Wednesday, 9 July 2014

♡♡ oohh mommy suprised! ♡♡

Assalamualaikum!
Sebulan lebih da tak update blog. Rindu x..rindu x.. hahaha.. dalam sebulan ni..asyik dapat suprised je mak ni haaa..dari plan nak scan gender baby > 1st anniversary @ Tony Romas > plan baju raya tema ape > usya-usya kasut raya > plan nak menghabiskan duit beli baju baby...
Sekali.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Suprised!

Aku bersalin awal 2minggu lbh. Hehehehe. Aku sendiri seperaaiss dengan kebersalinan awal aku ni.
-
-
-
-


Pastu..pening kepala jap.nurse salah kira or..mmg xsemestinye bersalin genap 40minggu?
-
-
-
-
 Ehh kalau 40minggu maknenye mengandung 10bulan la bukan 9 kan? So tipu je kata MEMBAWA KANDUNGAN SELAMA 9 BULAN.kene betulkan laa..MEMBAWA KANDUNGAN SELAMA 10 BULAN. Hahaha

Ceritanya..Pukul 12.30am aku dikejarkan ke hospital ampang sbb air ketuban dah pecah. Da la sebelum tu duk gaduh hamster ng husband nak rebut remote tv.die tanak bagi remote die suh tdo. T_T.. menci die time tu.masuk-masuk bilik..baring sambil plan nak mogok macam mana.ttba rasa air mengalir laju macam air waterfall.aku berhindustan la ke bilik air.tengok2..eeehhh apo ni? Panggil husband..die ingat aku takot lipas.die wat donno je! Sakit hati. Aku panggil kata APAKAH INI AIR YANG KELUAR DARI PERUTKU?? baru la die gelabah biawak datang arah aku. Ekekekeeke. Aku sempat gelakkan die dalam  sakit2 tu. Hihihihik..husband pun panggil mentua yang baru nak lelap.ok here's the so called 'suprised' pertama.

Mentua : ayaq ketuban hang pecah dah ni.nak bersalin dah ni!! Awat awai sgt?bukan mimi dulu ka? (Adik ipar aku spttnye bsalin dulu then aku)
Aku: aah kan...tahhh ( mana la aku tau.Tuhan tu nak suh aku bersalin dulu..)
Mentua: dah3 jom p spital.

Husband aku pun menggelabah dan capai segala beg2 yg ada dlm bilik.sebbaik aku da packed awal2 walaupun die potpet2 kata AWAL LAGI..
Otw g hospital..blh husband aku tnye nk ikut jln shortcut mn..alaahaaaiii...xpasal2 aku mrh die.yelah..aku tgh nk bersalin die boleh buat soalan cepu emas lak..

Sampai hospital.. doc check..tu dia..pintu rahim  bukak 1 cm dan aku kene warded.Ok 'suprised' lagi.. patutnye esok pagi tu aku baru plan nk g scan baby kat area The Mines sekali aku yang ter seperaaisss duduk dalam ward. K fine...k finee...
Redha dengan ketentuanNya.
Ececehhh... mihmihmih...

So malam tu aku boring gile duk ward.duk sembang dengan anak dalam perut ni..moga permudahkan urusan beralin..walaupun macam orang tak betul la jugak cakap sorang-sorang kan.hahahaaha..pedulik ape aku.ramai je akak-akak cakap sorang-sorang. Dan..aku berjalan bersembang dengan akak-akak kat ward tu.semua nya ada kes unik. Sorang overdue.sorang anak xnak kua lagi walaupun air ketuban da pecah..da 3hari dah..ade tu orang Myanmar.punye la aku excited ajak sembang..(katil die depan katil aku) skali die xfhm BM.hahaha..fineee..g kacau blah sana lak..ade akak tu anak die songsang.bukan perangai je ade songsang ye.kedudukan plasenta dalam rahim pun ada. 
*tengok,aku da terer cakap bahasa sains skrang* hahaahaha..
Akak tu dah sebulan dalam ward.gamaknye doc pon da boring tengok die tak bersalin lagi. Hahaha..ade 1 akak tu plak..anak melintang.memang nampak weeii baby tu melintang dalam perut..
Semua kes 'suprised' la jugak. 

