Korang mesti pernah alami satu situasi di mana.korang tengah melakukan sesuatu...then ada la makhluk-makhluk ni lalu or perasan apa yang korang buat..lalu bertanya sesuatu.
*ini bahasa kiasan namanya. ecececehhh~
Aku pernah terkena banyak kali. sampaikan aku rasa macam malas nak jawap soalan-soalan pelik dan susah tu. Susah weii. Lagi susah dari soalan SPM. hahaha...
Korang bayangkan...aku bukan nak kutuk or mengata. tak baik kan mengata..tapi aku nak share la pengalaman aku bila berdepan dengan situasi ni.
Masa tu aku tengah sidai baju. Then, lalulah makcik ntah datang dari celah mana..maybe dari rumah die la kot. Sebab die jalan kaki dari tepi rumah aku. *Rumah Mentua aku* hahaha.. so, aku time tu tengah focus menyidai baju.Maklumlah, aku ni tak berapa tinggi, tempat sidai kt rumah aku tu, punye lah tinggi sampai aku terpaksa tonjet sedikit dan mendongak ke atas untuk sidai. ekekekekekek.. nak gelakkan aku lettew?? tabbley! aku je boleh gelakkan diri sendiri.heeee...
Then, tetiba datang la satu suara dari arah tepi pangar...
" Hai..sidai baju ke..."...aku pon carilah suara tersebut dan nampak la makcik ni lalu sambil senyum simpul. OK. aku tak jadi la nak marah sebabnya, yang tegur tu makcik.tapi yang sebenarnya aku terkejut dengan soalan tu..
cartoon dispicable me pun terkejut dengar
So aku jawap lah penuh sopang santung... " Hah? Pe dia?" sopan kan??kan?? heee...
Aku pun jawap " Aah sidai baju je seluar tak ada.." hahaha...
Makcik tu pun jalan and senyum...nasib la kalau makcik tu kata dalam hati " loyar buruk la budak ni"..kan? tak kesah la makcik..da makcik tanya soalan pelik, jawapan pelik la saya bagi.heee....
Kalau kawan-kawan Universiti aku dulu, kalau diorang tanya macam tu, aku jawap..
"Eh tak ada lah. Kan tengah menyelam ni. Tak nampak?" ahahaa..itu kalau cuaca panas.kalau pagi...kadang-kadang aku jawap.. " Tak lah tak sidai baju pun. Tengah tidur ni.Dengar tak Kroooohhhh ni?"
hurrmmmm apa punya soalan daaa
Hairan kan dengan tabiat orang melayu kita? tak faham kenapa diorang tanya soalan yang diorang nampak apa yang berlaku.
Satu lagi..kalau makcik-makcik tegur kat belakang dapur. dah tentulah kita tengah masak kat dapur tu kan? takkan tidur pulak.Kalau tidur..baik masuk bilik. Ye dak? Soalan mereka kalau lalu kt dapur..
"Eh Senah, goreng ikan ke?" padahal memang tengah goreng ikan.takkan la nak jawap " eh tak lah.goreng biawak ni.".. nanti di label "loyar buruk" hahahaha... tapi itu lah tabiat orang kita.
Ada satu time tu, masa study lah. aku tengah buang sampah, datang la member ni and tanya
"Heyy buang sampah kat tong sampah ke?" time tu rasa nak buang je sampah tu kat depan kaki dia. Dah tu nak buang sampah kat mana? mestilah tong sampah kan? apa punye soalan la..tapi tahu tak ape aku jawap ? "tak lah. aku nak buang sampah ni dalam bilik kau. mana bilik kau? " member tu gelak la sebab dia da tanya soalan yang buang tebiat. geram betul aku dengan soalan merepek tersebut.
Tu lah orang cakap..lain kali kalau taknak kene tanya soalan-soalan macam tu, kita jangan buat dulu..tapi masalah nya, aku dah buat dulu..so kira kene kat batang hidung sendiri baliklah ni. hahahaha..
Antara soalan-soalan lain yang aku pernah kenekan orang...
kalau orang tu tengah mandi..aku buat-buat tanya " buat ape tu...mandi ke..."
so orang tu jawap " tak lah tengah main bola.gol !! "
kalau orang tu dah terlelap.aku tanya.. "weii tidur dah ke?"
orang tu mesti jawap " tak lah. lelap sambil dengkur je.."
kalau orang tu tengah makan nasi... aku tanya " ehh makan nasi ke?"
orang tu komfem jawap " bukanlah.Ni kan mee goreng mamak.tak kenal ke??"
kalau orang tu tengah jahit baju... aku msti tertanya.. " jahit baju ke?"
haa...kalau soalan ni,ada yang jawap OK..die jawap "aah.jahit baju kebaya.."
kalau dapat yang sama spesis macam aku gak, *loyar buruk*... aku dapat la jawapan macam ni.. " tak jahit lah. tengah memasak ni."
hahahahaha... so... kesimpulan nya, tabiat orang melayu kita ni macam satu penyakit berjangkit. hati-hati. jangan sampai terkene..
p/s: aku pon sama..hahahaha
heeeeeee