperti mencaci dan merampas
harta tanpa hak, memukul tanpa sebab dan sebagainya.” (Riwayat Muslim)
Sebenarnya
golongan yang menjadi muflis di akhirat asalnya mereka memiliki pahala yang
banyak. Bagaimanapun, semua pahala ibadat itu habis kerana digunakan sebagai
bayaran ganti rugi kepada insan pernah disakiti, dikhianati, dihina, dibunuh
atau dizalimi.
Bahkan
mereka juga dibebankan dengan dosa orang yang dizalimi. Alangkah ruginya
golongan muflis ini. Ganjaran pahala yang dikumpulkan akhirnya menjadi barang
tukaran kerana denda yang perlu dibayar kerana kesalahan terhadap orang lain.
Dalam
pergaulan hidup sehari-hari, sudah tentu berlaku kesilapan sama ada
disengajakan atau tidak. Kesilapan itu boleh mengundang dosa terutama jika ia
menyentuh pelanggaran hak berkaitan tubuh, maruah diri dan harta benda orang
lain.
Namun demikian, sangat
mulia jika kita menjadi manusia pemaaf. ”Hendaklah mereka memberi maaf dan
melapangkan dada, tidakkah kamu ingin diampuni oleh Allah?” (QS. An-Nur:22).
”Jika kamu memaafkan, melapangkan dada serta melindungi, maka sesungguhnya
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (QS Al-Taqhâbun:14). Wallahu a’lam.*
p/s: Entry ini bukan untuk menyindir sesiapa mahupun para pembaca. Entry ini ditulis untuk peringatan kita bersama untuk menempuh hari-hari yang mendatang dan agar kita sama-sama menjadi khalifah yang tinggi budi pekerti di dunia dan akhirat.
Amiiiin.