So malam tu aku warded kul 3am hari sabtu. Kene inject seluk check jalan semua ada.sakit die..Ya Allah memang sakit!! Tapi da lumrah wanita melahirkan zuriat..so aku zikir..selawat dan fb.hahahaha..fb hlgkan boring je uollss..

Setiap 2jam nurse akan datang..kejap-kejap inject..lg seperaiss bila aku gtau ada operate jantung masa kecik..jadi..5pakar jantung asik datang check.. A cakap lain..B cakap lain..smpailah ke Z. Huhh..sakit tangan ni asik masuk jarum..antibiotik..amik darah dan sebagainya.

Pukul 7am..tak bersalin lagi.haha..nurse suruh relax..tapi pakar jantung akan datang lagi ..amik darah.dan lain-lain..so aku relax je la..makan ape hospital bagi..husband ada dtg jenguk..family pon..
Ada bg air selusuh..tq..ttp xbersalin lagi..hahahaaha... sampailah aku kene masuk antibiiotik 1plastik bag.1jam lebih kooo tak boleh nk bebas aku..masukkan ubat untuk permudahkkan sebab air ketuban da pecah..da kat 7 jam bahaya kalau tak bersalin lagi. Aku? Aku relax je la.sebab tak sakit.hihihi...

Petang tu nurse datang.. check..still sama..so diorang kata kene masukkan ubat nanti pagi ahad esoknya.so aku pon ronda...sampailah..7am esoknye nurse datang kejut..lepas seluk..*ini sangat sakit* dan masukkan ubat..aku flat dan xbermaya. Doc kata..pintu rahim baru bukak 2cm.haiyaa..ponek den berjalan-jalan dalam ward malam semalam.huuu..dugaan.takpe.ku tahankan jua.

Dan contraction nye pon suprised jgak..dalam kul 11am ahad tu laa..aku tak tahan sangat da..nurse datang check..da bukak 4 cm.. ok.terus aku diusung ke labor room.call husband..masuk labor room..OK.doc kata tunggu 8cm pulak, hiissshh. 

Ok aku pendekkan cite laa..kang letih korang nak baca..
Hahaha..

2pm tu pintu da bukak 8cm..aku da happy ni.tapi..SUPRISED lagi..anak boleh tido dalam rahim haaa..alaahaaaiii... so doc kata xnak push..slow2..tapi..same je..last-last..diorang push jugak..tq to my husband sebab sudi teman dalam labor room tu walaupun die tak sambut baby tu..hihii...sakit tangan dia aku genggam..sorry sayang..sakit sangat..sakit bersalin ni Tuhan je yang tahu..ibarat macam semua tulang temulang ni patah seribu...dan aku kene amik gas sebab tak tahan sangat sakit diaa..dan akhirnya..lahirlah...

♡♡ Puteri sulung kami ♡♡

Ini pon suprised sebab RAMAI KATA BABY BOY.
Tapi yang keluar BABY GIRL.

Banyak tul SUPRISED kan..hahaha..
Meh aku belanje 1 pic anak 

Nur zara medina binti mohd khusairy
15 june 2014
2.5kg / 2.30pm

Haaa...omel x..omel x..hihii... duedate si kenit ni sepatutnye 8july 2014 tapi semua kuasa Yang Maha Esa..
 ♡♡ Syukur semua selamat..aminn..♡♡

Deliver pukul 2.30pm..kluar dari labor room 5.30 sbb jahit..3lapis uollss..sesakit yang amat..

《 dah la beli baju baby color untuk baby boy jer.camno ni??》
Huwaa...



*p/s : nanti aku update pasal anak lak..tak boleh online lelame..nanti si kenit ni marah sebab memulaukan die..ekekeke...


Salam sayang dari mommyzara,

Tuesday, 3 June 2014

12 Makanan Termahal Di Dunia

Salam! 

Hari ni kite cerita pasal makanan.Kenapa makanan? sebabnya aku suka makan.. hahahaha...tapi selepas ni aku rasa aku kene pikir 800x untuk makan ke tak sebabnya..tengok tajuk kat atas tu je da buat aku rasa macam..emmm..emmmm... 

Ohmaaaaaaaaaaiii... 
Boleh percaya ke? tiiisssssssstttttttttttt~
T_T

Tapi pagi ni aku dok beryahoo..saje je lah baca berita kat Yahoo. Dah kenapa Yahoo? Aku tak tau. Saja..hahaha..Sebab kadang-kadang Yahoo ni dia ada banyak berita menarik tertarik dan unik untuk kita baca.
Actually aku da letih nak baca online newspaper yang ada dalam dunia ni. Malas nak highlight apa nama newspaper dia sebab banyak sangat. Hahahaha. Semua berita negatif, sedih dan politik.
Hew...Hew...Hew...

Maka aku beralih arah kepada Yahoo pulak lah.
*kononnye intellectual la baca news dari Yahoo kan..*
Padahal sama je..hahahahaha...
ngeeeekkk~ ^_^

Ok. Jom tengok makanan-makanan yang boleh meruntun jiwa serta kalbu serta memboloskan serta membakar duit dengan wallet-wallet anda sekalian!
*banyak betol "serta" nyeee*

Lepas tengok picture-picture tu... Komfem korang DIET. hahahaha

Abisss duit abis wallet abislah den nantii~
Mari cuci mata! 
@_@
6. Antarctic Nail Ale
Arak Antarctic Nail Ale
Dibuat daripada ais Antartika, hanya 30 botol arak ini telah dibuat. Harga adalah di antara kira-kira $ 800 kepada hampir $ 2000 untuk botol 500ml. Maknenya MYR dalam lingkungan  MYR 
2,584.00 - 6459.99 laah..

* Alhamdulillah kita umat Islam diharamkan minum arak ^_^ *
7. The Samundari Khazana Curry
The Samundari Khazana Curry
Samundari Khazana (yang bermaksud "harta makanan laut") adalah sebuah beg parti ingrediants mahal. Kari mengandungi Devon ketam, truffle putih, Beluga kaviar, daun emas, satu udang Scotland bersalut emas, empat abalones dan empat telur puyuh. Ia dijual di Kota London berharga $ 3500 atau MYR 11,304.98. 
* Hoooiii! Gila mahaii baq haangg! *

8. Kopi luwak or civet coffee
Kopi luwak or civet coffee
Kopi ini diperbuat daripada biji kopi yang terdapat dalam Musang sawit Asia liar. Secawan kopi Luwak ini berharga $30 hingga $ 100 di New York dan London. Bersamaan MYR 96.90- 323.00 SECAWAN. 


* hoooooiii!!!! Tak nak minum kopi lah pasni!! *
9. Acqua di Cristallo Tributo a Modigliani
Acqua di Cristallo Tributo a Modigliani
750 ml sebotol, air mewah ini mengandungi mata air / spring water dari seluruh dunia. Botol itu sendiri diisi dalam emas untuk membuat ia kelihatan lebih baik daripada air paip biasa.
* ini kalau ada jual kat Malaysia mau menangis tak berlagu kalau hilang! *

10. Most expensive pie
Pie Paling Mahal
Pada tahun 2006, seorang chef di England menghasilkan pai paling mahal di dunia. Hidangan ini termasuk
$1000 / MYR 3,230 di isi dengan daging
lembu fillet berharga  $3,500 / MYR 11304.98 dan ditaburi dengan cendawan matsutake Cina (yang dijaga oleh pengawal bersenjata), dan juga dua botol Arak Chateau Mouton Rothschild (1982) pada kos kira-kira $4,500 / MYR 14, 534.98 setiap satu, dan Cendawan hitam dan daun emas. Pai dalam jumlah kos $ 17,000 (MYR 55,000), atau $ 2,000 (MYR 6,460) setiap keping, tetapi datang dengan segelas champagne percuma.
* Heeeehhh! Hilang akal jap! *

11. The most expensive sushi
Sushi paling mahal di dunia
Sushi ini dicipta oleh chef Filipina Angelito Araneta, berharga sekitar $ 2145,03 / MYR 692,843.62
 untuk lima keping. Mengapa? Setiap keping sushi dibalut di dalam daun emas boleh dimakan, dan ciri-ciri telur ikan, tiga mutiara Mikimoto dan 2-karat berlian Afrika untuk hiasan.

*geleng kepala. SPEECHLESS!*
12. Almas Caviar
 Almas Caviar (Telur Ikan Termahal Di Dunia)
Menurut Guinness World Records, ini bukan sahaja telur ikan yang paling mahal di dunia, ia juga makanan yang paling mahal di dunia. Telur ikan yang datang dari ikan yang jarang berlaku albino yang berenang di laut Kaspia dan berharga sekitar $ 36,868 / MYR 
11,9083.00

* Baik beli telur ikan kat pasar !*

1. The most expensive cupcake
Ritz Escoffier dan coklat Charbonnel et WalkerDibuat dengan Teh AA Hawaii, arak Chateau Yquem,cupcake ini adalah mudah pada mata tetapi tidak pada dompet, dijual pada harga sekitar $ 1,400 ataupun MYR 4,521.99.

 * Hameeek kau!! *
4. The "Golden Opulence" sundae
The "Golden Opulence" sundae
Lokasi : Serendipity 3 di New York. Ini ais krim sundae yang berharga kira-kira $ 1000 ataupun MYR 3230.00 dan mengandungi emas boleh dimakan seperti daun, yang paling tinggi kualiti ais krim, buah pala, dan coklat mewah.

 * Hohohoo....Tobat tak nak makan sundae aiskrim lagiii T_T *

5. The most expensive hotdog
Hotdog terpanjang di dunia
Panjangnya sepanjang pemukul bola besbol. 230 hotdog diselitkan dengan Cognac dan mendahului dengan telur ikan dan udang galah. Ia dijual pada harga $ 2,494 bersamaan MYR 8,055.61. 
 *Setahun kumpul duit belum cukup nak beli hotdog ni!! *
2. Berco's Billion Dollar Popcorn
Berco's Billion Dollar Popcorn
Jika anda ingin malam filem mewah tambahan, mencari-cari kudap-kudapan,popcorn ini mengandungi kepingan sebenar emas, dan dijual pada harga $ 270 beg! Cuba la convert kan ke MYR..baru MYR 
872.10. 

 * Ada bran???? *
3. Most expensive Starbucks
Sexagintuple Vanilla Bean Mocha Frappuccino, Starbuck.
Dibeli dengan harga $ 58 ataupun MYR 187.34 dan merupakan air termahal Starbuck setakat ini. Minuman ini mempunyai berat 3.6kg dan mengandungi 60 shots espresso. *Hohoho!!! Starbuck Malaysia pon aku berkira nak beli apetah yang ini!! *

















Monday, 26 May 2014

♥♥ marine essence beauty bar soap ♥♥

Salam uolllsss....

Ape cerita uollls sejak Malaysia tewas di tangan Jepun dalam PIALA THOMAS semalam?? Mesti timeline penuh dengan komen-komen yang kecewa kan?
 Eleeh. Bukan kecewa sebab Malaysia tewas dengan Jepun & tak dapat kekalkan juara pemegang PIALA THOMAS kan? Kan?
 Uolls kecewa sebab Malaysia kalah and uolls kene pergi office keesokkan harinya kan..kan.. hahahahaha...tau dah.. 
Sebab PM kite janji akan bagi cuti SEKIRANYA...diulangi.. SEKIRANYA Malaysia menang PIALA THOMAS. 
Tapi nasib tak menyebelahi negara kita..
 T_T
tak ape lah..bukan rezeki kita... 

Ok. Aku bukan nk cerita soksek-soksek pasal PIALA THOMAS sebab kita semua tahu JEPUN menjuarai. Aku nak cite tentang 1 produk ni..name die....
MARINE ESSENCE BAMBOO SALT SOAP BAR..
Ape?? Suh aku ulang sebut? Hahahaha. Aku kalau sebut kali ke 2 die jadi lain.. ^_^






Dah..aku rase aku tak payah nak cite panjang lebar kan...hahahaahah....
LET THE PRODUCT TALK BY ITSELF..
woaahh gituuu... Untuk yang mementingkan PENGESAHAN HALAL DARI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA..
Anda jangan risau sebab ini produk orang melayu kte dan dia sebenarnya produk HI-O MARKETING.
Pernah dengar kan? Tipu lah tak pernah dengar.
Tipu dosa mati seksa...hahahaaha
Tagline budak-budak zaman dolu... 
♥♥ ^_^ ♥♥


Ohh lupa nak gtau..penghantaran untuk Semenanjung hanya RM6
Manakala Sabah Sarawak RM10.

So...ape lagi...berminat boleh la PM aku or Whatsapp di nombor yang aku da letak tuu..hehehehehe...

Terima kasih daun keladi!!! 

Salam sayang,

Sunday, 18 May 2014

15 Soal Jawab Orang Kafir Yang Persoalkan Kebenaran Islam


سم الله الرحمن الرحيم

Hari ni kita berbicara soal keagamaan ye kawan-kawan.
Asyik bercerita tentang empunya blog jer..KOMFEM korang boring~! 
kan..kan..
hahahahaha...

mari menimba ilmu
Sebenarnya hari ni aku nak share tentang persoalan-persoalan yang sering ditanya oleh kaum/puak Yahudi. Senang cite kite sebut Yahudi la dari nak sebut "orang bukan Islam"..macam panjang sangat uolllssss..iolllsss malas nak menaip pepanjang...hahahahaha
*pemalas da sekarang aku ni..*

Banyak persoalan dan keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam pada orang Islam. Ada di antara mereka yang bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. Nauzubillah.
Soalan-soalan yang dinyatakan di bawah, sebenarnya memang benar-benar pernah ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam. Jadi jawapan yang disampaikan di bawah ini diharap dapat membantu membidas persoalan tersebut. 


Actually aku dapat sumber ni pun dari Blog Keagamaan. So, marilah kite sama-sama menimba dan menambah ilmu didada supaya kita sama-sama faham tentang agama kita sendiri.
Amiinn..

 Soalan-soalan nya...
1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.


2) Nama Nabi Isa lebih banya disebut daripada nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah lebih Maha Mengetahui.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata “Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?
Firman Allah swt : “Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia. -Surah Al-Imran, ayat-59.

6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’. Kenapa? Bukankah maksud ‘Kami’ itu mewakili ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. ‘Aku’ kata jamaknya ‘Kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’ . Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘We’ bukan ‘I’?

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?
Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.

9) Sami Buddha menjawab “Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar”
Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?

10) Sami Buddha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik”
Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.

11) Sami Buddha berkata lagi, “Makan binatang akan dapat banyak penyakit”
Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah. Nak jadi kanibal?

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah. Jika ada sepanduk gambar Kaabah direntangkan di KLCC sekalipun, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.
(Tampar beliau!) Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.
 



 


Subhanallah.
Islam itu Indah & Mudah kan? 
Kenapa banyak sangat persoalan dan keserabutan melanda?

Semoga kita sama-sama mendapat penjelasan dari jawapan-jawapan di atas.
Amiinn..

Salam sayang,